Hankook Ilbo melaporkan pelakon Kim Bo Kyung telah meninggal dunia pada usia 44 tahun Isnin lalu setelah bertarung dengan kanser selama 11 tahun. Berita kematiannya telah disahkan sendiri oleh keluarga terdekat.
Pelakon lulusan Seoul Institute of the Arts itu meula membabitkan diri dalam bidang lakonan ketika berusia 22 tahun dalam antara filemnya yang hit adalah Friend, ketika dia memegang watak Jin Sook sebagai vokalis untuk kumpulan Rainbow. Kim Bo Kyung juga pernah muncul dalam filem-filem lain seperti “RU Ready?”, “Sword in the Moon,” “My Little Bride,” “Blue Sky,” “Epitaph,” “Paju,” dan “The Day He Arrives.”
Difahamkan, pelakon wanita ini telah dikebumikan di tempat kelahirannya di Busan semalam.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mendiang.
Sumber: Soompi
3 Cara Sebenar Bersihkan Jeans Tanpa Perlu Cuci
Isi Kandungan
ToggleSeberapa kerap korang mencuci koleksi seluar jeans yang ada?
Menurut CEO jenama jeans terkemuka, Levis, Charles V. Bergh tidak mencadangkan untuk jeans di cuci dengan mesin basuh. Selain daripada boleh merosakkan seluar, teknik cucian ini juga dilihat sebagai satu pembaziran air.
“Rata-rata seluar jeans yang dicuci dengan mesin basuh memerlukan 3.5 liter air untuk pencucian seminggu sekali selama tempoh dua tahun. Separuh daripada jumlah air yang digunakan, jumlahnya setara dengan 6700 gelas air,” kata Bergh.
Namun begitu, kalau tak cuci selama berbulan-bulan pula, nanti jeans tersebut boleh berbau yang tidak enak dan mengundang pengumpulan bakteria.
Jadi, apa kata selepas ini korang cuba tiga cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan bahan jeans tanpa perlu menggunakan mesin basuh atau dicuci dengan tangan.
1. Gunakan cuka
Tidak hanya digunakan sebagai pelengkap masakan, cuka juga boleh dijadikan sebagai detergen untuk material jeans. Letakkan satu sudu cuka ke dalam air dingin dan rendam jeans selama setengah jam.
Penggunaan cuka dapat membersihkan seluar dan mengekalkan warnanya, manakala sabun yang korang guna tu boleh membuatkan warna asal jeans pudar.
Jangan risau kalau bau cuka yang tidak menyenangkan itu kerana selepas jeans tersebut kering, bau itu akan hilang.
2. Wap air
Jangan pernah mencuci jeans dengan menggunakan air panas kerana ia dapat membuatkan material ini mengecut. Sebaiknya, gunakan wap air.
Jika menggunakan water heater, gantungkan seluar atau jaket jeans di ruangan kamar mandi sehingga wap airnya terserap pada material tersebut. Cara ini akan membuatkan pakaian korang kekal segar.
3. Gantung di tempat berangin
Suhu yang tinggi dapat menjadikan jeans mengecut dan kerana itu adalah sangat tidak digalakkan untuk korang mengeringkan cucian jeans pada mesin pengering.
Sebaliknya, cuba gantungkan jeans tersebut di tempat yang tidak terkena cahaya matahari dan cari tempat yang berangin, contohnya gantung di hadapan atau bawah kipas angin.Selamat mencuba!
Truly Malaysian, McDonald’s Bina Restoran Berbumbung Ala Tradisional Negeri Sembilan
Rasanya ramai rakyat Malaysia lebih sinonim memanggil jenama makanan segera ini dengan panggilan ‘Mekdi’. Bukan sahaja ia mudah untuk disebut malah kedengaran lebih ‘Malaysian’ kan?
Susulan itu, Restoran McD yang baharu dibuka di Tampin, Negeri Sembilan satu-satunya restoran McDonald’s berkonsepkan seni bina rumah tradisional Minangkabau yang berbumbung panjang.
Keunikan reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan melambangkan masyarakat adat perpatih atau sistem kekerabatan matrilineal yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri
Sembilan. Selain itu, reka bentuk bumbung panjang yang lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke atas sedikit telah menjadi identiti seni bina di Negeri Sembilan yang tersendiri.
Mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan sebelum dibenarkan beroperasi dengan keunikannya yang tersendiri.
Sebelum ini, tapak restoran tersebut merupakan tapak Rumah Rehat Tampin yang sudah lama tidak beroperasi — justeru ia dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan agar menghidupkan semula kawasan berkenaan sebagai tempat tarikan pelancong, memandangkan lokasinya yang strategik dan betul-betul terletak di tepi jalan utama Tampin-Seremban.
Pembinaanya telah mendapat khidmat nasihat serta rujukan daripada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).
Untuk pengetahuan korang, McDonald’s Tampin itu merupakan restoran yang ke-302 di negara ini dan yang ke-12 di Negeri Sembilan.
Lebih menarik, ia juga merupakan restoran setingkat yang terbesar pernah ada di Malaysia.
Jadi, kalau korang bercuti ke Negeri Sembilan jangan lupa untuk singgah menikmati hidangan burger dan ayam goreng sambil OOTD di restoran ini.
Sumber : Utusan
SPM Tunda Ke 16 November, Bagaimana Pula Dengan STPM, STAM Dan..
Perubahan perancangan sepanjang baki tahun 2020 dijangka berlaku kepada banyak sektor dan tiada apa yang boleh kita lakukan kecuali mengharapkan stuasi pandemik ini bertukar lebih stabil dalam masa terdekat.
Sektor Pendidikan juga tidak terkecuali terutamanya berkaitan jadual peperiksaan mega bagi peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi?
Kementerian Pendidikan segera menjelaskan perubahan semasa yang telah diputuskan selepas meneliti semua kurikulum subjek dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai contoh akan dipinda ke 16 November hingga 7 Disember. Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 juga akan dipinda ke 28 dan 29 September bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, 1 lagi peperiksaan utama di peringkat sekolah iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kekal dengan tarikh yang ditetapkan iaitu pada 1, 2, 3, 7 dan 8 September kelak.
Bagi mereka yang dijadualkan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester ketiga dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pula, tarikh peperiksaan masih kekal seperti asal.
*
Dalam pada itu, terdapat perubahan tarikh melibatkan beberapa ujian yang dilalui oleh kebanyakan pelajar pengajian tinggi.
Ujian bertulis Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) akan dipinda ke 5 September, manakala peperiksaan semester Kolej Matrikulasi sesi 2019/2020 dipinda dari 30 Ma – 6 April ke 27 April – 4 Mei.
Begitu juga dengan Sijil Vokasional Malaysia bagi Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251 yang ditunda ke 16 dan 25 November. STPM semester 2 ke 18, 19, 23 dan 24 November, STPM ulangan satu ke 25, 26, 30 November dan 1 Disember serta STPM ulangan dua bermula 15 hingga 18 Mac 2021.
*
We know it is a lot to take in. Namun penundaan ini juga bermakna korang boleh mempersiapkan diri dengan lebih kolektif dan rapi.
Bagi sesiapa yang mempunyai pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Panggiilan COVID-19 Kementerian Pendidikan di talian 03-88849383/88849325/88849401 atau 88886749.