Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman, 52, telah meninggal dunia pada 26 Januari 2022 kira-kira jam 8 malam.
Menerusi laporan mStar, menurut adik allahyarham, Hasenah, Pian ditemui dalam terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam bilik air oleh ibunya.
Ujarnya kepada portal tersebut, “Mak jumpa arwah dah terbaring dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi. Bawa ke hospital dan dapat pengesahan kematian daripada doktor pada pukul 10.30 malam.”
Ads
Ketika bersama kumpulan Cecupak.
Menurut adik allahyarham lagi, arwah abangnya itu mungkin meninggal dunia disebabkan penyakit jantung kerana memiliki sejarah menghidap penyakit tersebut sejak 2018.
Kemunculannya menerusi rancangan realiti Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1990-an dan kemudiannya menyertai kumpulan Cecupak merupakan titik tolak penglibatan allahyarham dalam industri hiburan Malaysia.
Ads
Pian Cecupak ketika zaman mudanya.
Walaupun tidak sepopular kumpulan lawak Senario, namun kumpulan Cecupak memiliki peminat mereka yang tersendiri.
Ads
Pian pernah berkahwin namun bercerai pada 2000, hasil perhubungan tersebut dia dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat mereka yang belum maklum, pada 1 November 2023 lalu, Lee Seung Gi dan Lee Da In telah mengumumkan berita bahawa mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung yang bakal tiba tidak lama lagi.
Maka tidak hairanlah apabila pada pagi ini (6 Februari), agensi Lee Seung Gi berkongsi kenyataan berikut:
“Hello. Ini Human Made.
“Kami ingin menyampaikan berita gembira bahawa pasangan Lee Seung Gi dan Lee Da In telah melahirkan seorang anak perempuan pada petang 5 Februari.
“Kedua-dua ibu dan anak itu berada dalam keadaan sihat, dan Lee Seung Gi juga ingin mengekspresikan rasa kesyukurannya dan gembira kerana berjaya menimang cahaya mata dalam keadaan selamat.
“Tolong kirimkan kasih sayang dan sokongan yang padu kepada pasangan Lee Seung Gi dan Lee Da In yang sedang menyambut ahli keluarga baharu mereka. Terima kasih.”
Buat makluman, setelah mendedahkan hubungan mereka kepada umum buat pertama kali pada Mei 2021, Lee Seung Gi dan Lee Da In telah mengadakan majlis perkahwinan peribadi mereka pada 7 April 2023 yang telah dihadiri ramai bintang sensasi Korea Selatan lain.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada pasangan bahagia ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Ayda Jebat sebelum ini yang terpaksa meninggalkan cahaya mata sulungnya, Ana Nayla atas tuntutan kerja di Taiwan bagi menjalani sesi pengambaran mempromosi negara itu memaklumkan akan turut membawa bayi dan keluarganya ke sana, pada waktu akan datang.
Selain itu, penyanyi lagu popular Temberang itu juga menyifatkan Taiwan adalah negara yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga selain memberitahu negara berkenaan adalah mesra muslim dan pelbagai lokasi menarik yang wajib dikunjungi.
“Pertama kali ke Taiwan, saya pergi bersama suami. Tetapi Insya-Allah, kali kedua nanti kita akan pergi bersama keluarga dan anak saya. Banyak lokasi-lokasi baharu yang saya mahu kunjungi selain lakosi yang saya telah jejak sebelum ini untuk membawa baby.
“Ada juga yang tanya kepada saya, Taiwan ini family friendly tak dan sesuai ke untuk membawa keluarga. Ya, sangat sesuai kerana banyak tempat yang menarik seperti pusat beli belah, taman tema, serta tempat nature mereka amatlah cantik.
“Jadi, anda semua boleh menikmati pemandangan dan sebagainya sewaktu di sana. Sebelum ini saya pergi semasa musim sejuk, jadi pada kali ini saya ingin pergi ke sana pada musim yang lain pula,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, Ayda turut berkongsi dia dan suaminya yang juga hos, Nabil Mahir akan membuat persediaan awal dari segi kelengkapan puteri kesayangan mereka dan melakukan perancangan yang rapi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku apabila melancong mahupun ke mana-mana sahaja.
“Sejujurnya, bukan sahaja pergi melancong tetapi jika keluar seketika pun banyak barang anak yang saya bawa. Penuhlah berbeg-beg. Sewaktu kami melancong dalam Malaysia pun banyak juga barang yang perlu dibawa.
“Bagi saya, kalau nak pergi jauh kita perlu rancang betul-betul. Alhamdulillah, apabila bayi saya sudah besar ini, kurang sedikitlah barang yang kami bawa,” ujarnya panjang.
Sebelum ini, perkongsian Ayda di media sosial menjadi perhatian apabila dia suami dilihat menangis kerana terpaksa meninggalkan anak mereka atas urusan kerja tersebut.
Menerusi video dikongsikan itu, Ayda dan Nabil tidak dapat menahan air mata dan menangis ketika dalam perjalanan untuk ke lapangan terbang untuk ke Taiwan selama 12 hari.
Sekadar informasi, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan projek promosi baharu, Salam Taiwan 2023 dan melantik aktres jelita, Ayda Jebat sebagai Duta.
Menerusi slogan ‘Destinasi Sensasi Mesra Muslim’, sebuah video promosi Salam Taiwan 2023 akan dilancarkan terlebih dahulu, dengan harapan untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim untuk memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan mereka, berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Ayda sendiri.
Selain itu, suami tercinta bintang itu yang juga pelakon dan pengacara, Nabil Mahir, turut membuat penampilan dalam video promosi tersebut, sekaligus menyerlahkan detik-detik manis serta romantik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kasih sayang seorang bapa, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya.
Namun, kisah bintang terkenal Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) ini bagaikan filem Anakku Sazali filem arahan Tan Sri P. Ramlee pula.
Rasuah Biro Kawalan Narkotik (NCB) India
Makan tidak, SRK didakwa merasuah pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) India untuk menggugurkan pertuduhan kes dadah melibatkan anaknya, Aryan Khan. Menurut laporan Sinar Harian, SRK dikatakan menawarkan wang berjumlah 200 juta rupee (kira-kira RM13 juta), kepada pegawai NCB, Sameer Wankhede.
Minggu lalu, beberapa orang pegawai dari Biro Penyiasat Pusat India (CBI) membuat satu serbuan di rumah Wankhede berhubung kes berkenaan.
Menafikan dakwaan tersebut, Wankhede berkata dirinya kini sebenarnya sedang diuji kerana rasa cintanya terhadap negara.
“Saya mendapat ‘ganjaran’ kerana menjadi seorang patriot. Seramai 18 orang pegawai CBI datang menyerbu kediaman saya.
“Mereka menggeledahnya selama lebih 12 jam manakala isteri dan anak-anak saya sedang berada di dalam rumah pada waktu itu,” katanya.
Sumber Foto : BBC
Terdahulu, Aryan berjaya dibuktikan merupakan seorang pengguna bahan terlarang sejak beberapa tahun lalu selepas siasatan dilakukan setakat ini. Malah, media di India juga melaporkan bahawa Aryan mungkin sekali terlibat dengan sindiket kartel dadah antarabangsa berdasarkan rekod perbualan di antara Aryan dan anggota kartel menerusi aplikasi WhatsApp.
Namun, Aryan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebelum kes terhadapnya digugurkan kerana kekurangan bukti.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...