Jocelyn yang berada dalam program Comedy Cellar membandingkan negaranya, Singapura dengan Malaysia dan mengatakan pemimpin ketika itu membuat keputusan tepat untuk keluar daripada gabungan Malaysia.
Dengan nada persenda beliau mengatakan Malaysia masih lagi negara membangun jika nak dibandingkan dengan Singapura yang sudah pun mencapai First World Country.
Melampau!
Terbaru, memandang serius perkara ini Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, beliau sangat terkejut atas lawak jenaka melampau yang dibuat Jocelyn semasa membuat pementasan komedi berdiri baru-baru ini.
“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain. Chia yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.
“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala dalam satu kenyataan.
Vanu Gopala berkata demikian bagi mengulas persembahan pelawak yang berasal dari Singapura itu.
Dalam pada itu, Vanu Gopal turut berkata bahawa sebagai jiran terdekat, Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan yang kukuh dari pelbagai peringkat. Ikatan itu dilihat cukup mendalam bagi kedua-dua buah negara.
“Kita juga mempunyai hubungan sejarah yang unik dan hubungan yang erat antara rakyat dengan rakyat.
“Komen-komen seperti yang dibuat oleh Chia tidak membantu dan merosakkan kepercayaan dan persahabatan rapat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyatnya,” tegas Vanu Gopal lagi.
Terdahulu, menerusi video tular berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik di laman sosial TikTok. Pelawak itu menyifatkan pembangunan Malaysia sebagai jauh ketinggalan berbanding negara Singapura yang bergelar negara maju. Terutamanya selepas Singapura berpisah dengan Tanah Melayu 40 tahun lalu. Selain menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenakanya.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan lawak terbabit kerana apa yang dikatakan tersebut biadap dan tidak sensitif dengan tragedi yang berlaku walaupun sudah bertahun lamanya.
Sumber: Astro Awani
BACA LAGI : Kelahiran Menurun, China Beri Cuti Kahwin 30 Hari Dengan Gaji Penuh
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.