Pelakon dan pelawak negara, Hamid Gurkha telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.19 petang tadi akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Khabar duka ini disampaikan sendiri oleh anak bongsunya, Nor Ashita Hamid. Nor memberitahu doktor mengesahkan arwah bapanya mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.
Menurut laporan Berita Harian, anak-anak Allahyarham redha atas pemergiannya ini selepas enam hari dimasukkan ke hospital. Jelasnya lagi, jenazah masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.
Pihak keluarga masih tidak dapat menjangkakan bila pengembumian akan dilaksanakan, mungkin hari ini atau esok. Mereka berharap agar urusan pengebumian dapat dipercepatkan.
Ads
Sebelum ini, arwah berada dalam keadaan tenat tetapi tidak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Ahli keluarga menafikan berita arwah dimasukkan di ICU kerana keadaannya stabil dan terkawal selepas dirawat di hospital akibat selepas mengalami batuk teruk.
Antara filem-filem lakonan Allahyarham termasuklah Jejaka Perasan, Gila-Gila, Zombi Kampung Pisang dan banyak lagi. Pemergian legenda ini sudah pasti akan dirindui peminat, lebih-lebih lagi mengingatkan telatahnya lucunya di kaca televisyen.
Ads
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan sama-sama kita doakan agar arwah pak Hamid Gurkha ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
2023 pastinya buka lembaram baharu buat para ‘Travelers’ bagi melancong luar negara mahupun di dalam negara sendiri. Ada juga yang sudah pun mempunyai ‘plan’ sepanjang tahun ini untuk melawat lokasi menarik serata dunia.
Selain tujuan bagi merehatkan diri daripada ‘kelelahan’ bekerja, mengelilingi dunia juga dapat membuka mata dan mempelajari perkara baharu ketika berkunjung di tempat menarik. Namun begitu, ada segelintir juga meletakkan tujuan melancong mereka sebagai ‘tiket’ untuk menunjuk-nunjuk kepada followers di media sosial sahaja.
Bagi pengacara dan usahawan popular, Neelofa, peluang mengelilingi dunia harus dinikmati sebaiknya dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk dengan memuat naik sesebuah kandungan di media soal semata-mata.
Selain itu, dia juga menyifatkan jumlah tanda suka dan tontonan yang akan diterima hanyalah kepuasan bersifat sementara.
“Awak berjalan mengembara untuk melihat dunia atau dunia yang melihat awak? Rasai dan nikmati setiap perkara kecil yang berlaku di sekeliling anda, bukan semuanya soal mencipta kandungan di media sosial.
“Jangan tertipu dan puas dengan likes dan views, ia hanya memberi kepuasan kepada anda untuk sementara waktu sahaja,” coretnya panjang.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada penceramah popular, Haris Ismail itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya, baru-baru ini.
Dalam masa sama, bekas pengacara rancangan MeleTop itu turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan sifat ‘menunjuk-nunjuk’ tersebut.
“Berhati-hati dengan perkara yang membuatkan anda merasa cepat puas dan bukan pasal konten anda. Percayalah mengenai perkara ini, kerana tahun-tahun yang sudah telah mengajar saya tentang ini,” tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita penutupan stor fesyen seperti Esprit dan khabar angin yang mengatakan stor ZARA turut terkesan disebabkan tempoh kuarantin di seluruh dunia telah mengecewakan ramai peminat fesyen.
Apapun, tidak semua stor berdepan dengan isu tersebut. Malah ada beberapa stor yang masih melakukan promosi jualan dan juga melancarkan koleksi terbaru.
Jom tengok di mana harus kita shopping pada minggu ini.
01
GUESS
Di bawah kelolaan FJ Benjamin, barangan Guess kini boleh dimiliki secara online di laman web mereka yang baru dilancarkan.
www.guess.my menawarkan hampir kesemua item fesyen yang boleh korang temui di stor fizikal Guess semudah satu klik saja.
Sempena pelancaran Guess Online ini, mereka sedang menawarkan diskaun RM100 untuk semua barangan di laman web tersebut dengan belian minimum bernilai RM300 ke atas. Gunakan kod promo GUESS100 dari sekarang hingga 21 Jun ini.
02
H&M
Bermula sekarang hingga 3 Ogos ini, nikmati diskaun sehingga 50 peratus di stor H&M seluruh negara. Inilah masanya untuk korang stock-up pakaian basic yang baru. Tinjauan penulis di stor H&M mendapati masih banyak saiz yang boleh dimiliki.
Tambahan pula, ada baju hoodie, kemeja, skirt dan baju T semurah RM15 dijual.
Jadi pastikan korang cepat-cepat rebut okay.
03
UNIQLO
Gotta catch ‘em all!
Betul tu, kamu harus cuba untuk memiliki kesemuanya! Walaupun UNIQLO tidak menyediakan promosi seperti dua lagi jenama yang disebutkan di atas, namun mereka giat mengeluarkan koleksi Uniqlo T-shirt selang beberapa minggu. Aktif sangat dan langsung tidak terganggu dengan keadaan ekonomi.
Hari ini merupakan hari pelancaran koleksi Daniel Arsham x Pokemon UT yang hangat diperkatakan. Baju T yang ditawarkan memaparkan lukisan dan arca Pokemon yang dihasilkan oleh Daniel.
Dijual pada harga RM59.90 (lelaki dan perempuan) dan RM39.90 (kanak-kanak), penulis pasti ia akan sold out dengan pantas.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal pelakon terkenal negara seberang ini, Putri Marino. Kini, nama baiknya dari hari ke hari semakin meniti dari ke bibir para peminatnya selepas memegang watak Kinan menerusi sebuah naskhah bersiri, Layangan Putus.
Kehandalannya menjiwai watak dalam siri tersebut telah menerima pujian yang luar biasa dari para pecinta drama. Malah, ramai yang menyifatkan Marino sangat padan melakonkan watak tersebut.
Terbaharu, pelakon ini membintangi filem aksi komedi Indonesia pertamanya berjudul The Big 4 arahan Timo Tjahjanto. Filem yang berkisarkan tentang seorang detektif yang mematuhi undang-udang yang menyiasat kematian bapanya dan mengikut jejak pembunuh ke sebuah pulau tropika itu sudah menemui penonton Netflix sejak 15 Disember 2022.
Berikut adalah beberapa fakta menarik Putri Marino:
Nama & Kelahiran Putri Marino
Nama panjang pelakon ini ialah Ni Luh Dharma Putri Marino dan merupakan kelahiran Denpasar, Bali, Indonesia pada tanggal 4 Ogos 1993.
Mula Karier Seni Sebagai Pengacara.
Putri Marino memulakan karier dalam industri seni tempatan menerusi rancangan kembara My Trip My Adventure. Dia telah berjaya mengisi program tersebut dengan menerokai beberapa lokasi yang indah di serata Indonesia. Ya, tidak hairanlah mengapa akaun Instagram miliknya dipenuhi dengan momen-momen perlancongan di negara tercintanya.
Heroin Siri Popular Layangan Putus
Naskhah tempatan yang berjaya meraih popularitinya tersendiri sekitar November tahun lalu, bukan sahaja ditonton masyarakat Indonesia, malah berjaya menarik perhatian penonton Malaysia. Sekaligus, bintang si cantik manis ini yang memegang watak sebagai Kinan dalam siri tersebut mampu membuatkan penonton turut sama terbawa-bawa dengan karakter ‘isteri tersakiti’ akibat kecurangan suaminya. Selain itu, Marino turut membawa watak berkenaan dengan sukses sehingga popularitinya semakin melonjak.
Isteri Kepada Pelakon Chicco Jerikho
Mungkin ada yang sudah mengetahui Putri Marino ini adalah salah seorang peminat pelakon kacak Indonesia, Chicco Jerikho. Siapa sangka, bak kata pepatah juga jodoh tidak ke mana, kini jejaka berketurunan Thai itu telah menjadi suami kepadanya. Putri Marino secara sah bergelar isteri kepada Chicco Jerikho pada Mac 2018, di Bali. Hasil perkahwinan, pasangan dua sejoli itu juga telah dikurniakan puteri tercinta, Surinala Carolina yang dilahirkan pada tanggal 24 September 2018.
Raih Pencapaian
Berkat lakonannya yang memukau dalam karya Posesif, pelakon ini berjaya dicalonkan dan menang dalam kategori Pelakon Utama Wanita Terbaik pada Anugerah Festival Filem Indonesia (FFI) 2017, yang diadakan pada November tahun lalu. Selain itu, Putri Marino juga berjaya mengenggam piala citra bagi Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik menerusi filem Losmen Bu Broto.
Berdarah Kacukan Itali-Bali
Bintang ini merupakan anak pertama daripada tiga beradik dan dia juga merupakan anak kepada Francesco Marino dari Itali dan Marianna Rupadmi dari Bali, Indonesia. Dengan percampuran darah Itali-Bali ini membentuk figura Putri Marino yang sangat jelita seperti remaja walaupun kini sudah mempunyai cahaya mata. Sekadar informasi, salah seorang adiknya, Sitha Marino juga kini mengikut jejak langkahnya menceburi dunia hiburan tanah air.
Pereka Fesyen
Antara fakta menarik yang ramai tidak tahu mengenai wanita adalah sebelum menjejakkan kaki di layar skrin, Putri Marino pernah bekerja sebagai pereka fesyen di sebuah butik pakaian di Denpasar, Bali, Indonesia. Ia kerana, pelakon ini pernah belajar dalam bidang fesyen di Itali selama beberapa tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...