Sama ada korang meminati drama terbitan Netflix, Bridgerton ataupun tidak, sukar untuk korang menidakkan rupa paras kacak yang dimiliki oleh salah seorang pelakon ‘OG’-nya, Regé-Jean Page.
Dalam drama bersiri popular itu, Page membawakan watak Simon-‘Duke of Hastings’-Basset iaitu suami kepada Daphne Bridgerton (lakonan Phoebe Dynevor). Malah korang juga pasti pernah melhat kelibatnya dalam filem Gray Man yang juga diterbitkan oleh Netflix.
Baru-baru ini, Page telah menerima satu lagi pengiktirafan tetapi kali ini, ia bukanlah mengenai skil lakonan mantapnya. Sebaliknya, ‘sains’ mengiktiraf rupa paras yang dimiliki Page lalu melabelnya sebagai lelaki terkacak di dunia!
Memetik laporan Daily Mail, pakar bedah kosmetik di London bernama Julian De Silva telah menggunakan teknik ‘golden ratio’ Beauty Phi terhadap wajahnya menerusi teknik ‘computer mapping’ tertentu.
Teknik yang sama digunapakai apabila De Silva ingin merancang perubahan terbaik yang diperlukan oleh para pesakit yang ingin menjalani pembedahan plastik atau kosmetik.
Percaya atau tidak, Page telah memperolehi skor tertinggi dalam kalangan sekelompok selebriti lelaki yang disenerai pendek bagi ‘uji kaji’ tersebut.
Page menerima skor sebanyak 93.65 mengatasi selebriti lelaki di tempat kedua iaitu Chris Hemsworth. Turut tersenarai dalam kedudukan 10 terkacak ialah Robert Pattison, Chris Evans, Harry Styles dan George Clooney.
Kesemuanya memang diakui kacak dan berkaliber, bagaimanalah mereka boleh menilai mereka mengikut kedudukan markah?! Hehe..
Apapun, REMAJA jujurnya menggemari Reng-Jean Page disebabkan skil lakonannya yang bersahaja dan memberi impak kepada penonton. Tak sabar rasanya untuk menantikan Page dalam filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves
yang bakal ditayangkan pada tahun ini.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.