Susulan penularan video berdurasi 54 saat di media sosial tempatan yang memaparkan aksi seorang pelawak komedi solo (stand up comedian), wanita tersebut muncul menerusi video siaran langsung di saluran YouTube-nya petang semalam.
Wanita yang dikenali sebagai Siti Amira Natasha Abdullah itu telah mencetuskan kontroversi dan menjadi mangsa kecaman orang ramai termasuklah para pendakwah,selebriti, pempengaruh dan pelawak setelah menanggalkan tudung dan persalinan baju kurung di atas pentas. Ia berlaku selepas Siti Amira atau Amy memperkenalkan dirinya dan mengaku telah menghafaz 15 juzuk surah Al-Quran sebagai sebahagian daripada konten jenakanya.
Sedar dirinya menjadi bahan kecaman apabila video persembahannya itu tular di media sosial, Amy menerusi sesi siaran langsung di YouTube itu menyatakan dia masih menganut agama Islam dan berbangga menjadi seorang Muslim.
Turut muncul ialah teman lelaki Amy yang dikenali sebagai Alex. Apabila diajukan soalan tentang video yang tular, Alex menghalang Amy daripada menjawab kerana enggan kenyataan mereka disalah tafsir.
Begitupun, Alex mempertahankan Amy dengan menyifatkan teman wanitanya sebagai seorang yang berpegang pada ajaran Islam. Alex juga tidak mempunyai halangan untuk memeluk agama Islam apabila tiba masa untuk mereka berkahwin, tidak lama lagi.
Ads
Ketika ditanya sama ada Amy gemar bertelanjang di depan khayalak seperti aksinya dalam video itu, Alex menafikannya.
“Saya tidak rasa jika dia seronok berbogel di khayalak,” ulasnya. Video siaran langsung semalam bagaimanapun telah diturunkan oleh pasangan itu.
Ads
Tinjauan REMAJA terhadap saluran YouTube Amy mendapati dirinya tidak lari daripada membahaskan topik-topik hubungan seksual secara terbuka. Malah menerusi beberapa video, Amy tidak segan mengenakan pakaian baju dalam sahaja. Ada juga video di mana Amy mengenakan tudung sambil berkongsi tip ‘dating’ untuk pengikutnya.
Terdahulu semalam, REMAJA melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil maklum akan video yang tular dan akan menyiasatnya. Manakala, pihak kelab komedi di Taman Tun Dr. Ismail yang menjadi lokasi penganjuran acara terbabit telah membuat laporan polis berikutan kes ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Okay, kami bukan saja nak buat cerita ya… dah memang betul!
Tapi pelik juga.
Kafe yang premium seperti Starbucks Malaysia pun boleh mempunyai isu kebersihan seperti kedai di tepi jalan jugakah sehinggakan boleh ‘menternak’ tikus pula di dalam kedai?
Relax guys, walaupun memang benar ada tikus di Starbucks, bukanlah bermaksud ia adalah tikus sebenar yang berkeliaran.
Ia merupakan patung hiasan one-of-a-kind untuk koleksi Starbucks x Royal Selangor Bearista Buddy (Tikus) yang merupakan satu lagi merchandise istimewa yang dikeluarkan oleh Starbucks pada bulan Ogos ini.
Selain daripada merchandise seperti coffee sachet dan tumbler, kini korang boleh lihat patung hiasan ini diletakkan di rak dan kaunter.
Patung tersebut diperbuat daripada bahan pewter berkualiti tinggi oleh Royal Selangor untuk menyerupai 12 haiwan dalam kalendar zodiak. Pada setiap tahun, satu haiwan lain akan diperkenalkan Starbucks mengikut zodiak pada tahun tersebut dan 2020 merupakan tahun tikus.
Dijual pada harga RM228 (not bad untuk aksesori pewter), hanya 880 patung hiasan saja akan dijual di stor Starbucks terpilih di seluruh negara bermuula 28 Ogos ini. Terdapat juga edisi khas yang dijual pada harga RM388 dan RM680. Tentunya, ia lebih eksklusif dan akan digemari oleh penggemar barangan edisi terhad Starbucks.
Pada kami, ini adalah satu kerjasama baik oleh Starbucks dan Royal Selangor untuk memeriahkan lagi coffee scene di Malaysia seperti yang selalu kita lihat dilakukan oleh Starbucks di luar negara.
Sekurang-kurangnya, Malaysia mempunyai barangan yang hanya boleh didapati di sini saja. Sebelum ini, Starbucks ada mengeluarkan koleksi tempatan seperti tumbler bersama pereka fesyen, Rico Rinardi.
Diharap selepas ini, lebih banyak lagi kolaborasi yang dilakukan kerana sememangnya, orang Malaysia kan kreatif-kreatif belaka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kematian individu yang bernama George Floyd telah mencetuskan tunjuk perasaan di Amerika Syarikat dengan seruan agar keganasan pihak polis serta sikap perkauman dihentikan.
George Floyd adalah lelaki berkulit gelap yang telah meninggal dunia selepas seorang pegawai polis Minneapolis ‘melutu’ di atas lehernya selama beberapa minit. Mangsa dalam keadaan tertiarap sambal menjerit “saya tidak boleh bernafas”, namun ia tidak dipedulikan.
Susulan daripada kejadian ini, ada segelintir remaja di luar negara melakukan satu trend di media sosial yang disebut sebagai ‘George Floyd Challenge’.
Namun begitu, cabaran itu dikenakan tindakan oleh pihak media sosial kerana hasil carian #GeorgeFloydChallenge telah pun hilang di Facebook dan di Instagram pula, ia turut mendapat amaran ‘Hashtag is Hidden’.
Pihak polis telah menyiasat gambar yang dikongsi di media sosial dengan menunjukkan dua orang lelaki meniru kematian George Floyd baru-baru ini.
Siasatan yang dijalankan mendapati pegawai polis telah menahan dua orang lelaki yang berusia 19 tahun dan seorang lelaki berusia 18 tahun kerana disyaki melakukan provokasi yang menjurus kepada kegelisahan serta gangguan kepada masyarakat dan keluarga mangsa.
Namun, kesemua tahanan telah dibebaskan dengan jaminan. Walau bagaimanapun, isu ini dipandang serius dan pihak polis sedang menyiasat kesemua remaja yang telah melakukan challenge ini.
Haih, macam-macamlah. Isu serius seperti ini pun boleh dibuat main. Jangan ada masyarakat Malaysia yang cuba main challenge ini pula ya. Awas!
Baru saja peminat happy mendengar berita ahli kumpulan EXO, Kai bercinta dengan Jennie Blackpink pada empat bulan lepas dan kini khabarnya pasangan ini telah pun berpisah.
Koreaboo melaporkan bahawa Kai dan Jennie masing-masing tidak bersedia untuk meneruskan hubungan ini kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjaya mereka.
Pasangan ini dilaporkan bercinta pada sekitar Oktober tahun lalu apabila foto mereka berpimpinan tangan di sebuah taman telah pun tersebar.
Dan pada 1 Januari lalu, SM telah mengesahkan bahawa mereka telah secara rasmi menjalinkan hubungan cinta secara public.
Namun begitu, nampaknya hubungan Kai dan Jennie seperti tidak mampu untuk bertahan lama.
Walau bagaimanapun, SM telah mengeluarkan statement rasmi bahawa mereka telah pun berpisah secara rasmi.
Mungkin ramai yang frust dengan berita perpisah ini, tapi nak buat macam mana Jennie dah kembali SOLO.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...