Sukar sedikitlah hendak melancong ke Thailand secara ad-hoc atau tiba-tiba selepas ini.
Negara Thailand selama ini sudah sinonim sebagai destinasi asing yang popular dalam kalangan pelancong dari Malaysia disebabkan faktor jarak dekat dan mesra-bajet.
Begitupun, situasi tersebut mungkin sekali boleh berubah tidak lama lagi.
Ini setelah Kedutaan Indonesia di Bangkok baru-baru ini mengeluarkan peringatan kepada rakyatnya yang mahu melawat Thailand agar membawa bersama wang tunai minimum 15,000 Baht atau kira-kira RM1,992 dalam tangan.
Bagi pelancong berkeluarga pula, mereka dinasihati membawa wang tunai minimum 20,000 Baht atau RM2,660.
Syarat kemasukan ketat ini adalah bagi mengelakkan risiko tidak dibenarkan masuk ke Thailand.
ARTIKEL BERKAITAN: Pergh! Pelancong Malaysia Paling Ramai Lawat Thailand Pada 2023 – REMAJA
Memetik laporan laman berita Thaiger semalam, Kaunselor Menteri Kedutaan Indonesia di Bangkok, Dewi Lestari berkata kerajaan Thailand dalam satu wawancara rangkaian berita tempatan, RRI dilaporkan sedang mengenakan syarat-syarat ini kepada pelancong asing.
Baru-baru ini, timbul insiden di mana ramai rakyat indonesia yang tidak dibenarkan memasuki Thailand di sempadan kerana tidak mampu membuktikan mereka memiliki keupayaan kewangan dengan jumlah minimum di atas.
Lalu, Dewi Lestari berkata kedutaan Indonesia kini mengeluarkan peringatan tersebut. Iyalah, sudah jauh merantau tetapi perlu pulang hampa. Sakit hati ya kalau perkara tersebut terjadi kepada mana-mana di antara kita di sempadan negara berkenaan.
Selain jumlah wang tunai, pihak imigresen Thailand juga kini memeriksa dengan lebih teliti soal jenayah penipuan pekerjaan dan penyeludupan manusia.
BACA LAGI: Bercuti Ke Thailand, Jangan Lupa Singgah Tempat Makan Sedap Saranan Wanita Ini – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.