Aduhai, mengapa keputusan terburu-buru diambil, sekali lagi?
Selepas mempercayai teman lelakinya curang bersama seorang perempuan lain, seorang pelajar berusia 21 tahun dilaporkan membunuh diri dengan terjun dari tingkat 18 sebuah bangunan apartmen.
Insiden yang melibatkan pelajar sebuah universiti swasta ini berlaku di Bukit Beruang, Melaka kira-kira pada jam 1.30 pagi semalam.
Menurut Ketua Polis daerah Melaka Tengah iaitu Assistant Commisioner Afzanizar Ahmad, tubuh mangsa ditemui terbaring di lantai tingkat bawah oleh rakan-rakannya dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadia akibat kecederaan parah.
ARTIKEL BERKAITAN : Perkara Sangat Perempuan Benci Dalam Perhubungan Ialah CURANG – REMAJA
Terlebih dahulu, mangsa dan beberapa rakan berjumpa di rumahnya semelam untuk bercakap mengenai teman lelakinya. Secara tiba-tiba, perbalahan tercetus setelah mangsa mempercayai teman lelakinya sedang curang bersama insan lain. Tanpa membuang masa, mangsa terus bergegas ke kediaman kejadian pada jam 1 pagi.
Dek tindakan itu, rakan-rakannya terus cuba mencari mangsa dan menjumpainya terlantar di blok D bangunan apartmen itu.
Kes yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut ini sedang dalam siasatan oleh pihak polis setelah mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
*
Girls (and guys for that matter), cinta bukanlah alasan untuk seseorang meragut nyawanya sendiri. Kuatkan iman, teguhkan pemikiran yang waras dan fikirlah, ramai insan yang lebih menyayangi korang seperti ahli keluarga sendiri.
Sumber: NST
BACA LAGI: 5 Petanda Besar Kelakuan Lelaki Bakal Curang Wajib Kamu Tahu – REMAJA