Pelancaran Produk Kosmetik Selena Gomez Terhenti, Stok Disimpan Di Rumah

Share

Bukan kita sahaja yang terpaksa dikuarantinkan di rumah, malah selebriti antarabangsa juga kerap berkongsi pengalaman mereka termasuklah Selena Gomez.

Penularan Covid-19 nyata telah mengehadkan aktiviti Selena yang sedang bersiap sedia untuk melancarakn jenama kosmetiknya, Rare Beauty tak lama lagi.

2 minggu lalu, Rare Beauty telahpun melancarkan kempen #WeAreRare dan meminta orang ramai untuuk menghantar kisah peribadi meraka. Itu adalah peluang bagi peminat Selena dipilih untuk menyertai penggambaran ataupun photo shoot untuk kempen pertama mereka.

Itu dua minggu lalu. Kini kempen tersebut telahpun dilapor dibatalkan.


.

Menerusi paparan di Instagram Story, Rare Beauty berteriima kasih kepada peminat Selena yang menghantarkan entri kepada mereka. Ia bermaksud ramai yang menyokong tagline Rare Beauty yang meminta agar semua orang berfikiran positif.

Namun dengan merebaknya wabak Covid-19 di seluruh dunia, mereka memutuskan untuk menangguh penggambaran tersebut ke satu tarikh yang akan diumumkan.

*

Menerusi sesi Live di Instagram sebentar tadi pula, Selena turut mengajak peminatnya agar bersabar dengan pelancaran Rare Beauty dan duduk di rumah buat masa ini.

“Pada setiap hari, saya dan team akan menggunakan facetime untuk membincangkan pelancaran produk Rare Beauty. Seperti yang kamu dapat lihat, ada juga stok yang disimpan di rumah saya. Saya turut gementar untuk menantikan tarikh yang sesuai untuk melancarkannya,” katanya yang jarang sekali muncul menerusi Instagram Live.


.

Meskipun Rare Beauty belum lagi dilancarkan di stor Sephora bermula musim panas 2020, ramai orang yang tidak sabar untuk menantikan kehadirannya. “Ia lebih daripada sekadar jenama kecantikan. Saya mahu kita semua untuk berhenti membandingkan diri masing-masing dan mula menyintai keunikan sendiri,” katanya lagi.

Selena dalam pada itu turut menyertai trend #SafeHandsChallenge dengan memuat naik video cara membasuh tangan yang betul bagi mengelakkan diri daripada penularan wabak.

Published by
webadmin