Pelajar Sekolah Henry Gurney Bukti Mampu Berjaya, Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM

Share

Ditempatkan di Sekolah Henry Gurney tidak mematahkan semangat pelajar dan calon SPM 2021 untuk terus bangkit menjadi seorang individu yang lebih baik.

Pelajar-pelajar Sekolah Henry Gurney Melaka membuktikan bahawa dirinya mampu menerima keputusan cemerlang dalam SPM walaupun pernah dipandang rendah oleh masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN : 6 Pelajar Orang Asli Cemerlang SPM Terima Insentif Kerajaan Pahang

Menerusi laman Facebook milik Sekolah Henry Gurney Melaka, mereka turut tidak melepaskan peluang meraikan 11 pelajar yang mencapai kejayaan dan mencatat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini menerusi Majlis Penyampaian Slip SPM 2021.

Foto Via Facebook

Difahamkan, dua dari pelajar mereka telah berjaya mendapatkan keputusan 7A dalam peperiksaan tersebut, ia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.

“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang iaitu 2 pelajar 7A, 5 pelajar 6A dan 4 pelajar mendapat 5A dari 50 orang yang layak menduduki peperiksaan SPM tahun 2021.

“Mencapai kelulusan 100% berdasarkan pencapaian sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Gred Purata Sekolah 4.13.

“Majlis penyampaian slip SPM telah disempurnakan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka,” tulisnya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Cari kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Kalau korang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran, pasti ada jalan lain untuk korang.

Paling penting, rajin dan selalu berusaha. Betul tak?

Sumber: Sekolah Henry Gurney Melaka (Facebook) 

BACA : Bukan Seperti Dalam Drama, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebenar Di Sekolah Henry Gurney

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana