Pelakon siri sitkom popular Friends, Matthew Perry, 54, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Pacific Palisades di sini, dipercayai akibat lemas, Sabtu lepas.
Perry yang popular menerusi watak Chandler Bing ditemukan meninggal dunia dalam jakuzi di kediamannya itu, lapor agensi.
Laporan agensi turut menyebut tiada bahan terlarang ditemui atau sebarang perkara yang mencurigakan berlaku, sebelum Perry menemui ajal.
Menurut jurucakap Polis Los Angeles, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kematian seorang lelaki berusia 50-an, namun, pemanggil tidak menyatakan identiti mangsa.
“Polis mengesahkan kematian Perry tiada kaitan dengan unsur jenayah.
Ads
“Panggilan dibuat mengatakan penghuni rumah itu mengalami serangan jantung,” lapor agensi.
Sementara itu, wakil mendiang Perry dikatakan belum memberi maklum balas kepada media mengenai pemergian aktor itu.
Sebelum ini, Perry dilaporkan pernah menghadapi masalah ketagihan arak dan dadah hingga menjalani program pemulihan sebanyak 17 kali.
Ads
Perry menjalani program pemulihan kali pertama pada 1997 kerana ketagih dengan ubat tahan sakit selepas terbabit dengan kemalangan jetski.
Dalam temubual bersama media pada 2016, Perry memberitahu dia tidak ingat menjalani penggambaran tiga musim siri Friends.
Dilahirkan di Williamstown, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) pada 19 Ogos 1969, Perry bagaimanapun dibesarkan di Ottawa, Kanada.
Ads
Perry meraih perhatian antarabangsa selepas kemunculannya dalam siri sitkom popular Friends pada 1994. Siri itu disiarkan sebanyak 10 musim sehingga 2004.
Populariti Chandler juga membolehkan dirinya dicalonkan pada Anugerah Primetime Emmy, iaitu anugerah untuk program televisyen (TV) di AS pada 2002 kerana persembahanya yang menyerlah dalam siri popular kesayangan ramai itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Berita Harian, Hollywood News
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lukisan tatu di tubuh sering kali dianggap individunya menganggotai kumpulan samseng atau gangster. Ada gambar atau lambang tertentu mewakili digunakan oleh anggota kumpulan kongsi gelap ini.
Bagaimana jika lukisan tatu ini dianggap budaya atau seni dan bukan jenayah seperti dilakukan oleh sekumpulan remaja dari Indonesia ini? Kala ditanya agamanya, masing-masing mengaku Islam. Tapi kata mereka, tatu ini mewakili budaya bangsa dan punya filosofi tersendiri.
Remaja menemui Opar, 30 atau senang dipanggil Raggea di Kota Tua dalam kunjungan ke Jakarta baru-baru ini. Menganggotai kumpulan muzik dan mencari rezeki di kota lama yang disebut Batavia setiap hari, di tangannya penuh dengan lukisan tatu kekal.
Jelas Raggea, setiap tatu di lengannya ada filosofi tersendiri kepada empunya badan. Seperti saya, ada lukisan gambar Doraemon, kompas, jam dinding dan juga jam digital.
“Filosofinya begini. Doraemon ini mewakili kita semua. Ia boleh datang dari masa lalu dan masa datang. Dia juga mampu melakukan apa saja dan semuanya keberhasilan,” katanya yang punya kepandaian bermain piano dan biola bagi menghiburkan pengunjung dan pelancong ke kota tua itu.
Kata Raggea lagi, tidak semestinya pemilikan tatu ini terlibat dengan jenayah kerana mencacah tatu sudah menjadi satu budaya lama Indonesia yang diamalkan oleh Suku Mentawai di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat. Dikatakan, lukisan cacah dari suku Mentawai ini seni tubuh tertua di dunia, bahkan lebih tua dari seni tatu di Mesir.
“Bagi saya, ini cuma budaya dan seni. Apa pandangan orang, itu terpulang kepada tuan punya badan. Saya sendiri harus menjaga perlakuan saya agar pemilik tatu yang lain tidak dipandang serong kerana perbuatan saya misalannya.
“Jadi setiap orang yang mempunyai tatu ini harus menjaga perilaku diri masing-masing supaya kesalahan itu tidak diletakkan kepada orang yang tidak melakukan kesalahan. Begitu juga lambang gambar yang dipilih. Kita harus tahu kerana kita yang mendukungnya kelak,”katanya yang memperkenalkan kawan-kawannya yang lain seperti Nawi, Dian, 17 tahun, Yuli, 16 dan ramai lagi.
Secara luarannya, remaja yang menganggotai kumpulan muzik ini punya kisah hidup tersendiri. Ada sudah berkahwin pada usia 15 tahun, ada yang sudah tidak bersekolah lagi malah Kota Tua Ini menjadi rumah kedua mereka untuk mencari rezeki.
Mereka menghiburkan pengunjung ke Kota Tua itu dengan lagu-lagu yang diminta. Lagu terkini mahupun lagu-lagu lama. Bukan hanya Raggea dan kumpulannya tetapi ada ramai lagi kumpulan muzik yang mencari rezeki dengan cara yang sama, ditambah Kota Tua ini memang menjadi tumpuan pelancong dan bangsa Indonesia sendiri di hujung minggu. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini termasuk berbasikal, duduk di dataran yang luas, ada muzium dan sebagainya. sedikit makluman, sebelum kota Jakarta, Kota Tua ini adalah ibu negara Indonesia.
Dari luar penampilan Raggea nampak sedikit ‘selekeh” kerana jeans dipakainya sudah koyak rabak tetapi seperti katanya itu hanya nilaian orang luar dan sesiapa boleh beranggapan begitu. Tetapi hanya dia dan kawan-kawannya yang tahu bahka biar dia dan rakan-rakannya berbeza suku tetapi katanya, dia hanya tahu mereka semua sama, iaitu mewakili Bangsa Indonesia.
Ditanya di mana dia dan teman-temannya mencacah tatu, katanya ada di Kota Tua ini, boleh dilakukan secara manual dan penggunaan mesin.
“Setiap orang itu sudah faham akan pilihan masing-masing. Sama seperti saya, kawan dan pencacah tatu, masing-masing ada bertanggungjawab untuk tidak sama-sama berdosa di atas setiap pembuatan mereka.
“Sebab itulah, bila kami berani mencacah tatu ini, kami harus menjaga perlakuan. Ada orang menganggap kami lakukan jenayah biarpun tidak. Pendek kata terpulang kepada orang yang melukisnya, orang yang memilikinya dan orang yang menilainya,” katanya yang mendendangkan sebuah lagu Broery Marantika yang cukup lunak didengar.
Seperti diketahui hukum bertatu itu haram. Pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 1/2017-1438H yang bersidang pada 15 Februari 2017 bersamaan 18 Jamadiawwal 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-86 berkenaan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam dengan pindaan sighah seperti berikut :
Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram.
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada kerana tempat yang ditatu itu adalah najis jika tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.
Hukum tetap hukum, jangan dicampur ianya sebagai budaya atau seni.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Katanya, dia bakal melahirkan bayi ketiga kira-kira dalam masa empat bulan.
“Bismillahirrahmanirahim, penambahan satu lagi cinta dalam keluarga kami. Baby nombor tiga dalam perjalanan!
“Di sini, Eyra minta doa-doa baik dari semua untuk kami sekeluarga memandangkan bayi kecil kami akan bersalin dalam masa empat bulan. Terima kasih semua,” katanya.
Menerusi perkongsian di saluran Youtube miliknya pula, ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan dia hamil anak kembar namun salah seorang tidak menjadi.
“Rupanya dua anak Mama Papa tapi tiada rezeki, satu tak jadi. Tinggal lah satu anak Mama Papa.
“Tak apa, Mama Papa masih bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih Allah SWT,” katanya.
Sekadar informasi, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 November 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Hayder Qalish dan Endra.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ahli kumpulan sensasi Blackpink, Jennie Kim pada tahun ini tidak keseorangan di acara pertunjukan fesyen Chanel di Paris apabila dia turut didampingi rakan seindustri dari Korea Selatan dan Jepun, Park Seo Joon dan Nana Komatsu.
Seperti biasa, gaya kemunculan Jennie dinanti-nantikan oleh peminat K-pop dan fesyenista di seluruh dunia dan ternyata dia tidak mengecewakan.
Jennie tampil ‘gagah’ dan menitipkan gaya ’empowered woman’ di karpet merah Chanel dengan dandanan rambut braided low ponytail dan persalinan serba putih terdiri daripada top tidak berlengan dan celana berpotongan straight-cut.
Ada yang berpendapat gaya Jennie ini mirip konsep pakaiannya dalam video muzik How You Like That dahulu. Korang rasa sama tak?
Anyway, kehadiran Jennie dan Park Seo Joon turut diperkatakan oleh kerana interaksi mereka di karpet merah Chanel.
No no, mereka tidaklah kelihatan mesra bak pasangan kekasih. Sebaliknya, layanan penuh hormat dan gentleman Seo Joon kepada Jennie ketika mereka sedang bergambar bersama telah mencetuskan fenomena di media sosial.
Biarpun jelas, pelakon dan penyanyi itu masih dalam fasa ‘awkward’; itu hanyalah disebabkan mereka saling menghormati antara satu sama lain.
Contohnya sewaktu Park Seo Joon cuba menutupi wajah Jennie daripada kamera yang ada. Ataupun semasa Park Seo Joon cuba mendekati Jennie tetapi ahli Blackpink itu mengambil satu langkah ke belakang.
Haih! Bukan setakat itu, Park Seo Joon juga bertindak ‘gentleman’ apabila tidak meletakkan tangan kirinya di bahagian pinggang Jennie semasa bergambar.
Sebaliknya, tangan beliau dibiarkan ‘terapung’ di belakang tubuh Jennie untuk mendapatkan efek seakan-akan mereka saling bersentuhan.
now we all know why park seojoon did not touch jennie in the second pic 😭
Persis pelakon Malaysia Beto Kusyairi yang baru-baru ini viral kerana menjaga jarak dengan pasangan pelakon dalam poster filem Imaginur, Diana Danielle.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...