Pelik tapi benar. Ini yang berlaku kepada seorang pemuda berusia 32 tahun, Anthony Loffredo yang sanggup mengorbankan wajahnya semata-mata ingin melakukan pengubahsuaian untuk menjadi makhluk asing berwarna hitam.
Ha, biar betul?
Berasal dari Perancis, pemuda ini mendapatkan bantuan khidmat daripada individu dari Barcelona yang dikenali sebagai Oscar Marquez kerana aktiviti pengubahsuaian seperti ini tidak boleh dilakukan di negaranya.
Pakar bedah ekstrim telah melakukan prosedur yang dikenali sebagai “rhinotomy”, dimana Anthony memiliki lubang yang terbuka pada wajahnya.
Pemuda pelik itu turut memuat naik posting di Instagramnya dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Oscar Marques kerana telah merealisasikan impiannya.
Anthony juga telah melakukan pembedaan lain, termasuklah membuang kedua-dua telinganya, membelah lidah serta mencacah tatu pada bola mata walaupun berisiko menjadi buta.
Untuk mendapatkan penampilan yang luar biasa, lelaki ini juga melakukan implant kulit dan melakukan benjolan gaya reptilia di dahinya serta garis pahat di tulang pipi.
Fuh, dengar pun dah ngeri.
Menurutnya lagi, dia tidak pernah menyesal mengubah wajah asalnya kepada makhluk asing yang diidamkannya. Dia mendapat idea ini ketika menjadi pengawal keselamatan dan menyedari yang dirinya tidak menjalani hidup seperti yang dia mahu kan.
Hm, dah elok-elok jadi manusia, nak jadi alien pula. Pelik, memang pelik. Wajah asal lebih handsome kan? Hiks!
Sumber: dailystar.co.uk