Kalau hendak diikutkan populariti drama tempatan yang tular di Malaysia pada tahun 2021 saja, drama Takdir Yang Tertulis (TYT) yang bersiaran di saluran TV3 selayaknya menduduki tangga tiga teratas buat masa ini.
Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis beranggapan agak sukar untuk drama tempatan akan datang sepanjang tahun ini untuk mengatasi populariti drama arahan Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) ini sementelah saban malam ia menjadi topik trending pertama di Twitter tanpa gagal.
Rata-rata penonton tertarik dengan jalan ceritanya yang sentiasa membuatkan mereka tidak boleh duduk diam dan enggan terlepas satu episod pun. Jika tidak, memang tak faham lah jalan cerita episod akan datang. Hehe..
Episod terakhir drama TYT semalam tidak terkecuali daripada sekali lagi mengekalkan kedudukan pertama dalam carta trending. Ini berikutan pengakhirannya yang langsung tidak dijangkakan baik oleh penonton mahupun oleh pelakon utama drama itu sendiri! Ini kerana para pelakonnya sendiri tidak mengetahui langsung bagaimanakah ‘plot twist’ yang disimpan oleh Budak Ijat dan produksi.
Pelakon TYT, Alvin Chong (Ean) dan Elvina Mohamad (Ruhila) semalam masih sukar untuk menerima siapakah gerangan bapa Mika lakonan Isaac Iman. Adakah dia anak Ruhila bersama Ean ataupun Hakim (lakonan Muaz Fitri Maslan)??
Ads
“I stres, I tak boleh terima! Macam mana Ucheefukada, Rian semua boleh simpan rahsia ini selama beberapa bulan. Sepanjang penggambaran pun kami tidak tahu mereka sempat merakamkan babak akhir itu.
“Kami ingatkan ending sampai babak kami saja, sekali ada plot twist ya.
“Kami memang tak boleh nak tidur malam ini (semalam) sebab asyik fikir benda ini,” luah Elvina.
Ads
Alvin dan Elvina turut berseloroh bahawa mereka enggan lagi bercakap dengan Uchee buat masa ini kerana ‘tertipu’ dengan skrip drama TYT.
Penulis kira hanya Muaz Fitri, Budak Ijat, Uchee, jurukamera dan penyunting drama TYT saja yang tahu mengenai rancangan mereka itu. Selain mereka, semuanya clueless!
Ads
Lebih kelakar lagi, Alvin dan Elvina juga teringat bagaimana produksi telah’mempergunakan’ Juweta untuk mengelirukan semua orang di set. Juweta pernah berkata anak Ruhila itu bermata sepet dan mempunyai rupa paras ‘Chinese look’.
Apapun, penulis suka apabila semakin ramai pengarah di Malaysia yang berani untuk lari daripada jalan cerita drama Melayu klise. Barulah tergerak hati nak tonton setiap episod tanpa gagal, kan!
Namun, drama TYT bukanlah drama yang bebas daripada kontroversi. Ingat lagi tak babak kejar peragut?
Semalam merupakan hari pembukaan Taman Persahabatan Selangor-Jepun kepada pihak awam untuk melawatnya secara percuma.
Biarpun ia telah disiap sejak tahun lepas dan dijadualkan untuk dibuka pada bulan xx lagi, namun disebabkan oleh pandemik COVID-19, pelancarannya hanya dapat diadakan pada bulan ini.
Dengan memakan kos lebih kurang RM3.8 juta, taman tersebut telahpun dibina selama dua tahun sejak 2018 lagi. Asalnya, ia adalah sebahagian daripada Taman Tasik Shah Alam sedia ada dan sebahagian daripada kawasan tersebut diambil untuk ditransformasikan kepada aset tarikan terbaru.
Usaha pelancongan ini juga diambil memandangkan ramai pelabur dan penduduk tetap yang berasal dari Jepun di negeri Selangor, terutamanya di ibu negeri Shah Alam yang menempatkan banyak kilang syarikat pembuatan Jepun.
Justeru, dengan wujudnya Taman Persahabatan Selangor-Jepun ini, ia adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak dari Jepun dan kerajaan negeri berharap agar pelaburan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang.
Bagi korang yang menetap di Selangor dan berminat untuk mengunjungi Taman Persahabatan Selangor-Jepun bersebelahan dengan Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini, ia dibuka pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam.
Dapat lah korang feeling seperti berada di Osaka, Hokkaido dan bandaraya utama di Jepun lain bila mengambil foto OOTD di sini.
Antara spot menarik yang ada di dalam taman rekaan Sitelink Landscape Architect ini ini termasuklah Laman Zen, Kolam Maze, Gerbang Torii, Tsukubai (Stone Basin), Laman Refleksologi dan Laman Teres.
Selain itu, ia juga akan dimeriahkan dengan program persembahan kebudayaan Jepun dan Selangor pada setiap hari minggu.
Kehilangan orang tersayang bukanlah hal mudah, apatah lagi apabila kita tidak berada berdekatan saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Begitulah yang terjadi kepada penyanyi bervokal hebat, Ernie Zakri yang kehilangan ibu saudara saat dia sekeluarga berada di luar negara.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi ruangan Instastory, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi berita berkenaan kepada umum.
“Saya kehilangan seseorang yang saya sangat sayangi hari ini. Makcik saya. Seorang makcik yang sangat baik hati. Saya sangat sedih kerana saya tidak dapat berada bersama ibu. Mama sayang Umi sangat.
“Terima kasih untuk segalanya Umi. Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan untuk kami sekeluarga dari dulu sehingga kini. Kami sayang Umi sangat. Alfatihah,” tulis Ernie yang memanggil ibu saudaranya dengan gelaran Umi.
Tangkap layar siaran di Instastory Ernie Zakri
Bersama tulisannya itu, disertakan poster belasungkawa ibu saudaranya yang bernama Aishah binti Mohd. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir dan pulang ke rahmatullah pada 4 Januari 2023.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. Sekadar perkongsian, Ernie ketika ini berdasarkan hantaran foto yang dimuat naik di Instagram sedang berada di Kota London bersama suaminya, Syamel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkhabaran menyedihkan diterima daripada kem Big Hit Entertainment pada hari ini apabila tiga daripada tujuh orang ahli kumpulan sensasi K-pop, BTS telah disahkan positif COVID-19.
Dalam kenyataan yang dimuatnaik ke platform komuniti peminat global BTS ‘Weverse’, tiga ahli tersebut terdiri daripada Suga, Jin dan RM.
RM, Jin & Suga daripada kumpulan BTS.
Difahamkan, BTS baru sahaja pulang ke Korea Selatan dari Amerika Syarikat setelah menjayakan persembahan di sana; yang pertama seakannya untuk mereka sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada Mac, tahun lalu.
Terdahulu, kesemua ahli BTS telah menerima vaksinasi COVID-19 lengkap sebanyak dua dos.
Ahli terawal yang dikesan positif ialah Suga. Ia setelah penyanyi itu melalui ujian PCR sebaik saja menjejakkan kaki di Korea pada hari Khamis. Hasil ujian pada hari Jumaat mendapati dirinya positif dan terus diminta menjalani proses kuarantin.
Mereka bernasib baik kerana Suga tidak mempunyai kontak rapat dengan ahli lain sewaktu pulang.
Berbeza dengan dua lagi ahli BTS iaitu RM dan Jin; mereka pada awalnya menerima keputusan negatif. Namun menerusi ujian PCR yang dilakukan semula pada hari berikutnya, keputusan awal itu ternyata merupakan ‘false negative’ apabila masing-masing disahkan positif.
RM dimaklumkan tidak mempunyai sebarang simptom manakala Jin pula mengalami demam ringan.
Setakat hari ini, tiga orang ahli itu masih menjalani proses kuarantin di rumah mengikut panduan kesihatan; manakala empat orang ahli BTS yang lain telah diberikan tempoh berehat setelah mereka menamatkan acara ‘BTS Permission to Dance on Stage – LA’ dan ‘2021 Jingle Ball Tour’.
Nampak gayanya, mereka terpaksalah menyambut perayaan Hari Natal pada hujung minggu lalu di rumah sahaja.
REMAJA difahamkan bahawa kumpulan BTS berkemungkinan dijadualkan untuk muncul di acara Golden Disk Awards 2022 yang bakal menemui penonton, awal Januari ini. Diharap kesemua ahli BTS akan segera pulih dan dapat berkumpul semula bagi acara tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...