Baru-baru ini, banyak betul isu kontroversi melanda selebriti Korea; baik selebriti lelaki mahupun perempuan. Daripada tuduhan kononnya pernah membuli hinggalah kes dadah, ada saja cerita tidak enak yang timbul pada setiap minggu.
Kali ini, peminat K-drama dikejutkan selepas mendapat tahu pelakon lelaki kegemaran ramai, Park Seo Joon terpalit dengan kontroversi disebabkan kenyataan lamanya yang dipetik daripada satu temuramah pada tahun 2014.
Pada waktu itu, media yang menemubual Seo Joon telah bertanyakan mengenai ciri-ciri wanita idaman pelakon kacak itu.
Jawab pelakon drama Itaewon Class itu, wanita idamannya haruslah meninggalkan pekerjaan sedia ada dan perlu duduk di rumah untuk menjaga keluarganya.
Oh oh..
Di dalam artikel tersebut, Seo Joon menjelaskan bahawa dia telah dibesarkan dalam sebuah keluarga sedemikian rupa di mana ibunya komited menjaga anak-anaknya di rumah.
Ads
“Jadi saya turut merasakan anak-anak saya nanti perlu dibesarkan oleh ibu mereka. Saya pernah dengar bahawa cara seorang kanak-kanak dibesarkan akan memberi kesan kepada perlakuannya semasa zaman dewasa.
“Kanak-kanak yang kurang kasih sayang akan lebih cenderung melalui zaman dewasa yang bermasalah. Dia mungkin tidak mempunyai skil bersosial bagus, atau dia juga boleh menjadi seorang penjenayah.
“Saya tentunya akan cuba menjadi ayah yang baik, tetapi anak-anak saya tetap perlukan ibu mereka. Mungkin pendapat ini salah, tetapi inilah jawapan saya buat masa ini,” jelas Seo Joon.
Artikel tersebut tidak terhenti di situ. Seo Joon juga merasakan wanita idaman perlu menjadikannya ingin menjadi seorang lelaki yang betul-betul ingin melindungi wanita itu. Senang cerita, lelaki protective lah.
“Saya suka wanita yang membuatkan saya risau tentangnya. Wanita kurus selalu bersifat sedemikian. Saya rasakan wanita yang tinggi pula boleh menjaga dirinya sendiri,” tambahnya lagi.
Ads
Hhm..
Penulis pasti Park Seo Joon tidak berniat pun menjadikan wanita sebagai objek yang boleh diklasifikasikan mengikut ketinggian atau bentuk badan. Mungkin, apa yang dimaksudkan Seo Joon adalah dia ingin bersikap protective terhadap wanita yang disayanginya.
Mungkin juga pada waktu itu, Seo Joon masih tidak fasih mengatur ayat jawapan semasa ditemuramah.
Apa yang jelas, selepas artikel itu kembali timbul dan menjadi tular di sana, warganet Korea termasuklah sebilangan peminat Seo Joon tidak boleh menerima jawapannya itu.
Ads
Ada yang berkata pandangan mereka terhadap Seo Joon telah berubah dan cara Seo Joon yang inginkan isterinya duduk di rumah dan menjaga anak mereka adalah kolot serta ketinggalan zaman.
Apapun, penulis masih kekal menjadi peminatnya! Lebih-lebih lagi apabila dia semakin berjaya dalam karier lakonannya dan dipercayai akan membintangi filem The Marvels, tidak lama lagi.
Sekiranya benar Seo Joon akan berlakon di sisi Brie Larsson dalam filem sekuel Captain Marvel itu, dia akan menjadi pelakon kelahiran Korea Selatan ketiga yang membintangi filem terbitan Marvel Cinematic Universe selepas Claudia Kim dalam Avengers: Age of Ultron dan Ma Dong Seok dalam Eternals.
Umum mengetahui bahawa sambutan hari kelahiran di antara Tun Dr Mahathir Mohammad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hanyalah selang beberapa hari saja.
Setelah Tun M menyambut hari kelahiran ke-95 pada minggu lalu, tiba giliran beliau untuk mengucapkan Happy Birthday pula kepada isteri tercinta.
Namun, siapa sangka bahawa Tun M boleh menjadi sangat sweet dengan memuat naik satu video berdurasi seminit di Twitter malam tadi.
Video tersebut mempunyai latar belakang muzik mainan biola Nak Dara Rindu hasil nukilan seniman Tan Sri P.Ramlee. Alunan biola itu dikatakan adalah alunan biola mainan Tun Dr Siti Hasmah sendiri yang pernah mempamerkan bakatnya itu di acara tertutup, tak lama dahulu.
Dengan status berbunyi, “Selamat Hari Jadi, Hasmah” iaitu gelaran yang telah digunakan beliau selama ini, tweet daripada Tun M itu memaparkan detik-detik manis mereka berdua yang tidak kekok saling mengusik ketika menghadiri majlis awam.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 12, 2020
Sweet kan? Tweet yang telah menerima 11.1 likes itu turut membuatkan ramai netizen terharu dan mendoakan agar Tun Dr Siti Hasmah dikurniakan kesihatan yang baik serta diberkati oleh Ilahi.
Sidang redaksi REMAJA turut mendokan agar Tun berdua akan terus diberkati, ceria selalu dan semoga dikasihi dengan doa daripada rakyat sekalian. Amin!
Bagi korang yang nak tau rahsia sebenar kesihatan mantap oleh Tun M, cuba klik artikel di bawah.
Kebiasaannya bintang popular dari Hollywood, Bollywood dan juga Korea Selatan begitu dikenali serata dunia. Namun kini muncul pula gelombang dari dunia seni Thailand yang dilihat sudah mula ‘mengeksport’ bakat-bakat mereka agar terkenal serata dunia.
Antara salah seorang yang kini menjadi perhatian ialah pelakon, penyanyi dan model, Bright Vachrawit. Merupakan anak kacukan berdarah Thai dan Amerika Syarikat, jejaka berusia 26 tahun ini dibesarkan di Thailand oleh ibunya apabila kedua orang tuanya bercerai.
Kredit foto: Instagram Bright Vachirawit
Memulakan kariernya dalam dunia seni seawal usia 15 tahun, namun begitu bintangnya benar-benar bersinar apabila membintangi drama 2gather The Series dan Still 2gather yang merupakan siri paling banyak ditonton di saluran LINE TV di Thailand.
Selain dua drama bersiri tersebut, Bright juga terpilih untuk berlakon dalam siri remake versi Thai bagi drama Boys Over Flower yang dipopularkan oleh kumpulan F4 sebelum ini.
Kemudian dia sekali lagi mencipta fenomena apabila digandingkan bersama pelakon wanita popular Thailand, Davika Hoorne dalam siri Astrophile yang menerima lebih 30 juta jumlah tontonan.
Walaupun sibuk dengan dunia seni, jejaka berusia 26 tahun ini tidak mengabaikan pendidikan. Dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang pemasaran dari Bangkok University pada penghujung tahun lalu. Menariknya majlis konvokesyennya dihadiri oleh lebih 2’000 peminat!
Lumrah kehidupan selebriti, fesyen tidak boleh dipisahkan. Dengan ketinggian dan rupa paras kacak yang dimilikinya, Bright menjadi pilihan banyak jenama fesyen antarabangsa. Apatah lagi kehadiranya dalam majlis fesyen telah memberikan jenama tersebut nilai media yang gah bernilai jutaan dolar.
Kredit foto: Instagram Bright Vachirawit
Jenama seperti Prada, Chanel dan Louis Vuitton bekerjasama dengannya bagi menaikkan lagi imej mereka di rantau Asia Tenggara. Tahun lalu, Bright telah menjadi duta global Burberry dan dia merupakan selebriti Asia Pasifik Selatan pertama seumpamanya yang dipilih untuk menggalas tugas itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang dapat menidakkan kehebatan naskah bersiri Lord of The Rings nukilan J.R.R Tolkien yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk filem arahan Peter Jackson?
Novel dan filem tersebut terlalu ikonik, popular serta masih relevan sehingga kini. Korang yang mengikuti perjalanan karakter untuk mencari dan memiliki sebentuk cincin berkuasa dari The Shire ke Modor pasti tidak jemu mengulang tonton.
Kini, sebentuk cincin lagi ‘muncul’ sebagai elemen utama penceritaan. Kedengaran seperti Lord Of The Rings, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah drama bergenre romantic comedy oleh WarnerMedia.
Drama berjudul Adventure of the Ring ini merupakan sebuah drama episod berbahasa Mandarin yang diadaptasi daripada novel romantik tulisan Lai I-Wei ‘Ring of the Day’.
Ia menceritakan mengenai beberapa pasangan yang menjumpai sebentuk cincin pertunangan dan bermula apabila Yi Zhi (Chris Wang) cuba merancang untuk merisik teman wanitanya. Namun, dia cuai dan kehilangan cincin pertunangan tersebut semasa di atas gerabak tren.
Sepanjang percubaan mereka untuk mencari cincin tersebut, Yi Zhi dan Lisa (Allison Lin) kembali melihat apakah makna cinta dan masa depan untuk mereka setelah cincin itu beralih tangan ke beberapa pasangan lain.
Cer tonton teaser untuk drama Adventure of the Ring ini di bawah.
Berdasarkan teaser ini, cincin tersebut memang mempunyai kuasa mirip cincin di dalam filem Lord of the Ring. Cumanya, ia mampu untuk merapatkan atau memecahkan hubungan cinta di antara pasangan.
Macam menarik kan?
Nantikan Adventure of Tthe Ring yang akan ditayangkan bermula 13 Disember ini pada jam 9 malam di HBO Go dan HBO (saluran Astro 411 HD). 8 buah episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Ahad.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...