Pelik tapi benar. Mungkin satu dalam sejuta. Seorang remaja berusia 17 tahun, Muhammad Daniel Mohd Idham langsung tidak pernah makan nasi sejak lahir. Bukan saja nasi tetapi makanan lain seperti aiskrim dia juga tidak menyukainya.
Cubalah, letak makanan enak-enak. Ayam, udang atau sotong dengan pelbagai gaya masakan, remaja ini langsung tidak terliur untuk menjamahnya. Malah kalau dipaksa makan, reaksi mukanya seperti orang mahu termuntah.
Untuk keperluan tenaga, dia hanya minum 15 cawan air susu coklat atau lebih untuk memberinya tenaga tambahan. Disebabkan langsung tidak makan, berat Daniel hanya 45 kg.
Keganjilan dialami remaja yang kini bersekolah di SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bahru (pendidikan khas) menjadikan dirinya popular di sekolah kerana kelainan dialaminya. Hasil pemeriksaan rapi doktor sejak kecil, keganjilan ini disebut sebagai “Eating Disorder” iaitu kegagalan menerima makanan.
Beginilah reaksi Daniel yang baru belajar makan bubur beberapa hari laluSekalipun kurus tetapi Daniel nampak sihatIni adiknya, Irfan Syariffudin yang baru berusia 12 tahun dengan berat 63 kg
Menurut ibunya, Suhaila Saidon, 43 tahun, dia mula menyedari kelainan anaknya dari lahir bila disuapkan bubur. “Memek mukanya seperti tidak dapat menerima makanan. Menangis bila dipaksa makan. Hari demi hari, bulan demi bulan, dari pelbagai pemeriksaan rapi di pelbagai pakar perubatan, akhirnya kami sekeluarga menerima hakikat yang Daniel langsung tidak berminat dengan makanan,” katanya yang berniaga gerai makanan di Kuala Kubu Bharu.
“Puas kami sekeluarga bawa ke pelbagai hospital. Buat macam-macam gimik untuknya supaya dia makan tapi Daniel langsung tak tertarik. Malah pada usianya 8 tahun, pernah pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Nawawi menjemput Daniel ke Radio Era dan Pak Nil cuba suapkan dia airkrim. Memang dia tak boleh makan langsung.
Ads
“Malah dari kecil sehinggalah sekarang pada usianya 17 tahun, baru tahun ini dia cuba-cuba makan bubur cair. Itupun sekadar lalu ditekak sahaja kerana sebaik dia menyuap sesudu bubur, dia akan mengambil air lalu diminum bersama.
“Dalam erti kata lain, Daniel tak makan pun sebenarnya,” katanya yang telah mengisar kurma, badam dan kismis sehalus-halusnya untuk memberikan tenaga tambahan buat anaknya,” katanya memaklumkan makanan itu pun dimakan sesudu sejak setahun lalu. Dipaksa dan bukan dengan rela hati Daniel, jelas Sue.
Sudah puas berubat termasuk hospital dan pengamal perubatan tetapi Daniel masih tidak mahu makan – Sue
Dalam pada itu jelas Suhaila, sebelum ke sekolah, anaknya akan minum lebih kurang tiga cawan susu coklat berjenama ReeVo yang dibekalkan oleh syarikat Ryveera Chocolate (satu kempen dana telah ditububkan bagi membantu Daniel) yang bersimpati dengan nasib remaja ini. Malah dalam tempoh empat hari, anaknya itu memerlukan sekurang-kurangnya 2 kg ReeVo untuk keperluan pemakanannya.
Ads
“Saya sekeluarga sangat bersyukur kepada Executive Directornya, Tuan Haji Sharil yang memberikan bantuan susu coklat ReeVo ini. Sejak meminumnya tubuh Daniel nampak lebih sihat dan jarang sakit. Ia membantu perkembangan fizikalnya malah kelihatan cergas, sama seperti remaja seusianya.
“Dulu saya akui penat dan puas menangis. Kerana bila tahu Daniel tidak boleh makan tanpa sebab yang kukuh. Puas berubat ke sana ke mari termasuk berjumpa pengamal perubatan. Tapi tetap Daniel tak mahu makan. Malah pemeriksaan doktor turut mengesahkan bahawa Daniel mengidap mild disleksia, mild ADHD dan mild autism.
“Alhamdulillah, bila berubah remaja, penyakit ADHDnya sudah berkurangan. Masalah disleksinya juga semakin tiada kecuali autism. Namun Daniel mampu menguruskan dirinya sendiri,” katanya yang mempunyai seorang anak lagi iaitu Muhammad Irfan Sharifuffin, 12 tahun dengan berat 63 kg.
Ads
Daniel bersama Executive Director ReeVo, Tuan Haji Sharil
Tambah Sue lagi, disebabkan keunikan ini, anaknya kerap menerima jemputan untuk berkongsi kisah kehidupannya. Jika semasa kecil Daniel agak ragu-ragu dan menyorok tetapi perkenalan dengan Bob AF banyak mengubah pendirian remaja ini untuk tampil berani.
“Baru-baru ini kami ke UIA. Pakar yang pernah merawatnya kagum dengan keberanian Daniel bercerita di hadapan khalayak ramai. Sebagai ibu, saya begitu gembira dengan perubahan ditunjukkannya. Mungkin kata orang, inilah doa-doa yang sering ditadahkan kepada Allah. Pantang orang ke Makkah, pasti saya kirimkan doa buat Daniel untuk dia merasai nikmat makan ini,” katanya menceritakan anaknya itu pernah kritikal akibat gastrik keterlaluan hingga perlu ditahan wad semasa kecil.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gegar Vaganza 9 menyaksikan barisan penyanyi hebat membarisi senarai finalis. Pada minggu ketujuh pertandingan, Tom atau nama sebenarya, Raja Farah Afzal Raja Ikram akur menjadi peserta keempat tersingkir.
Menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak, Tom berada di kedudukan tercorot dengan mencatat markah hanya 55.20 peratus
Tom yang dahulunya popular sebagai juara rancangan realiti My Starz LG ternyata kelihatan tenang apabila namanya disebut sebagai peserta yang tersingkir.
Bob berada di kedudukan juara dengan meraih markah 85.60 peratus, manakala Shila Amzah dan Tomok pula berada di kedudukan kedua dan ketiga. Mereka masing-masing mengumpul markah sebanyak 84.10 dan 81.50 peratus.
Konsert minggu ketujuh ini telah diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datin Marlia Musa yang menggantikan Datuk Syafinaz Selamat.
Pada konsert minggu hadapan, sembilan peserta yang masih bersaing bakal membawakan lagu yang pernah mengungguli carta.
Antara lagu yang akan dinyanyikan adalah My Baby You (Bob Yusof), Coba (Shila Amzah), Mentera Semerah Padi (Tomok), Hijau ( Dina Nadzir), Rozana (Kumpulan VE), Lelaki Ini (Jaclyn Victor), Widuri (Hazrul Nizam), Tiara (Asheed Def Gab C) dan Laila Namamu Teratas (Fuad Rahman).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasih sayang seorang ibu memang tiada batasannya. Seorang ibu akan sanggup berkorban nyawa demi memastikan anak hidup. Bukan saja mendidik dari kecil, ditatang, dimanja dan dibelai demi memastikan anak membesar sempurna.
Tapi sayang, dalam sesetengah kes, ibu dijadikan musuh. Mereka sanggup bertindak di luar batas tanpa mempedulikan ibu yang pernah mengendong mereka ketika kecil, disuapkan makanan ketika lapar dan dipegang agar tidak jatuh. Seolah-olah menjadi anak derhaka.
Pandanglah gambar-gambar menarik dari seluruh dunia ini. Ternyata kasih ibu memang tiada batasannya. Jangan kata kerja seorang ibu tidak penat. Tanyalah ibu korang, memang penat tapi ibu tak pernah mengeluh sekali pun! Malah senyum lagi adalah.
Memang penat mengasuh anak-anak dari kecilkan tapi ibu akan sentiasa tersenyum. Jadi kalau korang sayangkan ibu, mama, mak, umi atau apa saja panggilan, hargailah mereka selagi ada. Jangan sampai baru menyesal ketika orang yang lahirkan kita ke dunia ini sudah tiada!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah depresi atau kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu berasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Kajian membuktikan isu kesihatan mental di Malaysia, khususnya dalam kalangan anak muda amat serius dan perlu ditangani secara berkesan oleh semua pihak.
Bagi pendapat personaliti media sosial dan Youtuber popular, Shazz Zainuddin, remaja terutamanya golongan Islam seharusnya terlebih dahulu mengingati yang Maha Esa sebelum melakukan perkara yang memudaratkan diri apabila mengalami masalah depresi.
“Bagi remaja atau sesiapa yang mempunyai masalah depresi, walaupun ia adalah klisè seperti ingat kepada Allah dan menjaga solat. Ya, itu adalah nombor satu.
“Saya pun pernah hampir rasa ‘saya nak mati sahaja’ Namun ingat azab dan akan masuk neraka itu membuatkan saya takut. Dan kerana itulah agama nombor satu. Kuatkan iman kita semula, sembahyang serta minta doa kepadaNya.
“Dahulunya saya tidak bercerita masalah kepada keluarga mahupun rakan-rakan, mereka semua tidak tahu. Semua yang saya ingin kongsikan, saya hanya bercakap dengan Allah,” katanya ketika ditemubual REMAJA di majlis pelancaran muzik video sulung Resorts World Genting (RWG), di Genting Highland.
Dalam masa sama, Shazz turut mengingatkan buat para remaja di luar sana agar sentiasa meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah di mana akan tiba masanya kebahagiaan selepas derita.
“Memang ambil masa dan perlu yakin dengan Allah. Jangan merasakan yang Dia tidak akan menolong kita. Masa berdoa yakin sahaja yang Allah akan membantu dan memberi kebahagiaan kepada diri kita. Walau bukan sekarang, tapi masa hadapan Allah tetap akan beri.
“Itu apa yang saya lakukan dahulu. Setelah beberapa tahun saya hadapi, Alhamdulillah rezeki dan kebahagian kini saya kecapi. Dah berapa tahun saya baru nampak perkara itu,” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Insiden kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Puchong pada hari ini tidak dianggap sekadar isu tempatan semata-mata tetapi...