Tahniah sekali lagi kepada skuad badminton Indonesia yang berjaya menjulang Piala Thomas semalam setelah menundukkan pasukan China dengan keputusan 3-0.
Kejayaan yang menamatkan keramau 19 tahun Indonesia untuk bergelar juara Piala Thomas itu menjadi realiti setelah persembahan mantap dipamerkan oleh dua orang pemain perseorangannya; Anthony Sinisuka Ginting, 24 dan Jonatan Christie, 24 serta pasangan beregu; Fajar Alfian, 26 dan Muhammad Rian Ardianto, 25.
ARTIKEL BERKAITAN : Tamat Kemarau 19 Tahun PIALA THOMAS, Indonesia Buktikan Skuad MUDA Boleh – REMAJA
Bukan saja kejayaan ini diraikan dengan meriah oleh rakyat Indonesia, malah sebagai seteru jirannya, rakyat di Malaysia turut tumpang gembira piala tersebut kembali dibawa pulang oleh Indonesia ke rantau Asia Tenggara setelah kali terakhir pada tahun 2002; juga menerusi Indonesia.
*
Bagi yang sempat menonton siaran langsung semalam, pastinya korang juga teruja apabila melihat Indonesia melangkah naik ke podium sebagai juara keseluruhan. Bagaimanapun, satu perkara yang mencurigakan adalah mengapa bendera merah putih Indonesia tidak terpampang pada skrin besar di belakang mereka sewaktu upacara penganugerahan?
Tidak seperti negara lain seperti China (naib juara), Denmark dan Jepun yang berdiri megah di hadapan bendera negara masing-masing, Indonesia pula mempamerkan bendera persatuan badminton iaitu PBSI.
Rupa-rupanya, menurut laporan Reauters pada 8 Oktober lalu, Badan Antidoping Dunia atau WADA telahpun menjatuhkan hukuman kepada Indonesia kerana ia tidak mematuhi syarat-syarat serta prosedur antidoping antarabangsa semasa melaksanakan ujian doping di negara mereka.
Turut menerima hukuman sama ialah Korea Utara dan Thailand. Berikut merupakan lima negara atau persatuan yang tidak lepas penilaian WADA dalam soal doping:
Disebabkan hukuman ini juga, Indonesia kini digantung daripada menjadi tuan rumah untuk sebarang kejohanan sukan serantau dan antarabangsa. Bendera negaranya juga tidak dibenarkan berkibaran di kejohanan yang mereka sertai bagi tempoh tertentu kecuali di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.
Bagaimanapun, hukuman ini hanya berbentuk sementara dan boleh dimansuhkan setelah Indonesia melalui proses ujian dengan diawasu pihak ketiga yang dipersetujui. 6 kunjungan pihak ketiga ke lokasi ujian juga perlu ditanggung negara berkenaan.
*
Bagi pihak persatuan badminton Indonesia, mereka menerima hukuman yang dikenakan biarpun mereka mempertahankan ujian antidoping yang tergendala adalah disebabkan pandemik Covid-19 di Indonesia.
Bagi bekas pemain perseorangan badminton Indonesia, Taufiq Hidayat pula, beliau meluahkan kekecewaan terhadap pihak LADI kerana disebabkan mereka, momen bersejarah kali ini tidak lengkap tanpa bendera Indonesia.
Menerusi muat naik di Instagram, Taufiq berkata, “Mengapa dengan LADI dan pemerintah kita? Khususnya Menpora Koni dan Koi? Apa kerja kamu selama ini? Buat malu negara Indonesia saja. Jangan harap jadi tuan rumah Olimpik atau Piala Dunia. Urusan kecil ini juga tidak mampu diuruskan.”
Fuhh, legend dah marah.
*
Anyway, kalau korang masih ingat di Sukan Olimpik lalu, Rusia juga terpalit dengan isu seakan sama dengan Indonesia ini akibat kesalahan antidoping hinggakan atlet dan delegasi mereka tidak dibenarkan mengibarkan bendera Rusia dan memakai pakaian dengan imej bendera Rusia.
Tambah malang, Rusia juga tidak boleh menggunakan nama negara tersebut dan perlu bertanding di bawah nama Russian Olympic Committee (ROC).
ARTIKEL BERKAITAN : Pelik Rusia Dipanggil Sebagai ROC Di Sukan Olimpik? Ini Sebabnya – REMAJA
Sumber : Kompas Indonesia