Bintang remaja, Noah Schnapp yang membintangi drama bersiri popular, Stranger Things di platform penstriman Netflix telah mendedahkan dirinya homoseksual pada 5 Januari 2022.
Pendedahan yang dilakukan menerusi klip pendek berdurasi 8 saat di TikTok itu menunjukkan teks berbunyi, “Apabila saya akhirnya memberitahu kawan-kawan dan keluarga saya bahawa saya adalah gay setelah sekian lama merasa takut dan menyembunyikan identiti selama 18 tahun, mereka sekadar berkata, ‘kami tahu’.”
Noah juga meluahkan bahawa dirinya dekat dengan watak Will Byers yang dilakonkan dalam Stranger Things.
@noahschnapp
I guess I’m more similar to will than I thought
♬ original sound – princessazula0
Tinjauan REMAJA di ruangan komen mendapati para peminatnya menyokong pendedahan Noah itu dan berkata mereka gembira serta berbangga dengan keberaniannya. Turut kelihatan juga adalah komen dari Netflix sendiri dengan emoji berbentuk hati.
Malah ada yang berseloroh mengatakan Noah selama ini mempraktikkan teknik ‘method acting’ sewaktu penggambaran Stranger Things.
Terdahulu pada Julai 2022, Noah mengesahkan wataknya, Will merupakan seorang homoseksual dan mencintai Mike. Cuma cara penceritaan mengenai identiti Will ini agak perlahan kerana produksi ingin menggarah pengalaman dan perasaan sebenar seorang homoseksual yang gentar untuk mendedahkan diri sebenarnya kepada khalayak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.