Pelakon wanita drama Business Proposal telah disahkan positif COVID-19 dan pihak pengurusannya, Jellyfish Entertainment telah pun membuat kenyataan rasmi bahawa Kim Sejeong akan menghentikan sementara semua aktivitinya.
Kim Sejeong kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan terpaksa menangguhkan pertemuan bersama peminat yang akan datang “Sejeong’s Sesang Diary” yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2022. Walau bagaimanapun, pelakon itu telah pun menyelesaikan penggambaran drama Business Proposal dan hal ini tidak akan menjejaskan waktu siaran rancangan tersebut.
Dalam satu kenyataan rasmi yang telah dibuat, pihak pengurusannya menjelaskan bahawa pelakon itu disahkan positif selepas melakukan ujian PCR. Kim Sejeong turut dinyatakan telah menerima dua dos vaksin dan kini sedang dalam proses pemulihan.
Segala urusan kerja dan sesi bertemu peminat dibatalkan, pihak mereka turut meminta maaf dan akan membuat susulan dengan lebih terperinci berhubung perkara tersebut melalui satu kenyataan lain.
Get well soon Kim Sejeong!
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=9DQhaU6VfAM
Ulang Alik Jalan Kaki 5 Jam, Dinding Sekolah Pun Kayu, Alahai Kesian Pelajar Nie…
Sanggupkah kita berjalan kaki sejauh 5 jam setiap hari ke sekolah? Menahan panas dan hujan demi mencari ilmu.
Bila sampai ke sekolah, itu pun dicelah-celah rumah kedai dan sesekali perlu duduk bersila di atas lantai buluh. Dinding pun dari material yang sama. Tak ada kipas pun, hanya angin bertiup sepoi-sepoi. Percayalah, kalau kisah ini diketahui di Malaysia, sudah tentu ia menjadi berita viral dan hangat diperkatakan.
Tetapi berbeza situasi ini di Kemboja khususnya di Wilayah Kratie. Gambaran pendidikannya seolah-olah Malaysia kembali ke zaman 70-an dahulu. Terlalu banyak kekurangan tetapi Malaysia nyata memacu jauh pendidikannya demi memberi pendidikan sempurna kepada rakyatnya.
Tetapi di Kemboja, anak-anak kecilnya khususnya di bawah usia 12 bukan saja perlu berpanas, berhujan malah perlu berjalan sejauh itu setiap hari, semata-mata mahu mendapatkan pendidikan. Tapi itu pun terlalu sukar kerana kurangnya kemudahan tersedia.
Sikap kuku besi dan membunuh cendiakawan semasa pemerintahan Pol Pot dari tahun 1976-1979 menjadikan Kemboja mundur dari segi pendidikan. Peperangan dengan negara jiran Vietnam pada tahun yang sama memburukkan lagi institusi pendidikan di negara ini.
Terpanggil membantu khususnya dalam aspek pendidikan islam, pengajian bahasa, pengajian sains dan teknologi, sejarah dan alam sekitar serta geografi mendorong 33 orang pelajar dari Universiti Malaya melancarkan Projek Sukarelawan Antarabangsa (Volunteer Internasional Project )Kemboja pada 10-24 Julai 2018 ke negara berkenaan.
Menurut Pengarah Projek Sukarelawan Antarabangsa atau disebut VIP, Nur Fazila Fazil, 22 berkata, projek ini merupakan anjuran JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya demi membantu golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah demi mendapatkan pendidikan sempurna.
“Kami memilih tema Learn Today Lead Tomorrow dengan niat untuk memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak tidak berkemampuan ini kerana dengan pendidikan sahajalah mampu mengubah masa depan mereka di masa akan datang. Seperti mana yang kita ketahui, pendidikan sempurna dituntut oleh semua negara di dunia dan kanak-kanak ini berhak mendapatnya,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya.
“Kami memilih Kampung Preksadal, Mukim Preksamann Daerah Chlong, Wilayah Kratie, Kemboja untuk projek pertama ini. Ada kira-kira 1000 orang kanak-kanak miskin yang akan dipilih dalam program ini.
“Tidak hanya dari aspek pendidikan, projek VIP ini juga menyasarkan tentang peri pentingnya menjaga kesihatan, kemahiran dan kebudayaan,” katanya memaklumkan sukarelawan menyasarkan tempoh dua minggu berada di negara terbabit,” kata pelajar tahun dua Akademi Pengajian Melayu, UM ini.
Dalam pada itu, Fazila menjelaskan, kedaifan dan kesukaran dalam mendapat pendidikan sempurna khususnya pada usia 12 tahun ke bawah mendorong mereka menjayakan program ini.
“Mereka bukan saja daif tetapi ramai yang tidak bersekolah. Pihak kerajaan hanya menampung pendidikan pada usia 13 tahun ke atas (bagi sekolah menengah sahaja) tetapi jarak terlalu jauh membuatkan ramai yang memilih tidak bersekolah. Begitu juga bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, terlalu sukar mendapatkan pendidikan di sini.
“Bagi menjayakan program ini, pihak kami menyasarkan wang wakaf atau dana dari mana-mana syarikat dan individu yang mahu menyalurkan dana bantuan. Pihak kami memerlukan sekurang-kurangnya RM40,000 bagi membeli barang keperluan seperti buku, pakaian dan sebagainya,” katanya sambil menambah, buat masa ini mereka sedang gigih mengumpul dana dan wang wakaf terbabit.
Jelas Fazila lagi, buat masa ini sumbangan khususnya pakaian sudah mula diberi oleh orang ramai yang mahu menjayakan projek amal ini.
“Pihak kami merancang mengadakan garage sales malah boleh dikatakan setiap petang ada jualan nasi kerabu di mana setiap RM0.50 dari keuntungan perniagaan itu dimasukkan ke tabung ini.
“Buat masa ini, kami baru dapat mengumpulkan dana sebanyak RM2,500 satu jumlah yang masih kecil untuk menjayakan program berkenaan yang memerlukan sekurangnya, RM40,000 bagi 1000 keperluan pelajar dan orang kampung di wilayah berkenaan.
Bagi orang ramai, syarikat persendirian yang mahu menyalurkan wang wakaf dan dana pendidikan bagi Projek Sukarelawan Antarabangsa Kemboja ini, boleh salurkan sebarang sumbangan ke akaun CIMB BANK 8001279998 atas nama BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA.
Dalam pada itu, Fazila menjelaskan program ini akan menjalin kerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UM, Yayasan SALAM Malaysia, Prof Madya Dr Mariani Md Nor. Malah pelajar tahun dua ini turut mengalu-alukan sumbangan dana wakaf dan dana kewangan bagi menjayakan program yang bakal berlangsung selepas hari raya aidilfitri tahun ini.
Bagi yang ingin mengetahui projek kesukarelawan ini dengan lebih lanjut boleh layari facebook : Volunteer’s Internasional Project, Instagram :@vipkinabalu, twitter: @vipkinabalu.
Mana tahu dana wakaf dan sumbangan ini mampu membantu pelajar ini untuk masa depan mereka yang lebih baik.
PM Ucap ‘Selamat Datang’ Coldplay, Rakyat Minta Tiket Harga ‘Rahmah’
Sebagaimana kita sedia maklum, kumpulan rock terkenal British, Coldplay yang akan menjayakan konsert mereka di Kuala Lumpur, pada 22 November depan.
ARTIKEL BERKAITAN: COLDPLAY Sah Datang KL November Ini! Tiket Mula Dijual 17 Mei
Ramai yang teruja dengan berita kedatangan kumpulan terkemuka dunia ini termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Selamat datang ke Kuala Lumpur!” video Anwar ringkas di laman sosialnya sebentar tadi.
Untuk info, Coldplay yang dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu popular dengan lagu-lagu seperti My Universe, The Scientist, Yellow, Hymn for the Weekend, Fix You, Viva La Vida dan banyak lagi. Siri jelajah Coldplay telah bermula sejak Mac 2022 dan band itu telah menjadi antara artis yang menjual tiket konsert terbanyak di dunia.
Harga Tiket Rahmah
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
FOTO: Instagram Coldplay
Bukan Hanya Elak Cepat Penat, Ini 3 Kelebihan Jogging Sambil Dengar Muzik
Ready, set… go!
Tidak dapat dinafikan aktiviti larian ataupun jogging kini menjadi salah satu kegiatan riadah kesihatan yang paling popular di kalangan generasi muda tambahan lagi di musim PKPP ini.
Tapi pernahkah korang berdepan dengan keadaan bila sedang berlari rasa mudah penat dan kaki juga cepat lenguh dan sakit. Kalau ikutkan hati mahu berlari lebih jauh lagi tapi apakan daya keringat badan tidak mengizinkan. Terus rasa macam nak putus asa saja, bukan?
Kalau korang perasan, berjogging sambil mendengar muzik bukanlah sesuatu perkara yang pelik.
Menurut kajian daripada Runner’s World pada 2016, didapati sebanyak 61 peratus orang mengakui bahawa mereka mendengar muzik sambil berlari untuk menjadikan mereka lebih fokus. Manakala 82 peratus lagi memberitahu bahawa mereka akan mendengar lagu daripada penyanyi kegemaran.
Tapi, sebenarnya bukan hanya mampu mengembirakan hawa telinga korang je tau. Ini 5 manfaat dengar muzik sambil berjogging.
1. Larian berasa ‘ringan’
Semua tahu, larian adalah satu aktiviti fizikal yang memenatkan dan memerlukan tenaga.
Namun, dengan berjoging mahupun berlari sambil mendengar muzik, ia boleh mengalihkan perhatian kita dan membuatkan larian berasa lebih ‘ringan’.
Menurut kajin daripada Universiti Keele, United Kingdom, mereka mendapati mendengar lagu kegemaran ketika berlari dapat meningkatkan rasa ceria dan gembira.
So, korang boleh la try berlari sambil mendengar muzik , mesti lagi jauh korang boleh berlari.
2. Larian lebih konsisten
Sekiranya anda inginkan larian yang lebih konsisten, korang digalakkan untuk mendengar muzik. Ini kerana menurut kajian, seorang pelari akan menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila mendengar lagu yang sesuai dengan tempo muzik dan langkah mereka.
3. Lebih bersemangat
Menurut Pakar Psikologi, Costas Karageorghis, muzik dapat memberi pengaruh positif kepada atlet dan ia mampu meningkatkan stamina mereka.
Beliau juga menyatakan bahawa muzik boleh membangunkan perasaan positif seperti kebahagiaan dan keterujaan. Ia juga mampu mengurangkan aspek negatif dalam badan seperti tekanan dan kemurungan.
Diharap perkongsian ini dapat membantu korang mendapatkan larian yang lebih baik dan sempurna di masa akan datang.
Ingat… SLOW & STEADY!