Muhammad Hanif Zakaria, pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), mencipta sejarah apabila terpilih menjadi imam solat tarawih di Masjid Manukau Islamic Youth Centre, Auckland, New Zealand.
Pemilihan pelajar berusia 24 tahun itu sebagai imam adalah satu penghormatan besar, memandangkan saingan sengit yang dihadapinya semasa temuduga untuk jawatan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Malaysia Raih Anugerah ‘Top of Cohort’ Di Hungary, Tampil Bangga Dengan Busana Warisan Bugis
Dia meluahkan rasa syukur dan bangga atas peluang yang dianggap sekali seumur hidup itu.
Sepanjang berada di sana, Muhammad Hanif yang juga pelajar Program Qiraat turut memanfaatkan masa untuk mengajar al-Quran kepada jemaah setempat.
ARTIKEL BERKAITAN: #GIRLPOWER Pelajar Kolej MARA Banting Terima Tawaran Pengajian Ke Massachusetts Institute of Technology
Langkah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti di Auckland, tetapi juga membantunya memastikan hafazan al-Quran sentiasa lancar, bagi memimpin solat dengan sempurna.
Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini menganggap pengalamannya sebagai imam di luar negara sebagai cabaran berharga dalam hidupnya.
Muhammad Hanif turut menambah, pengalaman tersebut membuktikan bahawa ilmu al-Quran mampu membawa kejayaan tanpa sempadan.
Selain itu, dia juga berasa bangga dapat menjadi duta kecil USIM dalam menyebarkan syiar Islam di bumi asing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: USIM & Bernama