Pelajar SMK Puteri Titiwangsa, Ng Joe Ee Cemerlang Sumbang 2 Pingat Emas Untuk Malaysia

Share

Muda, hebat dan permata negara!

Baru berusia 16 tahun, atlet gimrama, Ng Joe Ee telah berjaya mengharumkan nama negara dan mencipta memori bersejarah apabila dia berjaya menyumbang dua pingat emas kepada Malaysia.

Dengan sumbangan cemerlangnya itu, kontinjen Malaysia telah pun berjaya mencapai sasaran enam pingat emas yang ditetapkan bagi Sukan Komanwel 2022 yang diadakan di Birmingham.

Joe Ee meraih pingat emas menerusi disiplin riben dan disiplin bola dalam saingan yang berlangsung di Arena Birmingham.

Bagi disiplin bola, Joe Ee menawan para juri dengan persembahannya yang memungut 29.700 mata besar untuk menduduki tempat teratas dalam perlawanan akhir hari ini. Suzanna Shahbazian dari Kanada meraih perak (29.050) dan gangsa menjadi milik Anna Sokolova dari Cyprus (28.800).

ARTIKEL BERKAITAN: Azeem Fahmi Cipta Rekod Baharu 100m Malaysia, Catat Masa 10.09 Saat

Manakala dalam disiplin riben pula, gadis ini berjaya memukau juri dengan memperoleh 27.800 mata sekaligus memintas pendahulu saingan dari Scotland, Louise Christie yang meraih 27.550 mata dan Carmel Kallemaa dari Kanada dengan 27.500 mata.

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, ini merupakan kemunculan sulung Joe Ee di Sukan Komanwel. Mei lalu, dia berjaya merangkul pingat perak di Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen