
Pelakon Korea yang semakin meningkat naik, Kim Young Dae telah pun menarik diri dalam pembabitan drama terbaru School 2021 kerana terdapat percanggahan watak.
Menurut laporan daripada JTBC, Kim Young Dae menarik diri kerana wataknya dalam drama tersebut yang pada awalnya dipersetujui telah berubah. Dengan perubahan yang berlaku, Kim Young Dae tidak lagi memegang peranan sebagai watak utama, calon watak itu diberikan pada pelakon lain.

Pelakon berusia 25 tahun ini menerima peranan itu pada bulan Mei lalu dengan pengesahan sebagai watak utama yang akan diumumkan pada bulan Jun.
Namun, agensinya Outer Korea telah mengesahkan bahawa pelakon itu tidak lagi terbabit dalam drama School 2021 akan datang.
Walau bagaimanapun, Kim Young Dae dilaporkan telah pun menerima tawaran dalam k-drama lain sebagai watak utama. Menurut Sports Chosun, Kim Young Dae akan memainkan peranan utaman dalam drama Shooting Star yang akan ditayangkan di tvN.
Dah namanya rezeki kan. Satu hilang, datang pula lagi satu tawaran baru. Tak sabar nak tonton drama terbaru lakonan ‘Joo Seok Hoon’ nanti. Hiks!
Sumber: (1)
Anak Dara & Teruna Pelakon Bollywood, Cantik & Helok Betul!

Isi Kandungan
ToggleWhoa, puberty must have hit them hard!
Selalu, kita hanya saksikan ibu bapa mereka beraksi di layar perak Bollywood. Tahun demi tahum berlalu dan tanpa disangka, anak-anak kepada pelakon Bollywood popular ini telah membesar dengan bijak, sihat dan helok!
Semasa mereka masih kecil, tidak banyak info mengenai anak pelakon yang boleh diperolehi oleh media di India kerana para pelakon di sana terkenal dengan sifat protective terhadap anak masing-masing. Sebolehnya, pelakon tidak akan membenarkan para media dan paparazi untuk mengambil foto anak.
Namun, zaman telah berubah. Remaja kini terdedah dengan media sosial seperti Instagram dan Facebook. Malah, anak pelakon ini juga sudah besar panjang, sudah tahu menjaga diri sendiri.
Jom kita lihat siapa anak pelakon Bollywood yang dimaksudkan. Senarai ini bukan untuk membeza-bezakan rupa paras tau! Tetapi hanya untuk perkongsian tentang wajah mereka terkini.
Rhea Kapoor & Sonam Kapoor
Dua anak dara kepada Anil Kapoor dan isteri, Sunita ini memang mempunyai baka keluarga terbaik!
Sonam Kapoor, 32 mengikut jejak langkah ayah dan menjadi seorang aktres/model. Manakala adiknya, Rhea Kapoor, 31 pula berkecimpung sebagai produser filem sejak tahun 2010 melalui filem Aisha. Aisha juga dibintangi Sonam Kapoor.
Pada tahun ini, Rhea akan menerbitkan sebuah lagi filem bertajuk Veere Di Wedding dan ia dijangka keluar pada bulan Jun. Sonam Kapoor pula mempunyai pelbagai projek terbaru sebagai aktres dan fesyenista terkenal. Antara filem lakonannya tahun ini ialah Sanju, Pad Man dan Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga.
Ibrahim Ali Khan & Sara Ali Khan
Whoa, kedua-dua orang anak kepada Saif Ali Khan dan bekas isteri, Amrita Singh ini memang mengikut rupa paras ibu-bapa mereka. Wajah Ibrahim Ali Khan ‘sebijik’ dengan Saif semasa muda. Manakala Sara Ali Khan menyerupai Amrita pada zaman kegemilangannya sekitar 1985.


Ibrahim pada tahun ini akan berumur 17 tahun dan menurut Saif Ali Khan, dia tidak pasti sama ada anaknya itu akan menjadi pelakon Bollywood sepertinya, walaupun Ibrahim tertarik dengan bidang populariti. Terbaru 5 hari lalu, Ibrahim dikatakan cedera ringan pada mata selepas bermain ragbi, yang menjadi sukan kegemarannya.
Sara Ali Khan pula dilihat lebih serius berbanding adiknya itu untuk memasuki bidang lakonan. Filem ‘Kedanath’ yang bakal menjadi filem debut Sara di Bollywood berdepan dengan kontroversi apabila produser filem tersebut berbalah. Namun semalam, media di India melaporkan filem itu akan kembali menjalankan penggambaran pada April ini.
Suhana Khan & Aryan Khan
Kalau dah namanya anak kepada Shah Rukh Khan dan Gauri Khan, memang cantik dan ‘helok’lah muka mereka.
Suhana Khan, 17 dan Aryan Khan, 20 sudah lama menjadi perhatian kepada media Bollywood. Sejak kecil lagi, nama mereka sudah disebut-sebut sebagai muka baru untuk industri filem di sana. Shah Rukh dan Gauri tidak mempunyai masalah jika Suhana dan Aryan ingin menjadi model atau pelakon, cuma syaratnya mereka perlu menamatkan pengajian dahulu.
Aryan kini sedang menuntut jurusan perfileman di University of Southern California di Amerika Syarikat dan ayahnya selalu menghantar dia pulang ke sana. Suhana pula sedang menghabiskan zaman sekolah di Mumbai.
Ahan & Athiya Shetty
Anak kepada Sunil Shetty dan Mana Shetty ini memang mewarisi ketinggian dan paras rupa ibu bapa mereka.
Ahan Shetty, 22 yang mempunyai ketinggian 179sm merupakan bekas pelajar di American School of Bombay di Mumbai India dan dia kini sedang bersedia untuk terlibat di dalam filem pertamanya. Ahan juga kini merupakan antara fesyenista lelaki di kalangan remaja India yang sukakan gaya simple tapi kacak!
Kakaknya, Athiya Shetty pula cukup popular di Instagram dengan jumlah pengikut seramai 1.9 juta orang! Graduan New York Filem Academy ini merupakan pelakon Bollywood berbakat dan dia pernah dicalonkan untuk kategori pelakon wanita baru terbaik semasa Anugerah Filmfare. Athiya juga kini menjadi salah seorang sosialit dan model terkenal untuk majalah fesyen di India.
Jhanvi Mehta
Lama kita tak dengar khabar dari Juhi Chawla kan! Anaknya, Jhanvi Mehta bukan saja muda (17 tahun) dan mempunyai senyuman cantik seperti Juhi. Jhanvi juga merupakan anak selebriti Bollywood yang bijak! Perkara ini diakui oleh pelakon, Preity Zinta semasa Jhanvi mengikut ibunya ke acara lelongan amal IPL di India.
Pelajar straight 10 A’s ini juga merupakan orang termuda di acara amal tersebut. Dia kini menuntut di sedang menyambung pengajian di Charter House, London.
Samiera Kapoor
Samiera Kapoor, 13 sering dilihat bergambar dengan ibunya, Karisma Kapoor dan adik, Kiaan Kapoor. Dia tidak selalu dilihat mengambil gambar secara selfie atau bersama kawan lain seperti anak pelakon Bollywood yang lain. Enam hari lepas, Samiera telah menyambut hari kelahirannya yang ke-13 dan Karisma berkongsi gambar lamanya bersama Samiera di instagram. Ramai yang berkata gambar tersebut cukup istimewa dan menganggap Samiera semakin cantik sekarang.
Nysa Devgan
Nysa Devgan, 15 memang menyerupai ibu bapanya, Ajay Devgan dan Kajol Mukherjee. Walaupun Nysa dilihat lebih terbuka untuk berkongsi hidup peribadinya bersama orang ramai melalui Instagram, dia masih menjaga adap dan tata susila seperti yang diajar oleh Ajay dan Kajol.
Terkini, Nysa sedang menyambung pelajarannya di Singapura dengan mengikuti program pertukaran pelajar di sana. Ajay mengakui keluarganya masih terlalu rindukan Nysa tetapi berkata dia percaya anaknya itu boleh menjaga diri dengan baik.
Rasha Thandani
Kalau mak dah secantik Raveena Tandon (she just does not age at all!), mestilah anak dara, Rasha Thandani mewarisi kecantikan itu. Dua hari lepas, Raveena telah menyambut hari lahir Rasha yang ke 13 di Gateway of India dan dia dilihat turut menjemput rakan sebayanya untuk bersama-sama menaiki yatch. Ramai yang memuji Raveena sebagai ibu yang stylish dan cool kepada anak-anaknya.
Dilahirkan Perempuan, Kini Model Lelaki Ini Cipta Sensasi Di Pentas Fesyen Prada

Nama Nathan Westling mungkin kedengaran agak jangal di Malaysia memandangkan tidak ramai yang mengenalinya dia sini.
Namun di pentas fesyen antarabangsa, Nathan adalah di antara individu yang paling diperkatakan sepanjang minggu ini setelah dia kembali diambil sebagai model peragaan selepas bertukar identiti menjadi seorang lelaki!
Nathan, dahulunya dikenali sebagai Natalie, merupakan seorang model perempuan yang berjaya pada usia 22 tahun. Pelbagai jenama antarabangsa seperti Miu Miu, Dior dan Chanel pernah melantiknya sebagai model kempen besar mereka manakala jenama seperti Marc Jacobs dan Louis Vuitton juga pernah memberi Natalie peluang berjalan bagi pertunjukan fesyen masing-masing.
Namun semua itu berubah setelah Nathalie mendedahkan dia telah melakukan perubahan identiti sebagai seorang transgender 4 bulan lalu dan kini dikenali sebagai Nathan Westling.
Dalam dunia peragaan, apa pun tak mustahil. Ada yang mengatakan isu perubahan identiti itu akan meranapkan karier Nathan, dan ada juga yang berpendapat jika dia tahu menggunakan isu ini sebagai strategi, dia boleh menjadi model yang lebih berjaya dan dikenali.
Mungkin Nathan mempunyai team yang baik untuk mencatur strategi, setelah dia melakukan comeback di pentas fesyen Prada Menswear Spring 2020 di Shanghai China semalam. Sebelum ini, Nathan (sebagai Natalie) merupakan model ‘tetap’ pilihan Prada di kesemua acara fesyen mereka.
Dia juga dipercayai akan terus menjadi buruan pereka fesyen antarabangsa untuk musim minggu fesyen lelaki yang akan berlangsung dalam tempoh 2-3 minggu ini.
“It has been an incredible journey, at such a young age too. Mungkin ramai yang tidak menyukainya tapi ini adalah jalan yang membuatkan saya gembira,” katanya kepada Vogue.
Berat Badan Naik Lepas Raya, 17 Home Workout Buat Yang Malas Ke Gym

Isi Kandungan
ToggleSetelah hampir sebulan kita menyambut Aidilfitri, mesti ramai yang dah mengeluh bila berat badan mula naik.
Nak ke gimnasium pula bukan calang-calang bayaran yang dikenakan. Sudahnya, bila berat naik dan baju-baju mula rasa sendat, menangislah korang sorang-sorang tepi bucu katil.
Nah, jangan risau. Apa yang REMAJA nak kongsi kan ini adalah 17 jenis home workouts yang korang boleh buat sendiri bila pulang ke rumah.
Simple dan mudah, senaman-senaman ini juga sesuai bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia kecergasan ni.
Jadi jom mulakan hari ini. Jangan tangguh-tangguh lagi.
1. Jumping Jack
2. Flutter Jump
3. Frog Jump
4. Side Jump
5. Sumo Squat
6. Narrow Squat
7. Lunges
8. Lunges High Knee
9. Mountain Runner
10. Mountain Cross
11. Mountain Climbers
12. Race Block
13. Plank Jack
14. Push Up
15. Wide Push Up
16. Triangle Push Up
17. Staggered Push Up
Setiap pergerakan workout ini dibuat selama 20 saat dan setiap kali ingin bertukar ke workout yang lain, korang boleh rehat selama 10 saat.
Apa yang paling penting adalah formation yang betul dan lakukan dengan disiplin. InsyaAllah kalau korang mula daripada sekarang, raya nanti pasti nampak hasilnya.
Terima kasih: Coach Kholis
Instagram: escortgroupworkout