
Seorang lagi permata seni tanah air telah meninggalkan kita….
Hari ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon veteran iaitu Badrul Muhayat yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 55 tahun.
Berita duka itu disampaikan oleh pelakon Anne Abdullah menerusi sebuah hantaran di platform Facebook miliknya.
“Assalammualaikum saya nak maklumkan yang Badrul Muhayat dah meninggal dunia di homestay Penang. Al-Fatihah,” coretnya ringkas.
Menerusi entri Instagram pula, Anne juga ada memuat naik hantaran yang memaklumkan bahawa pelakon veteran berkenaan telah meninggal dunia.
Sekadar info, Badrul Muhayat atau nama penuhnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani dilahirkan pada 18 April 1968 dan merupakan bekas peserta Hero Remaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook & Instagram Anne Abdullah
Kenapa Air Kelapa Popular Di Kalangan Fitness Coach? Rupanya Boleh Stabilkan Tekanan Darah & Ada 6 Lagi Kebaikan

Isi Kandungan
Toggle
Antara dugaan paling mencabar semasa kita ingin ‘membuat badan’ adalah faktor minuman manis.
Minuman manis ini termasuklah minuman jenis isotonik. Macam-macam perisa, warna dan nama minuman yang kita nak cuba. Tapi adakah korang sure sama ada minuman itu berkhasiat untuk korang? Yang kita tahu rasa dia sedap tapi tentang khasiatnya pula, kena test dulu baru tahu.
Salah satu minuman berkhasiat yang tak perlu nak test terlebih dahulu adalah air kelapa.
Sebab itulah ia popular di kalangan jurulatih fitness. Nak tahu kenapa, haa ini sebabnya.
01
Semuanya Semulajadi
Air kelapa mengandungi banyak nutrisi dari tanah. Ini kerana pokok kelapa menyerap air dan elektrolit dari tanah melalui akarnya. Kemudian, semua nutrisi semulajadi itu diserap, ditapis lalu disimpan di dalam buah kelapa.
02
Elektrolit Itu Untuk..
Bercakap tentang elektrolit, ia sebenarnya adalah komponen penting dalam buah kelapa bagi memastikan badan terus terhidrat selepas bersenam. Penyerapan cecair yang maksimum mudah untuk menggantikan kehilangan air akibat bersenam.
Tidak seperti minuman penghidratan sukan yang ditambah garam mineral dan sebaiknya diambil oleh seseorang yang giat aktif, air kelapa pula sesuai untuk pengambilan semua orang untuk kembali segar!
03
Kelapa – Kurma Bergabung, Meletop!
Buah kurma bagus untuk mempercepatkan penghasilan tenaga, sebab itulah sunnah Nabi Muhammad SAW menyuruh kita yang mengamalkan 3 ke 5 butir buah kurma setiap hari. Buat tak? Hehe.
Apabila korang mengambil air kelapa pula selepas itu, ia akan membantu badan untuk mudah menyerap nutrien buah kurma yang kaya dengan glukosa dan fruktosa. Lebih bertenagalah badan korang untuk bersenam nanti.
04
Sihat Tip Top
Daripada korang ambil minuman berperisa manis, lebih baik korang ambil air kelapa yang diketahui dapat membantu menstabilkan tekanan darah jika ia diambil secara kerap.
06
Minum Secara Sejuk Pun Okay
Selalunya kita dengar, minuman suam seperti air kosong adalah lebih baik kerana ia membantu proses penghadaman makanan berbanding minuman sejuk. Namun dengan air kelapa, ia boleh diminum sejuk tanpa menjejaskan kelebihan penghidratannya. Sudahlah berkhasiat, tekak pun lega.
07
Tak Perlu Penat Mengupas Buah Kelapa
Halangan utama yang menyebabkan ramai enggan mengambil minuman kelapa adalah kerana kerja mengupas dan memecahkan buah kelapa. Susah tau bagi yang tak biasa!
Jangan risau kerana korang boleh je memilih minuman Air Kelapa KARTA kerana ia diperbuat 100% daripada air kelapa, tanpa pemanis, pewarna atau pengawet.
Mengikut Ahli Strategis Nutraseutikal iaitu Profesor Dr. Azhar Mat Easa dari Universiti Sains Malaysia, “ Walaupun Air Kelapa KARTA sudah diproses, ia tetap mengandungi nutrien dan elektrolit air kelapa hasil teknologi yang digunakan.”
Betul tu, ia dijamin segar dan sihat kerana ia menggunakan teknologi pembungkusan Pek Aseptik Tetra Prisma®. Jadi segala di dalam pek Air Kelapa KARTA sememangnya fresh sebelum dan selepas bersenam
* * * * *
So, dah tahu kan nak pack air apa untuk ke gym hari ini?
Air kelapa, of course!
Ketahui lebih lanjut mengenai Air Kelapa KARTA di laman web dan Facebook mereka okay.
Penonton Minta Sekuel, Filem Nobody Papar Aksi Terbaik Dari Bob Odenkirk

Bagi peminat genre aksi, kami ingin mencadangkan sebuah lagi filem yang berbaloi untuk ditonton di pawagam, bakal ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri nanti.
Dibintangi oleh Bob Odenkirk, Connie Nielsen, Christopher Lloyd, RZA, Aleksey Serebryakov, filem arahan Ilya Naishuller, Nobody mengisahkan tentang seorang lelaki, Hutch Mansell yang sering dipandang rendah oleh orang disekelilingnya. Kehidupan hariannya berlalu seperti biasa, bangun pagi, pergi kerja, memasak, tidur dan kemudian keesokkan harinya tetap melakukan perkara yang sama.
Semuanya berubah apabila berlaku insiden kediaman keluarga Hutch dipecah masuk oleh perompak. Dia sebolehnya tidak mahu melawan kerana tidak ingin perkara buruk berlaku terhadap keluarganya. Namun, selepas kejadian pecah masuk rumah, Hutch sekali lagi diuji apabila dia menjadi saksi kepada perbuatan gangster yang dilakukan di dalam bas awam.
Demi menyelamatkan seorang gadis, Hutch ‘mengeluarkan’ emosinya dengan memukul sekumpulan gangster tersebut sehingga mereka dimasukkan ke hospital. Malangnya, salah seorang mangsa adalah adik kepada penjahat yang bernama Yulian.
Yulian ingin membalas dendam kepada Hutch dan sejak itulah kehidupannya berubah. Nah, tak bolehlah nak cerita panjang dekat sini kan. Korang kena tonton sendiri di pawagam baru puas hati.
Bermula dengan perlahan, tapi korang jangan give up dulu kerana selepas daripada perkembangan watak Hutch itu, penonton pasti tidak senang duduk melihat aksi yang dipaparkan dalam filem ini. Boleh dikatakan sudah agak lama kami tidak menonton filem aksi terbaik dan rasanya tidak keterlaluan sekiranya kami mengatakan Nobody adalah antara filem aksi terbaik bagi tahun ini.
Lakonan Bob Odenkirk memang tidak dapat disangkal lagi. Bermula dengan watak tenang seorang ayah yang penyanyang, Hutch akhirnya menjadi dirinya kembali apabila perlu berhadapan dengan musuh demi menyelamatkan keluarganya.
Menerima komen positif daripada penonton, rata-rata daripadanya juga meminta agar filem mempunyai sekuel.
Penuh dengan aksi tembak-menembak, sudah tentu filem ini hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas. So guys, jangan lupa saksikan Nobody di pawagam bermula 13 Mei nanti.
Semakin Banyak Haiwan Perlukan Bantuan Dana Untuk ‘Survive’ Disebabkan PKP, Cer Lihat

Isi Kandungan
ToggleRemaja pernah melaporkan mengenai usaha Zoo Negara yang memperkenalkan kempen pengambilan Haiwan Angkat sebelum ini.
Pengenalan tersebut berikutan kesan daripada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan organisasi seperti Zoo Negara juga merasai tempiasnya. Ini berikutan ketiadaan pengunjung yang membeli tiket lalu menjejaskan dana bagi menampung penjagaan haiwan di sana.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Cara Untuk Mengambil Haiwan Angkat Zoo Negara
Dalam diam, rupa-rupanya bukan Zoo Negara saja lokasi yang terjejas.
Kira-kira 8 lagi organisasi pemeliharaan haiwan di dalam negara kini turut merayu bantuan dana daripada rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup haiwan masing-masing.
Justeru, beberapa program dan kempen khas telah dicetuskan oleh mereka sepanjang musim PKPB ini.
01
Melaka Butterfly & Reptile Sanctuary – Ayer Keroh
Program : Adopt A Butterfly
Pihak sanctuary akan menghantar balang berisi kepompong ataupun Pupa Jar kepada kamu untuk dijadikan sebagai haiwan angkat. Dengan hanya mendermakan RM20 untuk 1 balang (tidak termasuk caj RM10 bagi penghantaran di Semenanjung Malaysia), ia akan tiba di rumah korang dalam 3 ke 4 hari.
02
G2G Animal Garden – MAEPS

Program : Animal Garden Covid-19 Fund (Adopt Our Animals)
Tarikh : 21 April hingga 1 Julai 2020
Dapatkan e-sijil haiwan angkat dengan sumbangan RM10 hingga RM500. Antara haiwan yang terjejas di sini adalah raccoon, rusa Timorensis, kuda ‘pony’ dan kura-kura.
03
Miri Crocodile Farm – Lutong Sarawak
Program : Help The Animals
Dapatkan e-sijil haiwan angkat dengan sumbangan serendah RM10. Terdapat juga pakej lain yang berharga sehingga RM500 dan tentunya ia termasuk kelebihan lain.
04
Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka
Program : Be The Guardians of the Animals
Terdapat beberapa pakej yang disediakan untuk membantu. Korang boleh mendapatkan e-sijil menerusi Friend Package berharga RM30 dan RM50. Terdapat juga pakej lain seperti Supporter Package, Defender Package, Patron Package, Ambassador Package, Hero Package dan Guardian Package; mengikut bajet penderma.
05
D’Bilut AgroFarm & Retreat Pahang
Program : Support Lokal
Dapatkan e-sijil haiwan angkat dengan sumbangan serendah RM10. Terdapat juga pakej lain yang berharga sehingga RM500 dan tentunya ia termasuk kelebihan lain. Antara haiwan yang dipelihara di sini adalah ayam belanda, burung unta, burung merak dan kambing
06
Gombak Horse Riding Club, Kuala Lumpur
Program : Adopt Our Horse
Dapatkan e-sijil haiwan angkat dengan sumbangan serendah RM10. Terdapat juga pakej lain yang berharga sehingga RM550 dan tentunya ia termasuk kelebihan lain. Antara kuda yang memerlukan bantuan ialah Prince, Montana, Santana, Horse Saladin, Sofea, Horse Express dan Zucco.
07
MYCAT
Program : Donate To Save Malaysia Tigers
Kempen pemeliharaan harimau Malaya sememangnya merupakan kempen yang popular pada setiap tahun setelah jumlah spesis yang tinggal di Malaysia hanyalah kira-kira 200 ekor. Korang boleh menderma daripada RM10 hingga RM500 mengikut kemampuan.
08
MDDB
Program : MDDB Furkid Sponsorship Package
Anjing juga merupakan haiwan peliharaan yang memerlukan bantuan kita. Dengan menderma serendah RM25 hingga RM1200, korang bukan saja akan menerima e-sijil, malah akan menerima goodies bag berdasarkan jumlah dana.
*
Bagi korang yang berbesar hati untuk membantu haiwan ini bagi meneruskan kehidupan dengan selesa, korang boleh saja layari laman web Ticket2U yang bekerja rapat dengan banyak badan kebajikan dan NGO bagi memudahkan saluran derma.
Bayangkan, sekiranya kita lapar kita tahu di mana untuk mencari makanan. Namun bagi haiwan dan petugas di setiap lokasi haiwan ini, mereka buntu untuk mencari sumber yang sesuai disebabkan kekurangan dana buat masa ini.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita boleh menyealamtkan lebih daripada seribu haiwan yang bergelut dengan kelaparan.
Perang wabak Covid-19 belum berakhir dan begitu jugalah kepayahan yang dihadapi oleh haiwan-haiwan ini.