Pelajar Universiti Sengsara Bila Medan Selera Tutup, Ini 5 Cara Untuk ‘Survive’ Dari Ikat Perut!

Share

Kecoh baru-baru ini apabila video seorang pelajar universiti mendakwa dirinya kebuluran hampir 24 jam dek kerana pengurusan kampus yang menutup kafeteria kampus dimuatnaik di laman media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Lancar Kempen ‘Remaja-On-Road’ Bagi Memperkasa Golongan Pelajar Di Universiti & Sekolah


 Dia mendakwa institusi pendidikan di Johor itu menutup medan selera tersebut kerana majoriti pelajar telah pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Video klip itu telah meraih pelbagai reaksi dari warganet. Ada yang turut bersimpati, manakala ada juga yang mengkritik pelajar tersebut kerana tidak berusaha untuk mendapatkan makanan melalui cara lain.

Mungkin anda juga pernah melalui situasi yang sama di mana ‘stuck’ dalam situasi di mana semua kafe universiti ditutup terutama ketika musim cuti perayaan. Atau mungkin anda seorang remaja yang akan melangkah ke gedung ilmu, maka berikut merupakan cara-cara atau tips untuk ‘survive’ yang boleh digunakan sekiranya kafetaria kampus tutup.

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN 

Untuk pastikan perut anda tidak terseksa menahan lapar sekiranya kafetaria tutup, pastikan stok makanan di bilik mencukupi. Anda boleh beli di koperasi atau pasar raya berdekatan. Pastikan juga makanan yang dibeli mengenyangkan seperti tepung oat, roti, bar protein dan biskut. Elakkan dari membeli snek seperti kerepek, coklat dan gula-gula kerana ianya mempunyai kandungan karbohidrat yang sedikit maka anda akan lebih cepat lapar.

MENGGUNAKAN CEREK AIR SEBAIK MUNGKIN

Cerek air semestinya satu kewajipan bagi pelajar yang menginap di asrama atau dorm. Untuk lebih jimat, anda boleh berkongsi duit dengan rakan sebilik untuk membelinya. Selain dari menggunakan cerek air untuk masak mee segera, anda juga boleh menggunakannya untuk membuat hidangan lain yang lebih berkhasiat.

Sebagai contoh, anda boleh merebus telur untuk dijadikan telur separuh masak atau sandwich telur. Anda juga boleh merebus bihun lalu membuat sup dengan hanya menggunakan bawang dan pes ayam. Kalau mahu lagi sedap, boleh masukkan sayur seperti sawi ketika sup itu dimasak di dalam cerek. Hasilnya, bihun sup yang lazat dapat dinikmati tanpa perlu bersusah payah keluar dari bilik mahupun kampus.

PERIUK MASAK ELEKTRIK WAJIB ADA

Seiring dengan perubahan zaman, pelajar kini makin bijak dalam menguruskan hal kewangan. Salah satu cara mereka untuk berjimat ialah dengan membeli periuk masak elektrik agar tidak perlu mengeluarkan duit beli makanan di kafetaria kampus yang mungkin agak mahal bagi mereka.

Anda juga boleh menggunakan periuk ini untuk memasak pelbagai jenis juadah seperti nasi goreng, pasta dan mee goreng. Hanya perlu beli bahan kering yang boleh tahan lama seperti bawang merah, bawang putih, beras, pasta, beras, sos tiram dan sebagainya.

@elina.ras Resepi mudah & ringkas untuk korang yang nak masuk dah universiti bulan depan 🥰 #fyp #fypシ #nasigoreng #cookingpot ♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

 Namun sesetengah universiti melarang pelajarnya membawa periuk masak elektrik ini kerana faktor keselamatan. Maka pastikan, anda sudah mendapat kebenaran dari pihak pengurusan kolej terlebih dahulu.

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN

Sekiranya anda mempunyai budget lebih, maka boleh manfaatkan perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grab Food dan Food Panda.

Maklumlah sekarang semuanya di hujung jari, maka tidak perlu khawatir lagi sekiranya medan selera kampus anda ditutup ketika musim perayaan. Anda juga boleh pesan makanan bersama rakan-rakan yang lain untuk berkongsi caj penghantaran agar ianya lebih murah.

BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Kosmo, Pexels

 

Published by
Adriana Syaurah