Ads
Home Gaya Hidup Pelindung, Elak Jadi Pengikut Dajjal. Ini 10 Ayat Pertama Surah Kahfi Dengan...

Pelindung, Elak Jadi Pengikut Dajjal. Ini 10 Ayat Pertama Surah Kahfi Dengan Tulisan Rumi

Ads

Ingatan untuk kita semua,  salah satu cara untuk mengelak menjadi pengikut dajjal adalah dengan membaca 10 ayat surah Al-Khafi sebagai pelindung.

Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, “Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal.” Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.

Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

10 AYAT PERTAMA SURAH AL-KAHFI

Pelindung, Elak Jadi Pengikut Dajjal. Ini 10 Ayat Pertama Surah Kahfi Dengan Tulisan Rumi

Bismillahirrahmanirrahiim
1. Al ham du lil laa hil lazii an zala ‘alaa ‘ab di hil ki taa ba wa lam yaj’ al la hu ie waja
2. Qay yi man li yun zi ra ba’ sans sha dee dam mil la dun hu wa yu bash shi ral mu’ mi nii nal lazi na yak ma luu nas soo li haa ti an na la hum aj ran kha sana
3. Maa ki sii na fii hi aa ba daa
4. Wa yun zi ral la dzii na qaa lut ta kha dzal loh hu wa la daa
5. Maa la hum bihi min ‘il miu wa laa li aa baa ie him ka bu rat kali ma tat takh ru ju min af waa hi him iie ya quu luu na il laa ka dzi ba
6. Fa la ‘al la ka baa khi ‘un naf sa ka ‘a laa aa saa ri him il lam yu’ mi nuu bi haa dzal hadiis si aa sa faa
7. In naa ja ‘al aa maa ‘a lal ard di zii na tal la haa li nab lu wa hum iy yu hum ah sa nu ‘a ma laa
8. Wa inn naa la jaa ‘i luu na maa ‘a lai haa so iee dan ju ru za
9. Am ha sib ta an na as khaa bal kah fi war ra qii mi kaa nuu min aa yaa ti naa ‘a ja baa
10. Iz awal fit ya tu ie lal kah fi fa qo luu rob ba naa aa ti naa minl la dunk ka rah ma taw wa hay yi’ la naa min am ri naa ra sya daa.

Terjemahan :

Ads

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Al-Kahfi: 1)

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (Al-Kahfi: 2)

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.(Al-Kahfi: 3)

Ads

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”. (Al-Kahfi: 4)

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (Al-Kahfi: 5)

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (Al-Kahfi: 6)

Ads

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi: 7)

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (Al-Kahfi: 8)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Al-Kahfi: 9)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”. (Al-Kahfi:10)

Mungkin ramai yang sedia maklum bahawa surah al-Kahfi sangat digalakkan untuk dibaca pada setiap hari Jumaat. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dan seluruh ahli keluarga kita  bukan tergolong menjadi pengikut Dajjal apabila tiba masa dia keluar kelak.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI