Pelakon Hebat, Nad Zainal Sedang Kritikal. Ditempatkan Di Unit Rawatan Rapi

Share

Perkhabaran pelakon, Nad Zainal yang kini sedang kritikal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) telah mengejutkan ramai pihak.

Rakan-rakan selebriti seperti Ungku Ismail dan Didie Alias memuat naik mengenai perkembangan terkini pelakon yang baru sahaja berhijab itu.

Ujar Ungku Ismail di ruangan InstaStory miliknya, “Assalamualaikum semua, Nad Zainal sedang kritikal dalam ICU. Mohon doakandia sembuh seperti sediakala.”

Selebriti versatil , Didie Alias turut memuat naik perkongsian yang sama di ruangan Instagramnya.

Manakala meninjau ke halaman bekas suaminya, Faliq Amirudin, dia berkongsi di InstaStory, “Assalamualaikum, buat sesiapa yang mengenali kawan saya, Nad Zainal, beliau dimasukkan ke dalam hospital dari malam tadi dan sekarang beliau ditidurkan atas beberapa faktor.

“Mari kita sama doa kepada Allah supaya beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat.”

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin ini  memiliki dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Dia yang berusia 32 tahun pernah dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 menerusi lakonan cemerlangnya dalam drama Fatonah Azali.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen