Pelakon Takdir Yang Tertulis Pun ‘Tak Boleh Brain’ Episod Akhir Semalam

Share

 

Kalau hendak diikutkan populariti drama tempatan yang tular di Malaysia pada tahun 2021 saja, drama Takdir Yang Tertulis (TYT) yang bersiaran di saluran TV3 selayaknya menduduki tangga tiga teratas buat masa ini.

Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis beranggapan agak sukar untuk drama tempatan akan datang sepanjang tahun ini untuk mengatasi populariti drama arahan Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) ini sementelah saban malam ia menjadi topik trending pertama di Twitter tanpa gagal.

Rata-rata penonton tertarik dengan jalan ceritanya yang sentiasa membuatkan mereka tidak boleh duduk diam dan enggan terlepas satu episod pun. Jika tidak, memang tak faham lah jalan cerita episod akan datang. Hehe..

Episod terakhir drama TYT semalam tidak terkecuali daripada sekali lagi mengekalkan kedudukan pertama dalam carta trending. Ini berikutan pengakhirannya yang langsung tidak dijangkakan baik oleh penonton mahupun oleh pelakon utama drama itu sendiri! Ini kerana para pelakonnya sendiri tidak mengetahui langsung bagaimanakah ‘plot twist’ yang disimpan oleh Budak Ijat dan produksi.

Pelakon TYT, Alvin Chong (Ean) dan Elvina Mohamad (Ruhila) semalam masih sukar untuk menerima siapakah gerangan bapa Mika lakonan Isaac Iman. Adakah dia anak Ruhila bersama Ean ataupun Hakim (lakonan Muaz Fitri Maslan)??

“I stres, I tak boleh terima! Macam mana Ucheefukada, Rian semua boleh simpan rahsia ini selama beberapa bulan. Sepanjang penggambaran pun kami tidak tahu mereka sempat merakamkan babak akhir itu.

“Kami ingatkan ending sampai babak kami saja, sekali ada plot twist ya.

“Kami memang tak boleh nak tidur malam ini (semalam) sebab asyik fikir benda ini,” luah Elvina.

Alvin dan Elvina turut berseloroh bahawa mereka enggan lagi bercakap dengan Uchee buat masa ini kerana ‘tertipu’ dengan skrip drama TYT.

Penulis kira hanya Muaz Fitri, Budak Ijat, Uchee, jurukamera dan penyunting drama TYT saja yang tahu mengenai rancangan mereka itu. Selain mereka, semuanya clueless!

Lebih kelakar lagi, Alvin dan Elvina juga teringat bagaimana produksi telah’mempergunakan’ Juweta untuk mengelirukan semua orang di set. Juweta pernah berkata anak Ruhila itu bermata sepet dan mempunyai rupa paras ‘Chinese look’.

Sekali…

Apapun, penulis suka apabila semakin ramai pengarah di Malaysia yang berani untuk lari daripada jalan cerita drama Melayu klise. Barulah tergerak hati nak tonton setiap episod tanpa gagal, kan!

Namun, drama TYT bukanlah drama yang bebas daripada kontroversi. Ingat lagi tak babak kejar peragut?

ARTIKEL BERKAITAN “Macam K-Drama Yang Korang Megahkan Tu..” Peminat Berang Pengarah Tempatan Perli – REMAJA

Published by
FZ