Pelari Hijabi Kebangsaan Paling Unggul Di ASEAN, Emas 100m Untuk Malaysia

Share

 

Gelaran ratu pecut diraih oleh atlet olahraga kebangsaan, Azreen Nabila Alias setelah berjaya meraih emas bagi acara 100 meter wanita di kejohanan Sukan Universiti EMAS (AUG) 2022 yang sedang berlangsung Stadium Sisaket City, Thailand.

Azreen mencatatkan masa 11.88s bagi mengungguli acara tersebut mengatasi seorang lagi pelari kebangsaan, Nor Sarah Adi di tempat kedua dengan catatan 11.97s. Sementara itu, atlet tuan rumah, On-Uma Chattha pula berpuas hati dengan pingat gangsa setelah mencatatkan 12.41s.

Kata atlet kelahiran Terengganu itu kepada pemberita dari Malaysia di sana, dia tidak menjangkakan kejayaan terssebut memandangkan keadaan kesihatannya yang sedikit merosot sejak kelmarin.

“Saya cuma hendak lakukan yang terbaik dan pegang kata-kata jurulatih. Kemenangan ini ternyata menggembirakan saya apabila dapat tebus semula kekalahan sebelum ini,” katanya.

Terdahulu pada tahun lalu, Azreen pernah mencipta fenomena di Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila merekodkan dua catatan masa di bawah 12s termasuk satu rekod peribadi terbaik 11.77s.

ARTIKEL BERKAITAN : Pelumba Pecut Berhijab Negara Curi Tumpuan Dunia, Ini 8 Fakta Tentang Azreen Nabila – REMAJA

Turut menyumbang pingat emas daripada kem olahraga Malaysia ialah atlet lontar peluru, Kamal Farhan A Rahman menerusi lontaran sejauh 16.47 meter. Manakala enam lagi atlet olahraga lain telah menghadiahkan pingat perak untuk Malaysia menerusi Sarah Adi, Nurul Hidayah Lukma (baling tukul besi), Mohamad Amirul Arif Mohd Azri (1,500m), Teoh Kim Chyi (400m), Muhammad Firdaus Mohamad Zemi (400m) dan R.Kirthana (lompat kijang).

BACA LAGI : Perenang Negara, Low Zheng Yong Raih Emas Pertama Di Sukan Universiti Asean – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ