Ya, bukan mudah untuk berjaya dalam pelajaran.

 

Lebih-lebih lagi apbila korang mengambil kursus sekritikal Kujuruteraan Mekanikal di peringkat ijazah sarjana muda.

Mungkin itulah yang dilalui oleh Nicholas Turner, seorang pelajar berusia 23 tahun dari Universiti Southampton. Nicholas dilaporkan bertindak untuk menggantung diri selepas dia tidak berjaya memperolehi keputusan peperiksaan seperti yang diharapkan.

Pelajar Universiti Bunuh Diri Selepas Tipu Ibu Bapa CGPA Peperiksaan
Bangunan kejuruteraan di University of Southampton. 

Seharusnya, Nicholas dan ibu bapanya yang menetap di Tunbridge Kent bersiap sedia untuk menghadiri majlis konvokesyennya. Dia dikhabarkan memberitahu ibu bapanya yang dia telah menerima keputusan CGPA melebihi 3.00.

Namun hakikatnya, Nicholas telah gagal dalam pengajian kejuruteraan itu.

Ads

Jadi pada pagi hari konvokesyen itu, jiran mereka yang sedang berada di bilik mandi tingkat atas terlihat mayat Nicholas yang sedang tergantung di luar kediaman.

Malah, mayat Nicholas juga jelas kelihatan dari kawasan pejalan kaki di luar kediaman.

Pelajar Universiti Bunuh Diri Selepas Tipu Ibu Bapa CGPA Peperiksaan
Seharusnya, Nicholas Turner menghadiri ‘hari konvokesyennya’ di University of Southampton.
Pelajar Universiti Bunuh Diri Selepas Tipu Ibu Bapa CGPA Peperiksaan
Nicholas adalah seorang pelajar yang mudah berkawan dengan rakan pengajiannya.

Menurut laporan metro.co.uk, Nicholas tidak menunjukkan tanda-tanda tertekan pada malam sebelum konvokesyen. Sebaliknya, dia juga menyertai keluarganya ketika makan malam. Ibu bapanya juga baru mendapat tahu mengenai kegagalan Nicholas dalam pengajian selepas kematian anaknya itu.

Ads

Apa yang menyedihkan adalah kasih sayang yang masih dicurahkan oleh ayah Nicholas, Geoff Turner walaupun anaknya telah menipu mereka dan membunuh diri.

Malah tiada rasa kecewa pun yang mereka rasai disebabkan kegagalan Nicholas. Mereka nyata lebih sedih dengan kematiannya.

“Dia telah mengambil kursus yang mencabar, namun dia selalu cuba melakukan yang terbaik.”

Ads

Sumber: Metro.Co.UK

*

Guys, percayalah, bagi semua masalah yang melanda kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Apa guna membunuh diri jika ahli keluarga yang merana.

ARTIKEL BERKAITAN : Rentetan Isu Remaja Bunuh Diri, Syed Saddiq Ajak Belia Bincang Isu Ini

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI