Pelakon Ini Terima Kecaman Ramai Kerana Warna Kulit, Selebriti Lain Bersuara!

Share

Baru-baru ini, Disney mengumumkan pelakon yang bakal memegang watak Ariel dalam filem live-action The Little Mermaid iaitu Halle Bailey, 19 tahun.

Namun, tanpa disangka pengumuman itu menerima maklum balas yang negatif daripada peminat Disney. Antara salah sebab adalah kerana warna kulitnya.

Tidak cukup itu, turut trending di laman Twitter adalah #NotMyAriel. 

Susulan itu, para pelakon Hollywood lain segera mempertahankan Halle malah tidak sabar untuk melihat puteri Ariel versi Halle di layar perak.

Selain Halle, Liu Yifei yang memegang watak Mulan

juga turut dikecam netizen kerana dikatakan tidak sesuai untuk memegang watak berkenaan.

Malah, Will Smith juga turut dikecam semasa diumumkan memegang watak Genie dalam filem Aladdin baru-baru ini namun semua kecaman itu dapat dihapuskan setelah dia berjaya melakonkan wataknya dengan baik sekali.

Mungkin,  kita perlu beri peluang kepada para pelakon ini untuk menunjukkan bakat mereka. Dan, yang paling penting adalah don’t judge a book by its cover! 

 

 

Published by
Khaleeda