



Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘Serigala Jahat’ Muncul Dengan Jualan Buku Berbahasa Melayu Pertamanya

Well, well. Out with the Big Bad Wolf. Here comes Serigala Jahat!
Buat kali pertamanya, laman web e-dagang Big Bad Wolf Books sedang menganjurkan jualan buka secara atas talian untuk bahan bacaan berbahasa Melayu bagi semua peringkat umur pembaca di Malaysia.
Ia demi memupuk tabiat membaca yang lebih meluas tanpa mengira bahasa dan membina generasi pembaca baharu dengan menjadikan harga buku lebih berpatutan dan boleh dimiliki dengan mudah.
Dikenali sebagai Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT, beberapa nama besar dalam dunia penerbitan telahpun dihimpunkan agar korang boleh mendapatkan bahan bacaan berkualiti pada musim total lockdown ini seperti daripada PTS Media Group Sdn Bhd, Penebitan Pelangi, Penerbitan IMAN dan Buku Fixi.
Antara tajuk bahan bacaan yang REMAJA rasakan tidak harus dilepaskan termasuklah Kapal Terakhir Di Dunia Episod 1 (Teme Abdullah), Stigma (Muharikah), Never Give Up: Jack Ma In His Own Words – Edisi Bahasa Melayu (Suk Lee/Bob Song), How To Talk To Anyone – Edisi Bahasa Melayu, 2020 (Leil Lowndes) dan Apa Khabar Depresi, 2020 (Dr. Sakinah Salleh).
Seperti kebiasaan sewaktu jualan buku Big Bad Wolf terdahulu, korang pastinya enggan melepaskan peluang merebut promosi yang ditawarkan. Pada kali ini, beberapa bahan bacaan bahasa Melayu terpilih boleh dimiliki pada harga dari RM1.00.
Di samping itu, korang juga boleh mendapatkan potongan diskaun tambahan sebanyak 10 peratus (maksimum hingga RM20) apabila membelanjakan hingga nilai minimum RM200 dalam satu traksaksi.
REMAJA juga tertarik dengan tawaran penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia bagi setiap pembelian bersih bernilai RM100 manakala potongan diskaun 50 peratus diberikan untuk penghantaran ke Malaysia Timur (Sabah, Sarawak dan WP Labuan) tanpa perbelanjaan minimum.
Lagipun, Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT ini juga dilakukan secara atas talian. Jadi korang tidak perlu mengabaikan faktor kesihatan dan keselamatan untuk berbelanja dari rumah pada msuim pandemik ini.
Ia telahpun bermula sejak 11 Jun (Jumaat) dan akan berlangsung hingga 17 Jun (Khamis) kelak.
PERADUAN MENANGI E-GIFT CARD BERNILAI RM50
Khas sempena Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT pada kali ini, REMAJA dan Big Bad Wolf Books ingin memberi peluang untuk korang membawa pulang e-Gift Card bernilai RM50 yang boleh dibelanjakan sepanjang tempoh jualan ini.
Caranya mudah saja. Korang hanya perlu menjawab jawapan kepada 2 soalan di bawah. Hantarkannya bersama butiran peribadi ini menerusi DM di Instagam Majalah Remaja.
SOALAN
1) Namakan tiga (3) syarikat penerbitan tempatan yang terlibat dalam Jualan Buku Online Serigala Jahat kali ini.
2) Lengkapkan SLOGAN berikut: Saya ingin memenangi e-Gift Card ini kerana..
BUTIRAN PERIBADI
Nama Penuh :
Alamat :
Emel :
No Telefon (HP) :
*
Sekali lagi, kami ingatkan korang untuk menghantarkannya jawapan bersama butiran peribadi menerusi DM di Instagam Majalah Remaja. Tarikh tutup penyertaan adalah pada jam 3.00 pm pada 13 Jun 2021.
All the best guys!
Untuk maklumat lanjut mengenai Big Bad Wolf Books, LAYARI LAMAN WEB mereka atau dapatkan info terbaru menerusi PAUTAN MEDIA SOSIAL ini.
Vaksin Pfizer Kurang Berkesan Pada Obesiti, Kajian Saintis Buktikan

Vaksin Covid-19 dari syarikat farmasi terkenal dunia Pfizer-BioNTech baru tiba di Malaysia Februari lepas. Vaksin tersebut kini diagihkan kepada frontliner seperti kakitangan kesihatan, polis dan tentera serta diikuti dengan mereka yang berada dalam kumpulan risiko seperti orang tua, penyakit tidak berjangkit dan penyakit pernafasan kronik.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), vaksin Pfizer sebanyak dua dos sangat diperlukan bagi membekalkan imuniti yang mencukupi kepada setiap penerima. Suntikan buat pertama kalinya telah menemui reaksi imun yang lemah selepas beberapa mingu kumpulan penerima mengambil dos yang pertama.
Kemudian dos kedua pula diberikan kepada kumpulan penerima yang sama selepas 3 minggu. Dos kedua yang diberikan ini bertujuan untuk melihat keupayaannya dalam mencegah penularan wabak ini.
Tidak cukup 2 dos
Namun, satu kajian yang dilaporkan Mirror UK, para saintis di Itali mendakwa suntikan dua dos vaksin Pfizer kurang menampakkan kesan perlindungan kepada golongan obesiti atau sesiapa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30.
Kepada golongan obesiti atau terlebih BMI, para saintis Itali secara kerasnya mendakwa bahawa golongan ini dipercayai memerlukan kadar dos suntikan vaksin Pfizer yang lebih banyak berbanding dua dos suntikan seperti disarankan oleh Pfizer untuk melindungi diri daripada terjangkiti COVID-19.
Walau bagaimanapun, kajian ini masih belum ada kata sepakat yang kukuh untuk mengesahkan bahawa suntikan vaksin Pfizer ini kurang berkesan kepada golongan obesiti kerana berdasarkan ujian suntikan vaksin Pfizer terhadap 248 orang obesiti di Institut Fisioterapici Ospitalieri di Rom, hanya 26 peserta sahaja dilaporkan mendapat separuh perlindungan antibodi daripada suntik vaksin Pfizer ini.
Untuk semak BMi korang : Klik disini
Jelas sekali walaubagaimanapun kita kena menjaga kesihatan dan elakkan BMI berlebihan. Virus ini tidak mengenal umur dan mampu untuk menjangkiti sesiapa sahaja. Tidak kira sama ada obes atau tidak, kita seharusnya menjaga kesihatan dengan lebih baik lebih-lebih lagi dalam waktu sekarang ni.
Sumber : Mirror UK
Daftar Dengan SPR Hari Ini Jika Enggan Terlepas Peluang Mengundi

Polemik #Undi18 yang masih diperkatakan sekarang nampaknya masih tidak menampakkan jalan penyelesaian.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penangguhan Undi 18 kepada Septemmber 2022 adalah disebabkan oleh beberapa proses yang perlu mereka laksanakan secara berperingkat.
SPR dalam pada itu didesak untuk mengeluarkan laporan perkembangan perlaksaan pemilih automatik ini bagi membuktikan bahawa usaha itu berjalan secara sistematik di mata rakyat yang menilai.
Apapun, isu ini masih berterusan dan nasib pengundi berusia 18 tahun hingga 21 tahun masih samar sekiranya benar Pilihan Raya Umum (PRU) akan dijalankan pada tahun ini. Ia bermakna mereka akan terlepas peluang untuk mengundi buat kali pertama.
Namun begitu, untuk korang yang telahpun berusia 21 tahun ke atas dab masih belum mendaftar sebagai pengundi, lakukan tanggungjawab masing-masing dengan mendaftar pada hari ini!
Ini kerana nama calon pemilih yang didaftarkan dalam suku pertama tahun ini hanya boleh diluluskan pada bulan Julai kelak. Seandainya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PRU ke-15 pada bulan Ogos ini (seperti spekulasi yang kian kencang diperkatakan), korang masih sempat untuk bergelar pengundi.
Caranya mudah saja, daftarkan akaun dan isi borang A sebagai pengundi baharu. Jangan sesekali lupa untuk mengisi borang A tersebut kerana seseorang tidak akan didaftarkan sebagai pengundi tanpanya.
Semasa mengisi borang, pendaftar akan diminta untuk mengisi penuh, mengambil foto kad pengenalan dan berswafoto bersama kad pengenalan sebagai bukti pengesahan identiti.
Bagi mereka yang berkesempatan untuk singgah ke pejabat pos pada hari ini, proses pendaftaran amatlah mudah. Korang hanya perlu ke sana dan katakan ingin mendaftar sebagai pengundi. Pegawai akan meminta Kad Pengenalan dan siap!
Jangan menunggu hingga tarikh 1 April esok kerana nama pemilih akan secara automatiknya dimasukkan ke dalam pendaftaran suku kedua 2021. Paling awal, pendaftaran tersebut akan lulus pada awal bulan September.
*
Untuk pengetahuan, mereka yang pernah mendaftar sebelum ini tidak dikehendaki untuk mendaftar semula.