Jika diimbas semula pada Sukan Olimpik Rio 2016, Rusia merupakan salah satu kuasa sukan utama (seperti dijangka – duh) apabila ia menduduki posisi keempat dalam kedudukan pingat keseluruhan.
Pada edisi tersebut, Rusia berjaya membawa pulang sejumlah 56 pingat.
Justeru, tentunya peminat sukan yang menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan meletakkan Rusia sebagai salah satu pencabar utama untuk menduduki kedudukan Top 5.
Begitupun, agak pelik apabila Rusia tidak tersenarai sebagai negara yang bertanding. Sebaliknya, yang menggantikan Rusia pada kejohanan ini ialah ROC atau lebih dikenali sebagai Russian Olympic Committee (Jawatankuasa Olimpik Rusia). Huh, kenapa pula?
Sebab utama Rusia tidak menggunakan nama negara, bendera dan lagu kebangsaan berjudul Gosudarstvennyy Gimn Rossiyskoy Federatsii di Tokyo 2020 adalah kerana Rusia diharamkan daripada menyertai sebarang kejohanan sukan antarabangsa untuk tempoh empat tahun.
[Hukuman itu kemudiannya dikurangkan kepada dua tahun.]
Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada tahun lalu apabila Rusia dibuktikan bersalah menyembunyikan program doping (dadah) terancang. Hukuman ini adalah yang paling berat pernah dikenakan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana penipuan dadah. Ia juga sebentuk kesalahan yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan dua jawatankuasa siasatan IOC, beberapa atlet Rusia pernah terlibat dalam program penipuan dadah ini dan kali terakhir ia berlaku adalah semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014.
Bukan hanya atlet yang bersalah. Bukti yang dikemukakan juga menunjukkan program tersebut ada melibatkan pegawai kanan kerajaan termasuklah Kementerian Sukannya dengan bantuan agen rahsia negeri!
Fuh, macam plot filem perisikan pula.
Anyway, atlet Rusia yang didapati bersih daripada apa-apa pembabitan skandal dadah masih dibenarkan bertanding pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. Cuma mereka perlu mewakili ROC dan bukannya negara Rusia.
Sebagai contoh pada acara pembukaan tempoh hari, kita dapat menyaksikan delegasi Rusia menggunakan bendera ROC yang terdiri daripada lambang nyalaan api dalam warna rasmi bendera Rusia dan hyfa gegelung Olimpik di bawahnya.
Sekiranya ROC memenangi pingat emas dan atletnya menaiki podium, pihak penganjur akan memainkan lagu Piano Concerto No 1 yang digubah oleh komposer Pyotr Tchaikovsky – seperti yang berlaku hari ini.
Petand tadi, ROC telah memperolehi pingat emas pertama mereka menerusi penembak 10 meter air pistol, Vitalina Batsarashkina. Dan semasa acara penganugerahan, lagu Piano Concerto No 1 yang berkumandang di seluruh arena tersebut.
Jika selepas ini korang menonton aksi atlet ROC di kaca televisyen, korang akan perasan pakaian seragam mereka tidak meletakkan bendera Rusia tetapi masih menggunakan warna-warna rasmi bendera Rusia.
Haihh, susah juga jika negara buat hal dalam industri sukan. Terus diharamkan seperti Rusia!