Memikul tanggungjawab menjadi wali sebagai pengganti arwah ayah yang meninggal pada usianya setahun bukanlah semudah disangka. Tidak ramai remaja berani melakukannya tapi Ismaildaniel Ibrahim, pelajar tingkatan tiga lega dapat memikul amanah ini ketika majlis pernikahan kakak keduanya, Noriffa Akasha, 21 tahun.
Dalam laporan Harian Metro semalam, Ismaildaniel turut berkongsi perasaan leganya selepas majlis berjalan lancar.
“ALLAH SWT beri saya ketenangan dan Alhamdullilah, saya berjaya menikahkan kakak,” kata Ismaildaniel Ibrahim, 15, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pasir, Dungun, semalam.
Ismaildaniel yang juga anak bongsu daripada empat beradik berjaya menikahkan kakak keduanya, Noriffa Akasha, 21, bersama pasangannya, Ahmad Asyaf Syafik Ahmad Shamsuddin, 27, kira-kira 9 malam.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah itu berkata, dia berlatih beberapa kali sebelum berjaya menyempurnakan majlis berkenaan.
“Ketika perkahwinan kakak sulung, Norintan Azlin, 24, dua tahun lalu, saya tidak berani berbuat demikian kerana merasakan saya masih kanak-kanak.
Ads
“Sebelum ini, ibu, Salmiah Ali, 43, meminta saya berbuat demikian tetapi saya tidak yakin tetapi kali ini, sudah sampai masanya saya menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan arwah ayah, Ibrahim@Nordin Muhamad Ali yang meninggal dunia akibat kanser ketika saya berusia setahun.
“Sebagai anak tunggal lelaki, ini tanggungjawab saya apatah lagi ibu sentiasa berpesan arwah ayah mahu saya mengambil alih tanggungjawab itu. Pada mulanya, saya rasa gementar kerana bimbang akad saya itu tidak menjadi namun Alhamdulillah, semua berjalan lancar,” katanya.
Sementara itu, Salmiah berkata, dia kagum dengan kematangan anaknya untuk menjadi wali serta menyempurnakan majlis nikah kakak kandungnya itu.
Ads
“Dia menjadi wali untuk perkahwinan kakak sulungnya dua tahun lalu tetapi dia enggan menikahkan kakaknya ketika itu kerana dia masih kecil.
“Pada mulanya, kami merancang mahu wakilkan kepada jurunikah namun Ismaildaniel minta izin untuk melafazkan akad sambil disaksikan jurunikah.
“Sebagai ibu, saya bangga apatah lagi tetamu yang hadir melahirkan perasaan kagum dengan kebolehan Ismaildaniel yang berjaya melakukannya dengan baik,” katanya.
Ads
Sumber / gambar :- Harian Metro, Zulkarnain Zakaria
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, buat mereka korang yang bakal mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah, kini lebih senang untuk akses ke Gua Hira. Hal ini kerana gua ini terletak di kawasan tinggi, jalan curam dan kawasan yang terlalu sesak, ramai jemaah mengambil keputusan untuk tidak berkunjung ke lokasi bersejarah tersebut.
Arab Saudi Bina Projek Kereta Kabel Ke Gua Hira Pula, Dijangka Operasi Tahun Depan
Dijangka mula beroperasi pada tahun 2025, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan projek sistem kereta kabel ke Gua Hira untuk memudahkan jemaah mengunjungi gua ini dengan lebih senang.
Memetik Arabian Business, projek berkenaan bertujuan memudahkan dan meningkatkan akses ke Gua Hira di Jabal Nur. Untuk info, gunung setinggi 634 meter tersebut terletak kira-kira empat kilometer (km) dari Masjid al-Haram, Mekah.
Projek ini adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan lebih luas oleh Arab Saudi termasuk pembukaan tiga muzium baharu di Jabal Omar, yang dijadualkan pada tahun sama dan penyiapan Daerah Budaya Hira yang dibuka tahun lalu (2023).
Arab Saudi Bina Projek Kereta Kabel Ke Gua Hira Pula, Dijangka Operasi Tahun Depan
Daerah budaya yang terletak berdekatan dengan Jabal Nur itu terdiri daripada keluasan lebih 67,000 meter persegi.
Projek kereta kabel ini bukanlah inisiatif pertama dilakukan bagi memperbaiki akses dan kemudahan perjalanan jemaah haji dan umrah di Arab Saudi.
Untuk info, Gua Hira yang terletak di sebuah puncak bukit dikenali sebagai Jabal Nur merupakan tempat yang menjadi saksi Rasulullah SAW dilantik sebagai Nabi dan Rasul. Di situ jugalah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Sumber: Arabian Business
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sikap terpuji dan memiliki keperibadian yang tinggi di dalam diri Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang meraikan tukang cuci dan pengawal di pejabatnya sempena sambutan Aidiladha pagi ini mendapat pujian dari netizen.
Rata-rata menyampaikan rasa kagum dan meminta agar Menteri Agama ini terus kekal dengan sikap kerendahan hatinya yang langsung tidak membezakan orang bawahan mahu pun atas serta tidak kekok untuk duduk semeja bersama pekerja bawahan ini.
“Alhamdulillah, inilah contoh pemimpin yang umat Islam ternanti-nanti, seorang yang berpijak di bumi nyata dan menyantuni setiap peringkat staff yang berada di bawah seliaannya. Semoga Allah permudahkn urusan Datuk dan memberkati segalanya.”
“Alhamdulillah Dato. Harap semua ketua Jabatan dan Pegawai Kanan lain contohi. Sekurang-kurangnya kita faham susah dan senang mereka yang turut menjadi aset penting dalam sesebuah organisasi”.
Alhamdulillah darjat dan pangkat tak bwa kemati.. contoh tauladan yang baik untuk kita smua...tahniah Dato. Alhamdulillah, anggaplah mereka adalah satu keluarga bagi Kita....Semoga ia menjadi contoh kepada masyarakat diluar sana...Terbaik Datuk.
Sayang pada Dr Zulkifli
Dalam pada itu, seorang netizen turut menyuarakan kagum dengan akhlak ditunjuk oleh Menteri Agama ini dan menyampaikan rasa sayang dengan sikap baik disayangkannya.
Rasa sayag dekat Datuk sebab akhlak yang ditunjuk.Semoga teruskan istikhomah dengan khidmat bakti Datuk yang terbaik demi Agama Islam khususnya dan rakyat seluruhnya..
BETULLAH, KALAU KITA BAIK RAMAI YANG SAYANG seperti arwah Abam pernah cakap.
Berikur adalah catatan Dr Zulkifli di page fbnya.
Sarapan pagi dengan tukang cuci dan pengawal keselamatan di Pusat Islam KL. Mereka mungkin tak ada masa untuk menyambut hari raya seperti kita. Saya minta peramu saji layan macam VIP. Ada Nasi Ambeng, Lemang dan kuih-muih. Moga sarapan dan sedikit sumbangan duit raya menggembirakan Aidil Adha mereka.
Ada yang takut-takut nak datang mulanya sebab ingatkan ada kesalahan. Tak ada apa-apa pun. Sekadar nak beramah mesra dengan semua tukang cuci dan pengawal keselamatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasih ibu hingga ke syurga, kasih bapa sepanjang masa.
Walau ibu sering menjadi pelindung anak-anak, tapi peranan bapa langsung tidak boleh dinafikan di mana sanggup berkorban apa saja demi anak.
Mungkin kerana terlalu menyayangi anak lelakinya, seorang bapa berusia 61 tahun sanggup mengaku memandu kenderaan produa Myvi yang kemudian terlibat kemalangan dan mengakibatkan tiga kematian di Mambau, Negeri Sembilan.
Dalam satu sidang akhbar oleh Ketua Polis Dearah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, penipuan itu dapat dikesan apabila rakaman CCTV di lokasi kemalangan menunjukkan bukan seorang lelaki tua sebaliknya seorang lelaki muda.
“Pada 22 Ogos 2020 jam lebih kurang 6.00 pagi, telah berlaku satu kemalangan jalanraya di Jalan Mambau-Port Dickson berhadapan Surau Al-Muqarrabin, Kg. Mambau melibatkan sebuah kereta, sebuah motosikal dan seorang pejalan kaki.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Demak yang ditunggang seorang lelaki India berumur 44 tahun bersama seorang pembonceng seorang wanita India berumur 38 tahun sedang dalam pergerakan dari arah Taman Kelab Tuanku Seremban menuju ke arah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bekerja.
“Apabila tiba di tempat kejadian, datang sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki India berumur 61 tahun seorang diri (pengakuan pada awal siasatan), dari arah bertentangan telah masuk ke dalam laluan motosikal dan merempuh motosikal terlibat. Selepas pelanggaran, kereta Myvi tersebut telah berpusing lalu melanggar seorang pejalan kaki iaitu satu anita Melayu berumur 42 tahun.
“Akibat kemalangan, mangsa-mangsa iaitu, pejalan kaki, penunggang dan pembonceng motosikal telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi tujuan bedah siasat,”
“Manakala pemandu kereta telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban bagi ujian saringan air kencing dan ujian alkohol,“ katanya dalam sidang akhbar itu.
Dalam pada itu, hasil siasatan lanjut menerusi rakaman CCTV di lokasi kemalangan, mendapati bahawa pemandu m/kar tersebut bukanlah kelihatan seperti seorang lelaki India berumur 61 Tahun.
“Menurut rakaman percakapan dan pengakuan lelaki India tersebut serta setelah melihat rakaman CCTV yang diperolehi, akhirnya mengaku *pemandu sebenar* adalah anak kandung beliau yang merupakan seorang lelaki India berumur 27 tahun.
Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan Risikan dan Operasi Trafik IPD Seremban telah ke lokasi dan menahan suspek iaitu pemandu sebenar motokar pada masa kejadian. Suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban untuk tindakan lanjut. Ujian saringan air kencing dan alkohol adalah negatif. Saspek akan direman untuk tujuan siasatan.
Kes disiasat dibawah Sek 41(1) APJ 1987 dan Sek 419 KK. Siasatan lanjut masih diteruskan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...