Pelentik Bulu Mata Daripada dUCK Cosmetics Bakal Jadi Item Sold Out Terbaru?

Share

Tak dUCK lah kalau tak sold out.

 

Korang mesti pernah dengar mereka yang tergilakan produk keluaran dUCK bercakap sedemikian.

Hakikatnya, itulah kekuatan jenama yang diasaskan oleh Vivy Yusof ini iaitu kuasa viraliti di media sosial.

Jika dahulu sewaktu koleksi tudung edisi terhadnya dikeluarkan, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh sold out sedangkan paras harga berada pada linkungan premium. Sesetengah kata over-premium

lagi.

Apabila dUCK mengeluarkan koleksi kosmetik pula, ia dilihat lebih mampu milik di kalangan netizen.

 

Instagram

 

Terbaru melalui paparan Instagram, dUCK Cosmetics bakal mengeluarkan eyelash curler atau pelentik bulu mata mereka esok! Dengan tagline ‘Curl It Good’, pihak dUCK menjanjikan pelentik ini memudahkan rutin pagi penggunanya kerana ia mudah memberi impak lentik.

Diperbuat daripada stainless steel, ia juga mempunyai padding ungu iaitu warna asas dUCK, charm berbentuk itik dan juga perkataan dUCK yang diukir padanya.

 

Tiga tarikan utama pelentik bulu mata dUCK Cosmetics, iaitu charm itik, engraved logo dan material stainless steel.

 

Ada pengguna yang menyatakan alangkah lebih baik jika imej itik itu diukir juga. Tapi berapa lah pula harganya weh kalau dah banyak sangat elemen customized. Nanti korang bebel mahal sangat pula.

Penulis juga gemar dengan rekaan kotaknya. Walaupun kecil, corak luarannya sangat catchy (bukan nak bodek tau tapi memang betul!). Malah, magnet yang ada pada penutup membuatkannya terasa lebih eksklusif.

 

Rekaan kotak mereka selalu tak mengecewakan! Love you too, D.

 

Jadi persoalannya, adakah ia akan sold out

di platform online?

Hhm, mungkin sekali selepas ia dilancarkan esok. Namun, korang tak perlu risau kerana dUCK kan masih ada stor fizikalnya. Boleh cuba tengok di sana jika masih ada stok.

Anyway, kami tak sabar nak dapatkannya! Melentiklah bulu mata kami lepas ni.

 

Take our money already!

 

Published by
FZ