
Pelakon, Afifah Nasir sah bergelar isteri pada usia 31 tahun bersama jejaka pilihan hatinya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Khabar gembira itu diberitahu sendiri oleh bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang menjadi wali pernikahan pelakon terkenal itu.
“Alhamdulilah, baru selesai tadi. Saya sendiri menjadi wali pernikahan anak saya”.
Majlis itu juga difahamkan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat bagi kedua belah pihak.

Bagi majlis resepsi kedua mempelai pula diadakan pada sebelah malam iaitu di sebuah hotel terkemuka tanah air di ibu kota iaitu lokasi yang sama dengan majlis pernikahan.
Di majlis tersebut, Afifah menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 tunai berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Kami ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
#WayangRemaja: Menangi Hadiah Istimewa Dari Filem Ghostbusters: Afterlife

Siri Ghosbuster bakal kembali menemui penonton di pawagam dengan filem terbaharu, Ghostbusters: Afterlife.
Menceritakan tentang seorang ibu tunggal dan dua anaknya yang tiba di sebuah bandar kecil, mereka mula menemui kaitan dengan hantu asal dan warisan rahsia yang ditinggalkan oleh datuk mereka. Filem terbaharu ini merupakan kesinambungan dari Ghostbusters 1984.

Dibintangi oleh Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Annie Potts dan Paul Rudd, Ghosbusters: Afterlife bakal menemui penonton pada 2 Disember 2021.

Istimewanya bagi filem ini, kami nak berikan merchandise eksklusif dan tiket tayangan perdana kepada penonton bertuah yang berjaya menjawab soalan mudah di bawah. Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.
Tarikh: 30 November 2021
Masa: 8.30 malam
Lokasi: GSC Tropicana Gardens Mall
Merchandise istimewa Ghostbusters: Afterlife
- 5 x Ghostbusters: Afterlife Inkfill Pin Badge
- 5 x Ghostbusters: Afterlife Stay Puft Squishy Phone Mascot
- 5 x Ghostbusters: Afterlife Glow In The Dark Sticker Set
- 1 X Ghostbusters: Afterlife Retro Ecto-1 Plate Keyring
- 1 x Ghostbusters: Afterlife Phone Ring
- 1 x Ghostbusters: Afterlife Stay Puft Squishy
- 1 x Ghostbusters: Afterlife Ecto-1 Wall Mount License Plate
- 5 pasang tiket tayangan perdana Ghostbusters: Afterlife



“Nombor I 001, You Jadi Juri I Di Dewi Remaja..” Mira Filzah Imbas Kenangan Bersama Neelofa

Kehadiran pelakon dan pengacara, Mira Filzah di dalam industri seni tanah air berlaku secara tidak disengajakan.
Menurut si cantik manis itu sewaktu diundang ke program Next To Neelofa yang dikeudara semalam di saluran Astro Ria, Mira mengimbas kenangan langkah pertama sebagai seorang selebriti bermula daripada percubaan di uji bakat pencarian Dewi Remaja!
Ya, pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah binti Badioezaman ini pernah menjadi peserta pertama yang hadir di uji bakat pencarian Dewi Remaja 2014/2015 di mana salah seorang juri bertugas pada waktu itu tidak lain tidak bukan adalah penyandang gelaran itu sendiri, Noor Neelofa.
“I tak tahu jika you ingat ataupun tidak tetapi I pernah pergi ke uji bakat Dewi Remaja..,” soal Mira. Melihatkan kepada reaksi Neelofa, jelas beliau tidak begitu mengingati pernah mengadili Mira yang mencuba nasib pada tahun 2014.
“Masa itu, nombor I adalah 001 sewaktu uji bakat. You tanya soalan dekat I.. fasal charity atau something. I pun jawab dan I dapat kad bintang tu. Tetapi pada waktu itu I tidak dapat Top 20 yang disenarai pendek.”

“Jadi I pernah join (Dewi Remaja) tetapi itu pun suka-suka (memandangkan) I hanya di (kampus) UiTM Shah Alam. Bolehlah, pergi saja suka-suka. Tiada niat pun nak popular atau berlakon selepas itu. Perlahan-lahan, tawaran yang datang dekat I,” imbas Mira yang cantik mengenakan busana serba merah rekaan Davis Paul Lister (DPL) KL.
Kerjaya lakonan Mira kemudian bertitik-tolak bersama Majalah Hijabista untuk sebuah projek kolaboratif dengan jenama syampu. Ia kemudiannya dijadikan sebagai drama digital berjudul Dunia Lola.
Pada ketika itu, Mira masih memberi fokus sepenuhnya pada pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa di UiTM. Mira bukan hanya mementingkan soal pendidikan, malah dia juga ingin memenuhi hasrat ibunya yang ingin melihat Mira bergelar graduan.
Hanya sesudah menyiapkan tesis, Mira mendapat kebenaran daripada ibunya untuk menerima tawaran drama televisyen di bawah produksi Zeel Production.
Balas Neelofa, permulaannya dalam industri sedikit berbeza daripada Mira. Neelofa terpaksa ‘menyorokkan’ kelibatnya sewaktu cuba menembus masuk ke dalam industri menerusi bidang peragaan dan tentunya, pencarian Dewi Remaja 2009/2010.
ARTIKEL BERKAITAN : “Love Each Other” Lihat Ucapan Neelofa & 12 Selebriti Buat Mira Filzah – REMAJA
“Kan masa Dewi Remaja dahulu, dia tak bagi tahu kami (adik-beradik) masuk industri seni langsung. Setiap kali bertanding dan diberikan cabaran (Dewi Remaja) ataupun perlu buat kemunculan di apa-apa acara, (saya akan beritahu) ada ‘college event daddy’. Haa begitu,” kongsi ibu kepada Muhammad Bilal itu.
Apapun, kedua-dua jelitawan ini sudah pun berjaya dalam laluan masing-masing dan mempunyai jutaan pengikut yang sentiasa penyokong hala tuju mereka baik dalam kerjaya seni mahupun dalam bidang perniagaan.
ARTIKEL BERKAITAN : Ikon Wanita Kelantan, Neelofa Dinobat Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith – REMAJA
BACA LAGI : Mira Filzah Tepati Ramalan, Bintang Paling Popular 2019 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terus Sokong Esukan, Yoodo Tampil Sebagai Penaja MPL MY/SG Dan Pasukan MLBB Geek Fam

Pada zaman sekarang permainan video atau dikenali sebagai eSport bukan lagi perkara enteng yang boleh dipandang sebelah mata. Ia kini menjadi acara yang dipertandingkan dan menawarkan sumber pendapatan serta penajaan bernilai jutaan ringgit.
.
Populariti eSport yang semakin hari semakin meningkat merupakan satu perkara yang tidak dapat disangkal lagi. Menyedari akan peningkatan serta populariti luar biasa eSport, Yoodo hari ini mengumumkan yang mana mereka akan kembali menaja kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League (MPL) bagi negara Malaysia dan Singapura untuk musim keenam.
Wow…musim ke 6 ye guyss!!
Hal ini merupakan tajaan kedua mereka selepas musim kelima sebelum ini di mana ia merupakan salah satu musim terbesar buat kejohanan tersebut dengan sejumlah lebih dari 9.5 juta tontonan. Menurut Michael Lin, iaitu pengurus pemasaran Esukan MPL menyatakan yang mana mereka amat gembira dengan tajaan Yoodo dan bagi musim keenam ini, mereka menjanjikan satu kejohanan yang lebih besar dari pelbagai pasukan Malaysia dan Singapura.
Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League (MPL) bagi negara Malaysia dan Singapura musim keenam akan menyediakan wang hadiah terkumpul sebanyak $100,000(~RM417,000) dan ia akan menempatkan enam pasukan dari Malaysia dan empat dari Singapura. Kejohanan tersebut akan berlangsung bermula 28 Ogos ini sehingga 25 Oktober 2020 ini.
.
Pada masa yang sama, Yoodo juga mengumumkan yang mana mereka kini akan menaja pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Geek Fam, sekaligus menambahkan lagi barisan tajaan esukan di bawah naungan Yoodo selepas Yoodo Gank dan juga Yoodo FV.
Menurut Chow Tuck Mun, ketua Yoodo, belia sangat teruja untuk membawa jenama mereka ke kejohanan MPL yang bakal berlangsung kelak, ditambah pula dengan pencapaian pasukan tersebut di musim lepas, mereka bersedia untuk memberi sokongan penuh buat pasukan Geek Fam. Beliau juga menyatakan tajaan ini bukan sahaja dari segi tajaan telco, malah dari segi kewangan buat pasukan tersebut.
.
Yoodo Geek Fam terdiri daripada Nik Aqieff (Dominus) sebagai kapten pasukan, Muhammad Zul Hisham (Xorn), Poon Kok Sing (OzoraVeki), Muhammad Nazmie (Artz) , Amirul Shafiq (Feekz) dan Tai Ming Hong (Rumpel).
Jadi kepada games di luar sana, teruskan berjuang di alam digital dengan penuh semangat. Buat pasukan Yoodo Geek Fam untuk kejohanan MPL musim keenam ini. good luck okay!