
Seorang lagi permata seni tanah air telah meninggalkan kita….
Hari ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon veteran iaitu Badrul Muhayat yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 55 tahun.
Berita duka itu disampaikan oleh pelakon Anne Abdullah menerusi sebuah hantaran di platform Facebook miliknya.
“Assalammualaikum saya nak maklumkan yang Badrul Muhayat dah meninggal dunia di homestay Penang. Al-Fatihah,” coretnya ringkas.
Menerusi entri Instagram pula, Anne juga ada memuat naik hantaran yang memaklumkan bahawa pelakon veteran berkenaan telah meninggal dunia.
Sekadar info, Badrul Muhayat atau nama penuhnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani dilahirkan pada 18 April 1968 dan merupakan bekas peserta Hero Remaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook & Instagram Anne Abdullah
Dibarisi Penyanyi Popular Sebagai Juri, Saudi Idol Bakal Gegarkan Arab Saudi

Arab Saudi kini semakin mesra dengan dunia hiburan apabila dilihat semakin membuka ‘pintu’ negara dengan kahadiran konsert-konsert artis luar negara. Terbaharu, dunia hiburan Arab Saudi bakal digegarkan dengan kemunculan musim pertama Saudi Idol.
Rancangan tersebut merupakan rancangan antarabangsa Pop Idol yang popular seantero dunia diilhamkan oleh Simon Fuller. Kalau pembaca REMAJA ingat, dahulu Malaysia turut menghasilkan rancangan sama selama dua musim yang disiarkan disaluran 8TV.
ARTIKEL BERKAITAN: Tegur Kerajaan Arab Saudi Tentang Hiburan Melampau, Bekas Imam Masjidil Haram Dipenjara 10 Tahun!
Rancangan baharu itu akan dilancarkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi dan konglomerat media, MBC. Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Hiburan Am, Turki Al-Sheikh mengumumkan mengenai rancangan tersebut di Twitter dan turut mendedahkan nama juri untuk pertunjukan bakat baharu ‘Saudi Idol’.
سعيد بالإعلان عن شراكة جديدة بين #هيئة_الترفيه و مجموعة MBC لإطلاق برنامج #سعودي_أيدول 😍🇸🇦
مع الفنانين أصيل أبو بكر و أحلام و أصالة و ماجد المهندس في لجنة التحكيم ❤️🤩
🗓 يبدأ العرض الأول للبرنامج في ديسمبر 2022#saudi_idol pic.twitter.com/OayAVQ7aWD
— TURKI ALALSHIKH (@Turki_alalshikh) September 24, 2022
“Gembira mengumumkan kerjasama baharu antara Pihak Berkuasa Hiburan dan Kumpulan MBC untuk melancarkan Saudi Idol,” ciap Turki Al-Sheikh.
Juri rancangan itu akan terdiri daripada penyanyi Arab Saudi Aseel Abubakr, penyanyi dan pelakon handal Emirati, Ahlam AlShamsi, penyanyi dan komposer Iraq-Saudi ,Majid Almohandis, dan penyanyi terkenal Syria, Assala.
Penerbitan rancangan Saudi Idol ini bertujuan untuk mempromosikan industri muzik Arab Saudi dan menonjolkan bakat-bakat rakyat negara tersebut. Seperti kebanyakan rancangan bakat Idol, pertandingan nyanyian akan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu uji bakat dan pertunjukan langsung.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
3 Tahun ‘Lawan’ Gangguan Mental, Shasha Abedul Dedah Pernah Kena Serangan Panik Di Set Pengambaran

Pelakon meningkat naik, Shasha Abedul mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah kesihatan mental seperti depresi dan kerisauan melampau (anxiety) yang menyebabkan serangan panik.
Dalam temu bual di sidang media drama Project: Exit, Shasha mengakui bahawa situasi tersebut berlaku sekitar tiga tahun lalu dan dia terpaksa mendapatkan rawatan daripada pakar psikologi dan ahli terapi.
ARTIKEL BERKAITAN: Drama Siri Wajib Tonton! Project; Exit Angkat Isu Kesihatan Mental Remaja & Nilai Persahabatan
“Tiga tahun lalu, saya mengalami gangguan mental, ‘depression’, ‘anxiety’ dan serangan panik. Tapi saya tak sampai tahap nak cederakan diri sendiri.
“Bila tahun pertama saya rasakan perkara itu, saya tak tahu macam mana nak mengawalnya. Saya pergi jumpa ahli terapi dan pakar psikologi untuk kenal pasti apa yang saya alami dan macam mana nak tangani. Alhamdulillah, saya makin okay,” katanya kepada Remaja.
Enggan bergantung kepada ubat, aktres berusia 28 tahun itu menjelaskan bahawa tahap kesihatannya kini semakin baik kerana dirinya menjalani sesi terapi secara berkala.
“Selepas tahun ketiga, doktor ada bagi saya makan ubat. Tapi saya tak makan kerana saya tak mahu bergantung dengannya sebab itu juga saya jumpa ahli terapi.
“Jadi, saya dapat keseimbangan dari situ. Pakar psikologi, dia doktor yang memang akan bagi ubat. Kalau buat terapi, kita boleh kongsi apa yang kita rasa,” tambahnya.
Shasha turut mendedahkan bahawa dirinya pernah mengalami serangan panik semasa penggambaran Project: Exit disebabkan watak yang dibawanya yang seakan mencerminkan dirinya.
“Bila saya bawa karakter Jannah dalam drama itu, sebenarnya beberapa peratus adalah diri saya sendiri. Bila dapat naskhah tersebut, saya tak rasa pun macam saya tengah berlakon. Saya rasa Tuhan dah persiapkan diri saya lebih awal.
“Saya juga beberapa kali diserang ketika ‘shooting’. Saya ingat lagi untuk babak terakhir untuk drama ini. Watak itu dah terlampau mengawal emosi saya,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau Kena Migrain Attack, Elak 5 Makanan Ini Salah Satunya Gula

Migrain merupakan salah satu sebab sakit kepala yang berulang dan sesiapa yang terkena sudah tentu tahu macam mana azabnya bila diserang sehingga berhari-hari.

Menurut portal myhealth.gov.my, migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor-faktor pencetus yang disebabkan oleh makanan, persekitaran, psikologi, ubat-ubatan dan lain-lain.
Oleh sebab itu, penting untuk mengetahui bahan-bahan makanan yang boleh memburukkan migrain.
1. Cokelat
Cokelat mengandungi magnesium tinggi yang dapat membantu meredakan kekejangan dan sakit ketika datang bulan. Tetapi, ia juga mampu menjadi penyebab migrain.
2. Sosej
Makanan segera ini mengandungi nitrit iaitu pengawet yang berfungsi mencegah pertumbuhan bakteria. Tetapi, kajian membuktikan ia juga dapat mencetus migrain.
3. Gula yang diproses
Gula yang telah diproses dapat menyebabkan kadar manisan dalam darah meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan pelepasan insulin berlebihan.
Kenaikan itu kata Dr. Chythia dapat memicu proses pro-inflamasi pada tubuh yang dengan sendirinya mencetuskan migrain.
4. Keju
Keju mengandungi vitamin A, kalsium dan protein yang baik untuk tubuh manusia namun jika makan keju yang sudah lama, ia boleh menyebabkan migrain.
Ini kerana keju lama mengandungi tyramine yang boleh memicu sakit migrain. Semakin lama keju disimpan, kandungan tyramine seperti guoda, feta dan gruyere semakin tinggi.
5. Kafein
Kopi, teh, soda dan minuman bertenaga memang efektif mengurangkan sakit kepala seperti migrain namun pengambilannya dalam jumlah yang terlalu banyak dapat memicu serangan migrain dalam bentuk sakit pada bahagian pinggul.
Selain itu, berhenti mengambil minuman berkafein secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan migrain.
Namun begitu, korang juga boleh berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat perubatan kerana kesan dan faktor-faktor migrain mungkin tak sama bagi semua pesakit.
Sekiranya sakit masih berlarutan, cepat-cepat jumpa doktor okay?