Siapa kata anak seni tempatan tidah boleh memasang angan-angan dan terbang tinggi hingga ke peringkat antarabangsa?
Pelakon kelahiran Melaka, Frederick Lee telah menerima pencalonan dalam kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem bergenre crime thriller Singapura, Mind’s Eye.
Ads
Hasil lakonan berkesannya sebagai seorang pembunuh bersiri, Frederick, 44 yang merupakan adik kepada seorang lagi pelakon tempatan, Christopher Lee (suami kepada Fann Wong iaitu seorang pelakon kelahiran Singapura) telah menerima perkhabaran istimewa itu daripada pihak New York Festivals TV & Film Awards semalam.
Acara tahunan itu mengiktiraf filem dan drama televisyen dari lebih 50 buah negara. Bercakap kepada rakan media di Malay Mail, Frederick menzahirkan rasa puas dan bersyukur di atas pencalonan ini.
“Untuk dicalonkan ada bagus dan jika ditakdirkan memiliki trofi itu adalah bonus. Tapi ia bukanlah sumber motivasi utama saya. Apa yang memotivasikan saya adalah kepuasan setelah menerima respon positif daripada penonton dan pengkritik filem.
Ads
“Namun jika saya ditakdirkan untuk memenanginya, sudah tentu saya amat gembira,” ulasnya
Bagi korang yang merasakan Frederick agak familiar, beliau sebenarnya bukanlah wajah baharu dalam dunia lakonan tempatan mahupun antarabangsa di Asia. Dua tahun lalu, Frederick telah menunjukkan lakonan mantap sebagai watak antagonis dalam filem The Scoundrels (2018) sehingga dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Taipei Film Awards 2019.
Ads
Manakala pada tahun 2014 pula, Frederick pernah membawa pulang anugerah Golden Awards untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Descendant.
Kelibat Frederick juga masih penulis ingati menerusi siri original yang ditayangkan di HBO Asia berjudul Trinity of Shadows – juga sebagai watak antagonis. Siri tersebut masih boleh ditonton di HBO Go dan HBO dengan episod baharunya ditayangkan pada setiap hari Ahad.
Biarpun beliau lebih banyak bergiat dalam dunia perfileman di Taiwan dan Singapura, Frederick teringin sekali untuk memperbaiki pertuturannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris agar dia mampu menerima peluang untuk berlakon dalam lebih banyak drama Melayu dan Inggeris.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat peminat Disney Channel, nama Kim Possible pasti sudah tidak asing bagi korang, bukan? Kisah animasi bersiri yang ditayangkan di saluran tersebut sejak tahun 2007 menampilkan karakter Kim Possible sebagai seorang remaja yang mempunyai dua sisi kehidupan berbeza – seorang pelajar dan ejen penentang kejahatan.
Menerusi animasi ini juga kita diperkenalkan dengan banyak watak-watak menarik terutamanya sidekick Kim Possible yang nerd dan selalu cuai, Ron Stoppable dan tikus mondoknya, Rufus.
Ura-ura mengenai hasrat Disney untuk mengadaptasikan ‘Kim Possible’ le sebuah filem live-action terjawab selepas disahkan sendiri oleh pihak mereka. Dan terbaru, mereka telah mengumumkan senarai artis yang bakal muncul di dalam filem yang masih belum diberikan judul rasmi. Filem ini akan muncul sebagai salah sebuah daripada Disney Channel Original Movie.
Nak kenal dengan pelakon filem ‘Kim Possible’? Jom ikuti mereka di bawah.
Sadie Stanley sebagai Kim Possible
Sean Giambrone sebagai Ron Stoppable
Alyson Hannigan sebagai Dr. Ann Possible
Todd Stashwick sebagai Drakken
Erika Tham sebagai Bonnie
Taylor Ortega sebagai Shego
Connie Ray sebagai Nana Possible
Menurut laporan Variety, filem adaptasi ‘Kim Possible’ ini akan ditayangkan pada tahun hadapan. Remaja pasti korang semua pasti sudah tidak sabar untuk melihat sama ada kisahnya serupa atau tidak dengan animasinya yang sangat popular tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Karya filem pendek animasi ‘Batuh Bijanji’ oleh dua orang murid darjah 5 Sekolah Kebangsaan Temong di Serian, Sarawak telah memenangi anugerah ‘Best Film by Popular Jury’ bagi kategori sekolah rendah di Festival de Cinema Escola de Alvorada, Brazil baru-baru ini.
Dua orang pelajar tersebut, Nabiatul Dania Zulfiqa Mohd Zulfadhli dan Macgres Sawet dibimbing oleh guru Wan Zulfadli Ad-Dinnie Wan Azmi bersama Cikgu Mohd Reduan Patah ternyata menarik perhatian para juri dengan kreativiti yang ditonjolkan serta jalan cerita yang penuh dengan maksud yang mendalam.
‘Batuh Bijanji’ atau dalam bahasa melayu bermaksud batu perjanjian digarap indah dalam filem pendek animasi dengan durasi lebih kurang 5 minit ini berkisarkan cerita mengenai persahatan dua orang kawan baik, Sarah dan Bibi, yang disimbolikkan dengan permainan batu Seremban.
Dalam temubual bersama Utusan Borneo, Cikgu Zulfadli berkata, “Projek penghasilan filem ini diadakan pada tahun lepas, semasa dan selepas mengikuti bengkel animasi DISTA (Digital Storytelling Animation) anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak (kini dikenali sebagai SSTP Sarawak), Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang merupakan inisiatif kerajaan Sarawak ke arah digital.
“Dua hari tempoh pembikinan berjalan sewaktu bengkel DiSTA 2019 Siri 1 di sebuah hotel di Kuching dan projek ini dibangunkan lapan hari lagi yang bersambung di sekolah, termasuk rakaman footages baharu.”
Menurutnya lagi kemenangan filem pendek itu adalah berdasarkan undian dalam festival tersebut. Majlis penganugerahan telah dilakukan secara acara virtual menerusi Google Meet dan trofi kemenangan akan dihantar menerusi pos.
Jom kita saksikan filem pendek animasi hasil kreativiti dua pelajar ini yang dibimbing oleh guru-guru yang berwibawa.
Ada masanya, penulis pasti kita semua akan terbeban dengan tuntutan belajar dan kerjaya. Sehinggakan kadangkala, kita tidak mempunyai masa untuk diri sendiri mahupun keluarga.
Apabila kita melihat cara orang di sekeliling boleh mencuri masa untuk berlibur, bercuti, bersama keluarga dan sebagainya di luar kelas dan tempat kerja, mesti kita terfiikir bagaimana si dia mampu untuk seimbangkan di antara masa kerja dan kehidupan sendiri. Sedangkan kita pula ibaratnya tiada ‘life’ dan terpaksa berkorban sepanjang masa.
Doktor pakar pelatih surgikal negara, Dr Amalina Che Bakri mengakui ramai pengikutnya di laman sosial yang selalu bertanyakan soalan yang sama kepada beliau.
Bagaimana doktor ‘curi masa’ walaupun komitmen beliau terhadap kerjaya dalam bidang pakar bedah amatlah tinggi?
Dr Amalina bijak menentukan masa untuk aktiviti di luar bangunan hospital. Sama ada beliau berlatih memanaskan badan menerusi wall-climbing ataupun memberikan ucapan kepada pelajar Malaysia di Malaysian Hall, London, setiap masanya diisi dengan penuh cermat. Sumber Foto: Instagram @dramalinabakri.
“Mereka selalu bertanya, bagaimana saya kekalkan work-life balance saya. Tiada jawapan yang benar-benar sempurna.
“Apa yang saya lakukan berkesan untuk diri saya, dah seharusnya kamu juga cari cara yang berkesan untuk diri kamu,” jelasnya yang bakal menyambut hari kelahiran ke 33, 7 Disember ini.
Bagaimanapun, beliau masih menyenaraikan tip yang boleh membantu kita semua untuk mendapatkan perspektif baru dalam usaha menyeimbangkan antara komitmen kerjaya, keluarga dan komitmen kepada diri sendiri. After all, everyone deserves his/her ‘me time’.
01
Tetapkan keutamaan dalam jadual kamu. Dr Amalina sering menyentuh betapa pentingnya pengurusan masa kerana itu adalah kunci untuk segala-galanya. Beliau menetapkannya mengikut 4 kategori berbeza:
– Urgent & important (terdesak & penting) – Important but not urgent (penting tapi tidak terdesak) – Urgent but not important (Terdesak tapi tidak penting) – Neither urgent nor important (Tidak terdesak dan tidak penting)
Beliau menggunakan Microsoft Timeline untuk menetapkan semua ini berserta tarikh akhir (deadline) dan matlamat (goals).
02
Rancang matlamat harian. Dari situ, tetapkan masa kamu bekerja. Adalah penting untuk kamu tetapkan matlamat yang boleh dicapai, jangan tekan diri melebihi kemampuan kamu.
Rancang ‘me time’ untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan. Masukkan tarikh-tarikh penting di dalam diari (Dr Amalina menggunakan Google Calendar).
Rancang percutian kamu lebih awal supaya kamu ada sesuatu yang boleh memberikan motivasi dari sekarang.
04
Usah katakan ‘yes’ kepada semua perkara, belajar untuk katakan tidak. Ini berkesan bik untuk kerjaya ataupun kehidupan sosial. Tentukan perkara yang kamu boleh lakukan dan tidak boleh lakukan.
Kurangkan aktiviti yang membazir masa – jangan luangkan berjam-jam di media sosial. Tentukan ‘screen time limit’ pada aplikasi kegemaran kamu.
06
Penuhkan masa bekerja pada hari minggu dan kosongkan hujung minggu kamu untuk aktiviti peribadi. Jika Dr Amalina perlu bekerja pada hujung minggu, beliau akan tetapkan 1 hari cuti pada hari minggu.
07
Beri penghargaan kepada diri sendiri selepas mencapai sesuatu kejayaan, reward yourself with something you love!
Dr Amalina semasa bercuti di Milford on Sea. Sumber Foto: Instagram @dramalinabakri.
08
Ketahui kemampuan diri sendiri dan tetapkan ‘expectation’ peribadi dengan cermat. Jangan cuba untuk menjadi seorang yang perfectionist.
09
Wujudkan support system yang membantu, sama ada di kalangan ahli keluarga ataupun kawan-kawan. Sukar sekali untuk seseorang itu melakukan semua perkara secara sendiri.
Walaupun perlu berjauhan dengan ibunya, Dr Amalina sentiasa ‘keep in touch’ dengan beliau untuk mendapatkan dorongan dan sokongan. Sumber Foto: Instagram @dramalinabakri.
10
Sehebat mana pun kamu dalam melakukan tugasan, badan dan kesihatan masih perlu dijaga. Kekalkan diet pemakanan dan senaman yang sihat. Walaupun sekadar berjalan untuk 30 minit sehari, tetapkan masa untuk bersenam 3-4 kali seminggu.
*
Got it, guys?
Harapnya selepas ini, kita tidak lagi perlu ‘complain’ mengenai jadual tugasan yang tidak habis-habis perlu disiapkan selepas kita membuat perancangan secara cermat.
Baca senarai penuh yang dikongsikan oleh Dr Amalina ini:
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...