Lakonan Park Ji-ah dalam “The Glory” memang tidak dinafikan telah memberi impak hebat kepada plot drama tersebut.
ARTIKEL BARKAITAN : Lim Ji-Yeon Merokok Demi Karakter Park Yeon-ji Dalam Siri Netflix The Glory
Terbaru, memetik laporan Koreaboo, aktres yang cukup berbakat itu dilaporkan telah meninggal dunia, pada Isnin selepas bertarung nyawa melawan penyakitnya sebelum mengalami strok sehingga tidak sedarkan diri.
Mendiang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 52 tahun akibat infarct otak atau lebih dikenali sebagai strok iskemik.
Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh agensi yang mewakili mendiang iaitu Billions.
Billions akan sentiasa mengenang semangat yang dimiliki mendiang, kerana dia mencintai lakonan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi, kami mengucapkan salam takziah.
Sementara itu, proses pemakaman mendiang akan berlangsung pada 2 Oktober di Pusat Perubatan Asan.
Untuk info, Park Ji-ah memainkan watak Jung Mi-hee dalam drama tersebut, merupakan salah satu watak yang merosakkan kehidupan Moon Dong-eun meskipun dia adalah ibunya. Selain itu, dia juga mempunyai masalah ketagihan alkohol dan susah untuk mengawal kemarahannya.
BACA LAGI : “Tidak Glamor Pun!” Adegan Pembaca Ramalan Cuaca Drama ‘The Glory’ Dikritik Wartawan Sebenar
Sumber: Koreaboo
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
BACA LAGI : Bukan ‘Biasa-Biasa’, Ini 8 Selebriti Korea Yang Genius Dengan IQ Sangat Tinggi