Macam-macam alasan kita dengar daripada individu tidak bertanggungjawab yang keluar rumah dalam tempoh PKP ini. Semuanya seakan memandang enteng dengan arahan yang telah dikuatkuasa oleh kerajaan Malaysia.
Tidak memandang serius dengan isu pandemik yang berlaku sekarang, seorang pelajar wanita di sebuah universiti swasta telah ingkar arahan PKP dengan keluar rumah untuk memberi rakan lelakinya makan kek batik.
Gambar hiasan
Uish, serius la dik?
Menurut Bernama, pesalah tersebut menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 7 hari dan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret semalam.
Majistret Ellyna Othman memerintahkan wanita berumur 22 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap, 18 April lepas, selain memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
Difahamkan lagi, rakan lelakinya juga dikenakan denda RM1,000 atau penjara dua bulan. Kedua-dua mereka yang dibacakan pertuduhan secara berasingan, mengaku bersalah bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam kawasan tempat jangkitan pada jam 9 malam.
Ads
Gambar hiasan
Mereka didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan dihukum mengikut Peraturan 11 (1) Peraturan sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Polis menemui kedua-dua tertuduh di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dalam keadaan enjin tidak dimatikan dan alasan diberikan oleh remaja perempuan itu ialah dia ingin memberi rakan lelakinya makan kek batik yang dibuatnya dan ketika tangkapan dibuat, lelaki itu sedang makan kek tersebut.
Hm, tak tahulah nak gelak ke nak kesian. Hiks!
Wanita itu telah dijemput oleh rakannya itu sebelum bergerak ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 800 meter dari rumah wanita itu, dan lelaki berkenaan sebelum itu pula telah bergerak dari rumahnya yang terletak empat kilometer dari tempat kejadian.
Ads
Rayuan terima hukuman ringan
Peguam Shalehhuddin Salam mewakil kedua-dua pesalah dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira ini merupakan kesalah pertama tertuduh wanita.
Selepas itu, kes lelaki itu juga disebut dan semasa merayu hukuman ringan terhadap tertuduh lelaki, Shalehhuddin berkata anak guamnya tiada niat untuk melanggar PKP dan memohon mahkamah mempertimbangkan bahawa hukuman penjara akan menjejaskan pembelajaran tertuduh.
Gambar hiasan
Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak mengambil mudah perintah PKP.
Ads
“Tertuduh (wanita) telah beri alasan sangat tidak munasabah, keluar dari rumah untuk jumpa tertuduh lelaki pada pukul 9 malam hanya untuk beri makan kek batik yang dibuat.
“Dalam tempoh PKP ini masyarakat harus ambil serius perkara seperti ini bagi mengelakkan penularan COVID-19 bertambah teruk,” katanya.
Ha, jangan ambil ringan soal arahan PKP ni. Kan dah tak pasal-pasal bakal meringkuk dalam penjara.
Jangan jadi individu yang pentingkan diri sendiri. Rakyat Malaysia yang lain berkorban untuk duduk di rumah sudah hampir sebulan bagi menangani gejala COVID-19 daripada terus menular. Korang suka-suka hati nak bagi boyfriend makan kek batik pula?
Biasa kisah-kisah begini hanya dibaca di luar negeri tapi nampaknya ia berlaku di negara kita. Apa yang menyedihkan, pembuangan lemak di bahagian lengan itu dilakukan untuk kelihatan lebih cantik di majlis perkahwinannya namun ianya tidak kesampaian.
Hasrat seorang wanita untuk kelihatan cantik bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan proses sedut lemak di pusat kecantikan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, semalam.
Difahamkan mangsa berusia 23 tahun itu melakukan prosedur sedut lemak sebagai persediaan untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang juga warga Afrika Selatan pada tahun hadapan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly berkata, mangsa dikatakan berkunjung ke pusat kecantikan itu jam 2.30 petang semalam.
"Siasatan awal mendapati pusat kecantikan itu berdaftar secara sah, namun tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan proses sedut lemak.
"Namun, pusat kecantikan yang dimiliki seorang wanita dan anak perempuannya itu tetap meneruskan prosedur sedut lemak berkenaan selepas dikatakan menerima desakan daripada mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.
Saiful Azly berkata, ketika mangsa menerima suntikan pada tangannya, dia mengalami masalah kesukaran bernafas selain muka dan badannya menjadi pucat sebelum pengsan. "Pihak pusat kecantikan itu kemudian menghubungi ambulans dan mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.
"Susulan itu, kami menahan dua beranak berkenaan yang masing-masing berusia 49 dan 23 tahun bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita berkenaan.
"Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat," katanya.
Pastikan untuk kelihatan cantik, korang dapatkanlah nasihat dan tauliah dari doktor yang benar-benar pakar ya supaya tidak bertukar menjadi tragedy. Sumber :Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Inilah kecaman dihadapi oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia apabila tertera nama kementerian antara yang menyokong Tatto Malaysia Expo 2019 yang diadakan pada 29 November hingga 1 Disember lalu. Dalam kecaman ini, dilihat sebahagian peserta berada dalam keadaan separa bogel untuk memperagakan tatoo yang ada di tubuh mereka sehingga mengundang kemarahan orang ramai.
**media[86091]
Antara yang memberi kecaman termasuklah dari Ustaz Ahmad Dasuki yang menyuarakan suara hatinya mengenai isu ini dua jam yang lalu di fb miliknya.
“Apakah ini yang di maksudkan rahmatan lil alamin?… Apakah ini yang di maksudkan Malaysia Baru?..Apakah ini akan memulihkan ekonomi yang sedang malap ini?.. apakah ini juga agenda untuk mengangkatkat martabat ummah ini?.. atau sebenarnya 'hantu hantu' abu mayat chin peng bapak komunis itu??.. tanya je, manalah tahu RBA PH terasa…itu pun kalau ada hati dan agama.. saat mereka yang di uji dengan ujian banjir.. mereka pula berpesta dengan dosa… إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Nafi Terlibat
Masa yang sama, di fb Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Menterinya, Datuk Mohammadin Ketapi berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 susulan peragaan separa bogel diadakan pada acara tersebut.
Katanya, beliau telah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention And Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara tersebut.
Jelasnya lagi, expo ini sudah diadakan sejak 2015 lagi di Malaysia terutama di Kota Kinabalu dan merupakan acara tertutup tapi ia telah melanggar tata susila.
Dalam pada itu pendedahan dari Public Health Malaysia yang mendedahkan ia adalah tajaan dari syarikat rokok begitu mengejutkan.
Selepas Oktoberfeast, Vapefeast dan kini kita dikejutkan dengan penganjuran expo tatoo yang jelas menunjukkan percanggahan dengan sosiobudaya masyarakat setempat di Malaysia. Untuk makluman, penganjuran majlis yang mendapat kecaman masyarakat ini sebenarnya dianjurkan oleh produk syarikat tembakau yang berperanan sebagai Title Sponsor bagi expo ini.
Dalam kenyataan terkini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia memaklumkan adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah namun adakah pihak kementerian juga tidak tahu bahawa penganjur expo berkenaan merupakan produk syarikat rokok?
PENGLIBATAN MOTAC BERTENTANGAN DENGAN ARTIKEL 5.3 FCTC
Malaysia telah menandatangani perjanjian WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) iaitu suatu komitment kerajaan untuk menghentikan isu ketagihan tembakau diperingkat global. Salah satu komponan perjanjian tersebut (artikel 5.3) menyebut mengenai perlindungan polisi kesihatan awam dengan menghentikan segala bentuk kerjasama dengan syarikat tembakau. Penglibatan MOTAC dalam majlis anjuran syarikat tembakau tidak sewajarnya berlaku dan alasan untuk menarik pelancong asing tidak sepatutnya mendahului kepentingan polisi kesihatan masyarakat
. Malaysia begitu kaya dengan khazanah alam, kepelbagaian budaya masyarakat berbilang kaum dan pelbagai lagi tarikan hebat yang boleh menjemput pelancong untuk datang ke Malaysia. Jangan jadikan aktiviti aktiviti negatif yang bertentangan dengan tatasusila masyarakat setempat sebagai alasan untuk menarik pelancong. Ermm, apa komen korang tentang isu nie!
Penganjuran majlis yang mendapat kecaman masyarakat ini sebenarnya dianjurkan oleh produk syarikat tembakau yang berperanan sebagai Title Sponsor bagi expo ini.
Dalam kenyataan terkini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia memaklumkan adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah namun adakah pihak kementerian juga tidak tahu bahawa penganjur expo berkenaan merupakan produk syarikat rokok?
Ermm, apa komen korang tentang isu nie!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Alahai, bila la PKP ni akan berakhir sebabnya craving sangat dengan keropok lekor yang dekat pasar malam tu. Kena tunggu habis PKP ni la jawabnya…”
Keropok lekor adalah snek kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia. Berbeza dengan keropok biasa, keropok lekor mempunyai sedikit isi ala-ala fish stick. Luarannya yang rangup dan dalamannya lembut menjadikan keropok lekor begitu enak dinikmati.
Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini selengkapnya.
Bahan-bahan
8 Ekor ikan kembung
Garam
Ajinamoto
Tepung ubi atau tepung sagu
Cara membuat keropok lekor rangup!
Hiris ikan, ambil bahagian isi sahaja.
Kisar isi ikan guna mesin pengisar kering dan kisar sampai lumat dan hancur.
Kemudian masukkan isi ikan dalam mangkuk dan campurkan garam serta ajinamoto.
Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati.
Selepas itu, masukkan tepung ubi atau tepung sagu, gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
Tabur tepung di atas pencanai uli, keluarkan doh keropok lekor kemudian bentukkan adunan menjadi panjang.
Setelah siap bentukkan adunan keropok lekor menjadi panjang, panaskan air beserta sedikit garam dan rebus adunan keropok lekor sampai masak.
Keropok lekor yang dah siap masak, tapis dan buang air rebusan. Sejukkan keropok lekor, kemudian keropok lekor dah boleh di goreng!
Senang je sebenarnya nak buat keropok lekor sendiri, yang penting tahu cara dan bahan-bahannya. Jadi jom hari ini jadikan keropok lekor menu untuk minum petang!
Moga resepi ini bermanfaat kepada semua, selamat mencuba.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan masih lagi hangat bercakap mengenai hubungan antara pelakon sensasi, Kim Soo Hyun dan mendiang Kim Sae Ron. Apa yang lebih...