Apabila program istimewa Friends: Reunion ditayangkan sekitar pertengahan tahun ini sempena sambutan ulang tahun ke 27 sejak siri itu menemui penonton pada tahun 1994, ramai peminat Friends yang kecewa dengan ketiadaan salah seorang pelakon pembantunya yang menjayakan siri itu selama 10 musim iaitu James Michael Tyler di set. Sebaliknya, James hanya muncul menerusi aplikasi Zoom saja buat seketika.
Rupa-rupanya, James pada waktu itu sedang bergelut dengan masalah kesihatan akibat barah prostat tahap keempat dan ia telah dihadapinya sejak tahun 2018 lagi. Lantas setelah barah merebak ke bahagian tulangnya, James tidak berada dalam keadaan terbaik untuk menjayakan Friends Reunion biarpun kita semua tahu dia ingin berada bersama pelakon Friends yang lain setelah sekian lama tidak bersua.
James, 59 sinonim dengan watak Gunther iaitu seorang pelayan senior di kafe Central Perk. Biarpun kadangkala muncul tanpa membawakan sebarang dialog dalam beberapa episod, namun kelibat di dalam kafe tersebut sering menjadikan babak Friends lebih realistik.
Berita mengenai pemergiannya pada hari ini telah diumumkan oleh penggurusnya. James meninggalkan seorang isteri, Jennifer Carno di kediaman mereka di Los Angelas. Kata pengurusnya, “Mendiang ingin membantu seramai mungkin orang tentang kesedaran terhadap penyakit yang dihadapinya agar lebih ramai yang akan menjalankan ujian darah bagi mengesan barah prostat setelah menjangkau usia 40 tahun.
“Seluruh dunia mengenali mendiang sebagai Gunther. Namun ahli keluarga dan rakan baiknya mengenalinya sebagai seorang pelakon, pemuzik, aktivis kesedaran barah dan seorang suami yang penyayang,” kata pengurus James.
Pemergian james turut mendapat perhatian semua pelakon utama Friends yang telah bersama-sama dengannya selama 10 tahun di set siri popular tersebut. Menerusi Instagram, Courteney Cox, Jennifer Anniston, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan Maggie Wheeler yang popular dengan karakter Janice Litman-Goralnik masing-masing memberikan kata-kata penghormatan kepada mendiang.
Ads
Biarpun Matthew Perry dan David Schwimer belum memuat naik apa-apa foto atau status berkenaan pemergian James, REMAJA pasti mereka turut berdukacita apabila mendapat tahu mengenai berita ini.
Jennifer Anniston
Ads
“Friends tidak akan sama tanpa kamu. Terima kasih kerana menghiburkan kami dengan gelak tawa dalam rancangan ini dan dalam kehidupan kami. Kami sangat akan merindui kamu.”
Courteney Cox
“Saya bersyukur dalam mengenali kamu, sehebat bagaimana kamu selalu bersyukur kerana terlibat dalam program ini semasa berada di set pada setiap hari. Tenanglah di sana James.”
Ads
Lisa Kudrow
“James Michael tyler, kami semua akan merindui kamu. Terima kasih kerana selalu berada bersama kami semua.”
Matt LeBlanc
“Kita selalu bergelak tawa, sahabatku. Kamu akan kami rindui, tenanglah di sana sahabat.”
Maggie Wheeler
“Saya bersyukur berpeluang mengenai lelaki yang baik dan sopan ini. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya dan James gembira bekerjasama melakukan kemunculan di media untuk beberapa program Friends dan saya bersyukur untuk setiap waktu yang kami dapat berjumpa. Saya sedih apabila mendapat tahu pemergiannya dan saya ucapkan takziah kepada semua kenalan rapat James.”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti ramai yang dah tertunggu-tunggu sekuel bagi filem Train To Busan yang khabarnya bakal ditayangkan pada tahun ini.
Menerusi temubual bersama Screen Daily, pengarah Yeon Sang-Ho menggambarkan bahawa sekuel kepada Train To Busan ini, Peninsula lebih berskala besar dan lebih mendebarkan.
Dibintangi Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan, watak utama akan dipegang oleh Kang Dong Won yang menentang keganasan zombi bersama-sama Min Jung, lakonan Lee Jung Hyun.
Ia menceritakan tentang seorang tentera dan beberapa orang yang terselamat yang berhasil melarikan diri dari wabak zombi di Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai Peninsula. Mereka berusaha untuk menyelamatkan individu yang tidak dijangkiti wabak tyersebut namun perlu berhadapan dengan serangan zombi.
Pengarah Peninsula ini juga turut menjelaskan bahawa filem tersebut mengambil latar belakang waktu empat tahun selepas tragedi Train To Busan berlaku. Ia juga merupakan gambaran idea dalam membangunkan semula dunia setelah dijangkiti wabak yang hampir memusnahkan negara Korea. Menurut beliau lagi, ada banyak perkara menarik yang korang akan saksikan dalam filem sekuel tersebut.
Peninsula akan menjadi sebuah filem yang berbeza daripada Train To Busan dan khabar angin sebelum ini mengatakan bahawa filem tersebut bakal ditayangkan pada Ogos depan. Dengan wabak COVID-19 yang melanda dunia sekarang, kami pun tidak pasti sama ada Peninsula bakal ditayangkan tahun ini atau pun tidak.
Sama-samalah kita berdoa agar keadaan dunia kembali pulih seperti biasa.
Barisan selebriti biasanya mempunyai nama komersil yang digunakan sebagai pengenalan diri mereka dalam industri hiburan. Tidak kira di Malaysia atau pun luar negara, ramai selebriti yang menggunakan ‘stage name’ dan bukannya nama sebenar mereka.
Selebriti Korea tidak terlepas daripada menggunakan nama popular mereka dan mungkin ramai yang tidak tahu nama sebenar milik artis pujaan mereka ini.
Berikut kami senaraikan nama sebenar selebriti-selebriti Korea yang menjadi pujaan hati peminat.
1. Hyun Bin
Kim Tae Pyung
2. Jun Ji Hyun
Wang Ji Hyun
3. Gong Yoo
Gong Ji Cheol
4. IU
Lee Ji Eun
5. Park Seo Joon
Park Yong Gyu
6. Yoo Ah In
Uhm Hong Sik
7. Ha Ji Won
Jeon Hae Rim
8. Rain
Jung Ji Hoon
9. Shin Min Ah
Yang Min Ah
10. Kim Woo Bin
Kim Hyun Joong
11. Min Hyo Rin
Jung Eun Ran
12. Seo Kang Joon
Lee Seung Hwan
13. Cha Eun Woo
Lee Dong Min
14. Ji Soo
Kim Ji Soo
15. V BTS
Kim Tae Hyung
16. Rose Blackpink
Roseanne Park
Ada yang nama tak jauh beza, tapi ada juga yang jauh berbeza kan? Hiks!
Kemunculan personaliti media sosial kontroversi, Iqbal Zulkefli pada minggu pertama Big Stage 2022 semalam masih tidak mencukupkan bilangan 12 pesertanya apabila kelibat Megat Rahim tidak dapat dilihat.
Ini susulan pendedahan Megat bahawa dirinya positif Covid-19 sejak 31 Januari lalu dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Megat memberikan penjelasan lanjut mengenai keadaannya dan berharap agar peminat dapat mendoakan kesejahteraannya bagi menyertai peserta lain di Big Stage 2022, Ahad ini.
“Assalamualaikum semua. Saya hanya nak katakan bahawa saya memohon maaf kerana tidak muncul pada minggu pertama (Big Stage 2022). InsyaAllah kita jumpa minggu hadapan. Sebab mengapa Megat tak muncul untuk minggu pertama ini adalah kerana saya disahkan positif Covid-19,” kata penyanyi berusia 20 tahun itu sebelum menyambung, “Apapun, Megat tiada kena-mengena dengan (penyertaan) Iqbal.”
Megat yang dijadualkan untuk memotong gelangnya pada hari ini bukan satu-satunya yang dijangkiti wabak tersebut. Ibunya, Shahidah Mohd Hashim, 60 juga disahkan positif kesan kontak rapat dengannya pada 2 Februari lalu.
Ketiadaan Megat semalam juga membuatkan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai sebulat suara untuk tidak menggunakan ‘immunity unlock’ demi bertindak adil kepada Megat yang tidak dapat membuktikan kemampunan nyanyiannya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...