Pelakon Korea Yoon Hong-bin Imbas Halloween Di Itaewon, Perasan Ada ‘Petanda Kecil’ Sebelum Tragedi

Share

Tragedi yang meragut hampir 200 nyawa pada hujung minggu pesta Halloween di Itaewon, Seoul baru-baru ini masih mengejutkan penduduk dunia.

Tatkala orang lain mencaturkan spekulasi di sebalik kejadian demikian, hakikatnya hanya

mereka yang berada di kawasan tersebut yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Ini termasuklah pelakon Korea, Yoon Hong-bin yang merupakan salah satu saksi di sana.

Yoon Hong-bin

Katanya dalam satu hantaran yang kini telahpun dipadamkan daripada akaun media sosialnya, dia dapat merasakan dan melihat petanda-petanda kecil bahaw sesuatu yang teruk akan berlaku di situ.

Pelakon drama My Love, My Family itu memaklumkan dirinya berada di sebuah bar yang terletak di Itaewon untuk meraikan pesta Halloween untuk kali pertama dalam hidup. Siapa sangka, yang pertama itu juga mungkin sekali menjadi yang terakhir buatnya sekiranya tidak bernasib baik.

Sumber Foto : REUTERS

“Semalam saya menyaksikan bencana di hadapan mata sendiri. Sewaktu keadaan kelam-kabut itu, saya terdengar orang ramai menjerit agar tidak menolak sesama mereka. Manakala anggota polis yang ditempatkan di jalan raya utama sahaja.

“Sewaktu saya keluar dari bar sebentar untuk merokok, saya melihat mangsa dikejarkan ke dalam ambulans dan beberapa lagi mangsa lain dibaringkan pada jalan agar CPR (rawatan Cardiopulmonary Resuscitation) boleh dilakukan ke atas mereka,” catat pelakon berusia 28 tahun itu.

Tidak sekadar berdiri di tepi sebagai pemerhati, Hong-bin juga berkata dia sempat melakukan CPR kepada seorang mangsa pesta yang cedera selama 20 minit sambil teman wanita mangsa mengurut kaki dan lengan mangsa agar dia kembali sedar.

“Orang ramai sedang menangis dan memohon agar mangsa-mangsa di situ kembali sedar tetapi hanya seorang sahaja mangsa di situ yang diselamatkan. Malangnya, mangsa yang cuba dibantu oleh saya tidak dapat diselamatkan,” kesalnya.

Tambah Hong-bin lagi, secara logiknya, tragedi sebegini boleh dielakkan dan jumlah mangsa juga tidak seharusnya mencecah angka seramai yang direkodkan. Bagaimanapun, dengan kekurangan jumlah pegawai polis di kawasan kejadian, keadaan menjadi kelam-kabut.

ARTIKEL BERKAITAN

: Ratusan Pengunjung Di Korea Terkorban, Ini 8 Fakta Tragedi ‘Halloween’ Itaewon – REMAJA

Untuk pengetahuan, Korea Selatan kini dalam tempoh berkabung sehingga 5 November ini seperti yang diumumkan oleh Presidennya, Yoon Suk-yeol. Manakala, hampir kesemua acara besar dan program televisyen telah ditangguhkan atau dibatalkan serta-merta untuk menghormati tragedi yang berlaku.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ