Sebelum ini kerajaan telah menetapkan SOP kepada individu yang ingin berkunjung ke Langkawi untuk melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum menaiki pesawat. Kini, pelancong ke Pulau Lagenda itu tidak lagi perlu menjalani ujian saringan RT-PCR atau RTK-Antigen.
Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan beliau berkata, langkah itu diambil selepas kemeteriannya menyemak semula keperluan pengujian status jangkitan dan mendapati peratusan pelancong yang dikesan positif semasa saringan adalah sangat rendah.
Pemberhentian keperluan menjalani ujian oleh pengembara ke Langkawi ini berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2021.
Namun begitu, syarat wajib bagi melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 bagi semua pelancong dewasa masih kekal dan perlu dipatuhi.
Bagi mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsem pula dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan.
Walau bagaimanapun, pengunjung tetap diingatkan untuk mematuhi segala SOP yang diarahkan dan semoga kita dijauhi daripada wabak ini. Dalam keadaan kita bersuka ria, jangan lupa yang wabak COVID-19 ini masih wujud.
Apa-apa pun stay safe guys!
Sumber: (1)