Agensi pelakon Kim Mi Soo Landscape Entertainment baru sahaja mengesahkan bahawa pelakon berusia 31 tahun itu telah pun meninggal dunia.
“Hari ini kami ingin menyampaikan berita sedih dan menyayat hati, pelakon Kim Mi Soo telah pun meninggal dunia secara mengejut pada 5 Januari”
Berita kematian ini turut mengejutkan seluruh ahli keluarga yang sedang dalam kesedihan. Pihak agensi turut meminta agar tidak ada sebarang spekulasi mahu pun khabar angin mengenai pelakon itu untuk menghormati keluarga mendiang. Majlis pengebumian akan dilakukan secara tertutup mengikut kehendak pihak keluarga.
Drama lakonan Kim Mi Soo ‘Snowdrop’ sedang ditayangkan di stesen televisyen JTBC dan ia merupakan prohek terakhir mendiang sebelum meninggal dunia.
Takziah diucapkan kepada keluarga Kim Mi Soo.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=lStme5i2ZCw&t=230s
Cara Buat Link WhatsApp ‘Direct Message’, Baru La Senang Nak Berniaga Online
Situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang menyebabkan hampir seluruh ekonomi dunia terkesan dan ramai individu yang hilang pekerjaan serta tidak mempunyai pendapatan bagi mereka yang berniaga sendiri.
Dalam usaha kita mencari wang yang halal dan mudah, ramai yang membuka bisnes secara online sama ada penjualan produk, menjadi ejen dan sebagainya.
Perniagaan atas talian ini juga memerlukan penggunaan aplikasi WhatsApp untuk memudahkan bisnes mereka.
Ramai yang kini menyebarkan info niaga mereka di laman sosial dan bagi memudahkan pelanggan untuk menghubungi lanjut peniaga tanpa perlu menyimpan nombor amatlah penting buat masa sekarang.
Kami kongsikan bagaimana cara untuk anda membuat link WhatsApp, yang mana cara ini anda pelanggan hanya perlu tekan link yang diberi tanpa perlu menyimpan nombor dan paling penting urusan sebegini amatlah menyenangkan.
Cara buat link WhatsApp untuk Direct Message
Kaedah pertama:
.
1. Salin dan tampal link dibawah dengan menukarkan nombor telefon yang anda guna:
http://www.wasap.my/60123456789
2. Pastikan kod nombor 6 perlu ada sekali.
3. Boleh tambah sedikit ayat di belakang nombor supaya kita boleh tahu dari mana orang yang mesej dapat nombor telefon kita.
4. Caranya, hanya perlu tambah ” /ordertudung ”
http://www.wasap.my/60123456789/ordertudung
5. Kemudian, bolehlah letak link yang dibuat tadi di mana-mana media sosial yang anda iklankan perniagaan.
6. Mereka yang tekan link tersebut akan terus direct begini:
Kaedah kedua:
Cara begini pula untuk anda yang tidak mahu mendedahkan nombor telefon anda. Anda boleh gunakan bitly.com iaitu laman web untuk singkatkan sesuatu link.
.
1. Salin link WhatsApp yang kita edit seperti kaedah pertama tadi dan tampal di ruang yang disediakan di laman web bitly.com
2. Kemudian, tekan butang ‘SHORTEN’ untuk dapatkan URL yang sudah disingkatkan.
3. Link baharu yang diberikan itu anda klik ‘COPY’. Seterusnya, bolehlah salin di mana-mana ruangan iklan media sosial anda.
Senang kan ?
Harap sedikit sebanyak dapat membantu korang yang baru memulakan perniagaan atas talian ini.
Selamat mencuba!
Gantung The Series Masih Belum Terima Tarikh Rasmi Untuk Malaysia, Penulis Nadia Khan Beri Komen
Rasanya, ramai peminat novel gantung nukilan Nadia Khan tahu yang episod kelima dan keenam siri tersebut akan (atau sudah) keluar pada hari ini di Indonesia. Pada masa yang sama, penonton dan peminat di Malaysia masih menantikan pengumuman mengenai penyiaran Gantung The Series (Gantung) di sini.
Sejak penulis membuka ruang untuk korang menyatakan pendapat mengenai siri Gantung pada minggu lepas, ramai yang tidak sabar dan setia menunggu. Tapi seminggu sudah berlalu dan kita masih tertanya-tanya tanpa sebarang pengumuman dimuat naik.
Dua hari lepas, pelakon Hafreez Adam yang membawakan watak Troll dalam siri tersebut memuat naik posting bahawa siri Gantung bakal dikeluarkan tak lama lagi jika peminat tidak memuat naik siri tersebut secara haram di media sosial.
Tapi persoalannya masih sama, bila kita akan mendapat peluang untuk menonton di Malaysia?!
Penulis sempat untuk berbual ringkas dengan penulis novel tersebut, Nadia Khan untuk mendapatkan jawapan dari mulutnya sendiri mengenai hal ini:
Macam mana sebenarnya proses untuk dapatkan pelakon Gantung?
Okay, sesi casting untuk drama ini melibatkan saya dan juga pengarah Shamyl Othman. Selama satu setengah tahun hingga dua tahun, kami akan berjumpa back and forth untuk merancang content siri Gantung ini sehinggalah ia lengkap.
Bagi saya, Shamyl betul-betul memahami jalan cerita dan karakter yang ditulis di dalam novel. Secara tak langsung, pembahagian scenes, perkembangan watak dan sedikit perubahan yang kami lakukan untuk siri Gantung nampak natural dan tak sepenuhnya lari daripada novel.
Nadia ke yang menulis skrip untuk siri Gantung?
Kami ada 4 orang penulis kesemuanya dan saya adalah ketua kepada bahagian itu. Dalam group penulis ni, kami akan kerap adakan writers session selama 6 ke 8 jam – yes it is that long – untuk berkumpul dan bincangkan plot untuk kesemua 16 episod.
Pada awalnya, kami merancang untuk adakan 8 episod saja, 40 minit untuk setiap episod dan seorang penulis skrip akan diberikan tugas menulis 2 episod.
But in the end, siri Gantung menjadi 16 episod, 20 minit setiap satu.
Kami berikan peluang penulis untuk memilih episod yang mereka sukakan kerana bagi saya, writers should feel passionate about the things they are writing. Jika mereka sukakan bab tertentu dalam novel tersebut, they should go for it.
So, berapa banyak episod yang Nadia tulis?
Episod 1, 2, 9 dan 10.
Gibran Mohd Zahim = Gibran Aditya Mohd Zahim
Fara Zahira Binti Razak = Farah Karmila Diharjo
Khairy Jalaluddin (KJ) = Kevin Jeremy
Deepa Somasundram – Ratna Sari Dwijayanti
Kenapa ada karakter yang ditukar nama?
Gantung The Series is slightly Indonesian heavy. It is strategic, Indonesia mempunyai pasaran yang lebih luas. Bagaimanapun, kami membuka peluang kepada pelakon Malaysia dan Indonesia.
Akhirnya, Randy Pangalila, Ikmal Amry, Hafreez Adam, Brandon Salim, Gita Sucia dan Mentari De Marelle terpilih dan kami mengekalkan imej pelakon dua negara ini dari segi pertuturan dan juga nama watak.
Yes, ada perubahan pada nama beberapa karakter seperti Gibb, Fara, KJ dan Deepa supaya lakonan dan dialek Indonesia pelakon akan nampak lebih natural. Kena dengan nama karakter.
Tetapi jangan risau, perwatakan dan feel masih sama. Korang akan lihat beberapa scene di mana Troll dan Ray cuba menggunakan dialek Indonesia.
Nampak tak dekat situ, secara tak langsung, persahabatan dua negara masih boleh wujud walaupun berlainan latar belakang.
Nadia, what is the deal with Gibbs and Ray….?
(Ketawa) It was…..not something that I expected.
Sebagai kepala Musketeers, Gibran nampak sempurna on the surface tetapi bagi yang sudah khatam membaca Gantung, korang tahu yang dia pun ada isu peribadi dan tak sempurna. Saya bayangkan karakter Gibran seperti cuba nak sembunyikan beberapa perkara tentang dirinya daripada orang lain. Dan di situlah datangnya Ray.
Orang seniman mudah nak faham dengan emosi seseorang dan Gibran tahu, dia selesa untuk berkongsi masalah dan emosi dalamannya dengan Ray – sebagai seorang sahabat.
Sebab itulah saya rasakan Ray bersifat protektif terhadap Gibran, because of Gibran’s flaws yang ramai orang tak nampak.
Karakter Ray (lakonan Ikmal Amry) pada saya sangat menarik ketika mula-mula saya menulis Gantung. Dan Ikmal pun pernah kata kepada saya, dirinya seakan-akan 70% daripada karakter Ray. Itu memudahkan Ikmal untuk menjadi lebih natural sebagai Ray.
Okay, kami still nak tanya: Bila Gantung The Series nak keluar di Malaysia?
Rumor has it, ia akan keluar di Malaysia pada bulan Januari.
I am looking forward to it, cuma saya takut nak bagi harapan tinggi kepada peminat Gantung tentang tarikh sebenar. Takut tak betul because no date has been finalized to me, as for now.
Pelik juga, pihak penyiaran tidak bercakap dengan saya secara direct mengenai bila, di mana dan cara bagaimana mereka akan menyiarkan siri Gantung.
Semasa ia ditayangkan di Indonesia melalui aplikasi Tribe pada akhir tahun lalu, jujurnya saya sendiri tidak tahu mengenainya.
Hanya apabila Hafreez (Adam) tag nama saya di Twitter semasa hari pertama episod ditayangkan, barulah saya aware dan mulakan tweet mengenai beberapa trivia menarik Gantung.
I keep on telling them, we have some passionate readers and viewers here.
Jika mereka memberitahu kami (pelakon dan kru) mengenainya, saya pasti kami semua akan melakukan promosi awal dan lebih.
Saya berharap, siri Gantung di Malaysia tidak akan mengambil masa yang terlalu panjang untuk ditayangkan. Kita seharusnya berbangga mempunyai projek original seperti ini, apatah lagi penggambaran dilakukan sepenuhnya di Malaysia.
Speaking of shooting, sekolah mana yang korang ambil ni?
(Ketawa) Hhm, di sebuah sekolah international.
Mengapa memilih aplikasi Tribe di Indonesia?
Content untuk siri Gantung diakui mempunyai risiko untuk dipotong malah tidak ditayangkan langsung kerana ia jujur dan lantang. Saya serahkan saja keputusan medium penyiaran kepada yang lebih memahami.
Jika siri Gantung boleh diterima dengan lebih meluas melalui apps yang mudah digunakan oleh penonton muda dan tidak berisiko untuk dipotong dengan terlalu banyak, then why not.
Sama juga di Malaysia, mungkin mereka rasakan lebih mudah untuk siri Gantung ditayangkan melalui sosial tv atau apps. I will just be glad when it is out.
Penonton remaja kita pun sudah matang dan tahu untuk mengambil nilai positif. Kita tak perlu bazirkan peluang untuk berkongsi karya kita sendiri.
Follow Nadia Khan di Twitter @neddokhan untuk mengikuti thread menarik mengenai Gantung The Series
10 Kolej Paling Mahal Di Dunia, Mampu Ke Tidak?
Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik buat pendidikan anak-anak. Namun, tidak semua mampu untuk menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kita di Malaysia bertuah kerana diberikan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menanggung segala kos pembelajaran.
Namun begitu, sekiranya family korang berkemampuan untuk menghantar belajar ke luar negara, tak ada salahnya untuk korang cuba kan?
Dalam entree kali ini, kami ingin menyenaraikan antara 10 kolej paling mahal di dunia yang mungkin korang boleh pertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran di sana. Hiks!
10. Bard College
Walaupun berada di tempat kesepuluh, kos tuisyen bagi kolej ini tidak jauh beza dengan kolej yang mendapat tempat pertama dalam senarai ini. Setahun pengajian di Bard College, New York ini boleh menelan belanja kira-kira $57,500 (RM254,725).
9. University of Chicago
Universiti ini mencatat sejarah sebagai sebuah institusi yang hebat dalam pengajian tinggi. Ditubuhkan pada tahun 1889, pelajar-pelajar dari seluruh dunia turut mendaftar di kolej ini. Kos pengajian di antara $57,500 dan $58,000 (RM254,725 dan RM256,940) setiap tahun.
8. Drexel University
Universiti yang berpangkalan di Philadelphia ini digambarkan sebagai “universiti penyelidikan swasta” yang mengenakan kos pembelajaran kira-kira $58,000 (RM256,940) setahun.
7. Dartmouth College
Kolej ini terletak di New Hampshire dan menelan kos yuran tahunan sebanyak $58,000 (RM256,940).
6. Claremont McKenna College
Satu lagi institusi yang berpangkalan di California juga menawarkan kos pengajian yang lebih kurang sama dengan keempat-empat kolej sebelum ini, $58,000 (RM256,940) setahun.
5. Wesleyan University
Tidak jauh dari bandar New York, Wesleyan University digambarkan sebagai “kolej seni liberal swasta” yang ditubuhkan pada tahun 1831 dan menetapkan kira-kira $58,000(RM256,940) setahun untuk korang melanjutkan pelajaran di sini.
4. Columbia University
Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1754 sebagai King College oleh piagam diraja King George II dari England. ia merupakan institusi tertua pengajian tinggi di New York dan kelima tertua di Amerika Syarikat. Untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini, korang akan dikenakan kos pengajian kira-kira $59,000 (RM261,370) setahun.
3. Harvey Mudd College
Dibuka pada September 1957, kolej ini merupakan pilihan terkemuka bagi pelajar di serata dunia untuk melanjutkan pelajaran. Kolej yang menawarkan pengajian sains ini menerima beberapa penganugerahan terbaik dalam bidang pendidikan. Secara purata, yuran tahunan yang dikenakan adalah $59,000 (RM261,370) setahun.
2. New York University
Bandar New York dilihat sebagai satu destinasi bagi mereka yang sanggup membayar dengan jumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah. Universiti ini terletak di Greenwich Village dan pelajar perlu membayar kira-kira $60,000 (RM 265,800) setahun untuk melanjutkan pelajaran disana.
1. Sarah Lawrence College
Nama kolej ini mungkin tidak se gah Harvard, Yale atau Oxford, tetapi berdasarkan kos pengajian mereka, harganya boleh tahan juga. Universiti yang terletak di Yonkes, New York ini menawarkan pengajian dengan kadar yuran tahunan kira-kira $61,000 (RM270,230) setahun.
Rasa-rasanya selepas melihat senarai ini, ada tak mana-mana kolej yang sesuai dengan budget korang? Hehe.
Tak perlu risau, di mana pun anda melanjutkan pelajaran, yang penting adalah kerja keras dan usaha untuk menjadi pelajar terbaik. Kolej-kolej yang mahal dan bertaraf dunia ini.
Sumber: dailyentertainment.me