Hiburan

Pelakon Kdrama ‘Little Women’, Meninggal Dunia Mengejut Akibat Serangan Jantung!

Share

Pelakon dalam Kdrama popular bertajuk ‘little women’ iaitu Park Min Jae, 32, meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke China pada Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan adik mendiang dan berharap peminat akan sentiasa mengingati lakonan abangnya itu.

Pelakon Kdrama Litte Women

“Abang kesayangan saya telah pergi berehat buat selamanya.

“Saya harap seramai mungkin orang dapat mengingati abang saya.

“Harap maklum saya tidak boleh menghubungi semua orang secara individu.” katanya di Instagram pada Isnin.

Agensi Turut Mengesahkan

Dalam pada itu, agensi Min Jae, iaitu Big Title mengesahkan berita kematian aktor itu dalam satu kenyataan.

“Helo, ini Big Title, agensi pelakon Park Min Jae. Dia seorang yang suka berlakon dan sentiasa memberikan yang terbaik telah meninggal dunia.

“Kami amat menghargai kasih sayang dan perhatian yang telah anda tunjukkan kepada pelakon Park Min Jae walaupun kami tidak dapat melihat persembahannya lagi.

“Kami dengan bangganya akan mengingatinya sebagai pelakon dalam agensi Big Title,” ujarnya.

Difahamkan buat masa ini jenazah masih berada di Dewan Pengebumian Hospital Seoul Universiti Ewha Womans. Upacara pengebumian mendiang akan berlangsung pada pagi Rabu dan lokasi masih belum diputuskan.

Untuk rekod Min Jae turut dikenali dan popular menerusi lakonannya dalam drama Little Women, Snap And Spark

, dan True To Love.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana