Alhamdulillah, seorang lagi selebriti dan pelakon kita mendapat pengakhiran bahagian setelah melangsungkan akad nikah pada hujung minggu ini.
Jika semalam, Nur Fasha Sandha dan Aidil Aziz diraikan sebagai pasangan suami isteri baru, hari ini tiba giliran Bella Dally pula bersama lelaki pilihannya, Arif Izzudin.
Dengan sekali lafaz, Bella menjadi suri kepada Arif pada majlis yang bertempat di Bora Ombak Putrajaya itu. Peminat rata-rata mengucapkan tahniah buat mereka berdua. Bukan saja gembira Bella sudahpun menemui kebahagiaan tetapi kerana terpesona dengan kecantikan majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 9.30 pagi tadi.
Jom tengok coret-coret majlis tersebut.
Bella Memilih..
Koleksi Mimpi Kita Bridal untuk rekaan baju akad nikah. Bersesuaian dengan skala pelamin yang agak besar, dress Bella lengkap dengan skirt dari fabrik chiffon untuk memberi ilusi ‘light’ pada bahagian bawah.
Untuk majlis resepsi pada malam ini pula, REMAJA percaya Bella sekali lagi memilih Mimpi Kita Bridal berdasarkan foto dress kedua yang dimuat naik oleh pemilik, Nurul Zulkifli.
Siapa Bridemaids..
Bukan biasa-biasa okay gadis peneman Bella pada hari ini. Antara yang dilihat memegang dulang hantarannya ialah Mira Filzah, Nelydia Senrose, Elfira Loy serta 5 lagi teman baiknya.
Mereka dipercayai menyarungkan baju kurung perak daripada koleksi Ariani RTW memandangkan Bella juga merupakan salah seorang duta jenama tersebut (bersama Mira Filzah).
Solekan Sentuhan..
Siapa lagi kalau bukan Azni Hadi. Walaupun solekan untuk majlis akad ini ringkas tetapi ia bersesuaia dengan baju Bella dan konsep keseluruhan majlis.
Terserlah seri gitu!