Memang romantik kan apabila kita menonton K-drama yang menjadi sebutan ramai.
Sambil menonton, mulalah kita pun ‘berangan’ nak bercinta seperti pasangan pelakon yang ditampilkan.
Justeru, apabila muncul gosip terbaru yang mengesahkan pasangan K-drama yang kini sedang hangat bercinta di luar set penggambaran, tentulah peminat teruja dengan perkembangan terbaru itu.
Kali ini, ia melibatkan pasangan drama Crash Landing On You iaitu Hyun Bin dan Son Ye Jin!
Menurut laporan postal Korea, Dispatch semalam, mereka berdua sebenarnya telah bersama kira-kira selama lapan bulan yang lalu. Momen yang membuatkan mereka berdua ‘terkantoi’ adalah apabila Hyun Bin dan Ye Jin mengunjungi sebuah lapangan golf di daerah Gangwon dan menghabiskan masa bersama.
Selain foto yang dirakam itu, tidak banyak lagi foto mahupun video lain yang pernah merakamkan momen mereka berdua disebabkan oleh kesibukan kerjaya mereka berdua. Hyun Bin misalnya telah ke Jordan pada Julai tahun lalu manakala Son Ye Jin sedang sibuk dengan penggambaran filem Hollywood pertamanya, Cross di samping Sam Worthington.
Ini bukanlah kali pertama pasangan K-drama meneruskan percintaan dalam dunia sebenarnya selepas tamat penggambaran.
Park Shin-hye sebagai contoh telah bercinta dengan pelakon, Choi Tae-joon sejak tahun 2017, namun baru ‘membongkarkan’ rahsia itu pada Jun 2020. Seperti biasa, sebilangan netizen bertindak untuk mengecam memandangkan Shin-hye lebih tua dua tahun berbanding Tae-joon.
Bekas ahli Girl’s Generation, Sooyoung juga telah diketahui umum sedang hangat bercnta dengan pelakon Jung Kyung-ho. Namun, dia bijak untuk tidak sesekali menyebut nama pelakon itu dalam mana-mana temuramah yang dilakukannya!
Tujuh tahun lamanya mereka menyemai cinta bersama, mereka memang sweet in real life. Sebagai contoh, mereka dilaporkan pernah menghantar food truck ke set penggambaran masing-masing untuk memastikan pasangan cukup makan.
Satu lagi pasangan K-drama yang bercinta di luar set ialah ahli program Running Man, Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin. Kwang-soo sinonim dengan karakternya yang selalu cuba ‘menggatal’ dengan mana-mana tetamu perempuan dalam program variety tersebut.
Namun bertemu menerusi rancangan Running Man, mereka terus jatuh cinta dan menyambut ulang tahun kedua, baru-baru ini. Baru-baru ini, timbul gosip mereka sedang merancang untuk berkahwin pada tahun 2021.