Kalau dah namanya filem Crazy Rich Asians, pastilah penangan fesyen yang dibawa oleh para pelakonnya ke karpet merah lebih menonjol berbanding selebriti lain!
Selain daripada para pelakon Black Panther, pelakon Crazy Rich Asians seperti Dato’ Seri Michelle Yeoh, Awkwafina, Constance Wu, Henry Golding dan Fiona Xie adalah antara barisan penyeri filem Hollywood yang paling berstail pada anugerah Screen Actor Guild 2019 (SAGS), pagi tadi.
Mereka adalah pilihan utama gaya berfesyen kami pada kali ini. Jom tengok stail siapa lagi yang menonjol pada edisi kali ini.
01
Gemma Chan, Michelle Yeoh & Fiona Xie
Gaun terbaik pilihan REMAJA! Gemma Chan memilih gaun merah jambu cair oleh Oscar de la Renta dengan ikatan riben hitam dan skirt mirip bungaan. Gemma menyudahkan look ini dengan sepatu hitam Christian Louboutin dan barang kemas Harry Winston.
Mungkin Dato Seri Michelle Yeoh mendapat memo awal tentang warna skema karpet merah kali ini! Gaun dramatik Elie Saab ini dipadankan dengan kluc Roger Vivier dan sekali lagi, barang kemas menonjol.
Fiona Xie yang membawakan watak kelakar Kitty Pong dalam filem tersebut kelihatan berbeza dalam gaun strapless daripada Schiaparelli yang baru saja ditunjukkan sempena Minggu Fesyen Haute Couture di Paris, minggu lalu.
BACA: Cincin Zamrud ‘Crazy Rich Asians’ Sebenarnya Milik Michelle Yeoh?! Harga Adalah..
02
Henry Golding
Kini, Henry Golding nampaknya selesa untuk menggayakan Tom Ford selepas beberapa kali memilih pereka fesyen lelaki itu untuk majlis formal seperti ini. Apa yang membuatkannya menarik tentulah pemilihan warna semi gold untuk blazer.
03
Lady Gaga
Hampir mengenepikan penangan para pelakon Crazy Rich Asians ialah Lady Gaga dalam persalinan Dior Haute Couture. Gaga memadankannya dengan sepatu Jimmy Choo dan aksesori Tiffany & Co.
04
Emma Stone
Emma Stone mengenepikan gaun cantik seperti yang disarung selebriti lain dan inginkan sesuatu yang lebih edgy. Sebaliknya, Emma menyarung blaus dan seluar potongan lebar Louis Vuitton.
05
Yara Shahidi
Yara Shahidi ialah antara selebriti remaja yang tahu rekaan baju bagaimana yang kena dengan personaliti dan tubuhnya. Kali ini, dia memilih seluar dan top see-through oleh Fendi.
06
Timothee Chalamet
Walaupun mengambil langkah selamat dengan warna hitam dari Head-to-Toe, Timothee bincang mencampur adukkan corak polka dan fabrik berlainan seperti kulit untuk menjadikan look ini menarik. Aksesori pula daripada Cartier.
07
Laura Harrier
Pelakon Spider-Man Homecoming ini adalah antara pelakon yang semakin bijak bergaya di karpet merah sama seperti Yara Shahidi. Laura memilih gaun custom oleh Loewe dan aksesori Bvlgari.
08
Michael B Jordan
Jika Timothee memakai aksesori harness pada Golden Globes lalu, kali ini Michael B Jordan pula menjadi muse terbaru Louis Vuitton. Korang suka ke tak?
09
Rachel Brosnahan
Pelakon The Marvelous Mrs. Maisel ini kelihatan cukup cantik dan event-appropriate dalam persalinan Dior Haute Couture. Ia mempunyai potongan yang hampir sama dengan koleksi Fall Winter 2018 mereka.
10
Chris Pine
Hot, hot, hot! Chris Pine melakukan comeback dalam persalinan serba putih Ermenegildo Zegna dan sepatu Christian Louboutin. Selepas ini, mesti ramai lagi lelaki yang akan memilih sut putih seperti ini.
BACA: 6 Selebriti Remaja ‘Ajar’ Pelakon Hollywood Cara Berfesyen di SAGS Award 2018