Pertandingan yang lebih popular dikenali sebagai AYDA itu kembali lagi pada tahun ini dengan kolaborasi Nippon Paint Malaysia Group dan IJM Land Berhad.
Seperti tahun-tahun sudah, misi mereka untuk mencari pelajar jurusan seni bina dan pereka dalaman terbaik di Malaysia diteruskan untuk edisi 2019.
Tema pada tahun ini adalah Forward: A Sustainable Future untuk menggalakkan pereka muda di kalangan arkitek dan pereka seni dalaman untuk memasukkan elemen kemampanan dalam rekaan masing-masing.
Senang cerita, tak adalah rekaan itu menjadi sebuah lagi projek 'gajah putih'.
Tahun ini, pelajar Malaysia terus membanggakan apabila kedua-dua kategori seni bina dan rekaan dalaman dimenangi oleh pelajar kita.
Mereka ialah Tien Jun Xiang (USCI University) dan Sharifah Binti Mohamed (City University Malaysia). Masing-masing memenangi gelaran 'Gold Winner' dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000,
Rekaan Tien Jun Xiang adalah mengenai pembinaan semula struktur gereja terbakar menjadi bangunan bersejarah yang menggabungkan elemen moden dan tradisional.
Sementara itu, rekaan Sharifah menerusi kategori pereka dalaman pula bertajuk Ladang di mana sebuah pasar agrikultur organik yang mempunyai elemen hijau.
Kini, kedua-dua pelajar ini akan diterbangkan ke Vietnam untuk bertanding dengan 15 pemenang dari seluruh Asia pada peringkat Asia Young Designer of the Year 2019/20 pada bulan Mac 2020.
Good luck korang!