Pelitup Muka Terbaru Ini Dijual Dengan ‘Sampul Raya’, Kenapa Agaknya?

Share

 

Selalunya, face mask ataupun pelitup muka yang kita beli hanya didatangkan dalam kotak biasa saja kan.

 

Namun kini, terdapat satu keluaran pelitup muka yang didatangkan dengan sampulnya sendiri!

Pelitup muka keluaran Karangkraf Medicare ini baru saja dilancarkan semalam dan ia didatangkan dengan sampul yang kelihatan mirip ‘sampul raya’.

Dato’ Hussamuddin Yaacub bersama rekaan sampul pelitup muka.

Lalu ramai netizen yang bertanyakan mengapa ia dijual bersama sampul sebegitu rupa.

Rupa-rupanya, ia bukanlah ‘sampul raya’ sebarangan. Ia merupakan hygiene case yang didatangkan bersama pelitup muka.

Tujuan mengapa Karangkraf Medicare menyediakan hygiene case ini adalah demi menjamin kebersihan pelitup muka setelah menanggalkannya dari muka.

Admit it guys, rata-rata di antara kita akan meletakkan pelitup muka ke dalam beg, di atas meja, tersangkut pada dagu dan di tepi stereng semasa memandu. Sudah umpama menjadi tabiat.

Tabiat ini secara tak langsung akan menyebabkan kuman lebih mudah tersebar kepada pelitup muka kita dan sekaligus memudaratkan kesihatan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Yaacub dalam sidang media yang dianjurkan, rekaan seakan sampul itu adalah demi memudahkan pengguna untuk membawanya ke masa saja.

“Bagi perempuan, mudah untuk diletakkan ke dalam beg. Bagi lelaki pula, mereka boleh melipatnya dan letakkan ke dalam kocek pakaian. Secara tak langsung, ia membuatkan penjagaan kesihatan diri menjadi lebih efisyen.

“Lagi pula, kesemua sepuluh hygience case yang dipekkan ke dalam kotak pelitup muka ini mempunyai rekaan berbeza dan memudahkan kamu bezakan pelitup muka sendiri dengan kepunyaan orang lain,” tambah beliau.

 

Pelitup Muka Suci & Bersih

Tentunya, bukan saja rekaan sampul yang menarik perhatian kami tetapi juga proses penghasilan pelitup muka ini oleh pihak Karangkraf Medicare sendiri di premis penghasilan mereka di Shah Alam.

Ini demi menjamin standard ujian parameter EN14683:2019 yang ditetapkan agar ia selamat digunakan.

Keadaan kilang pemprosesan Karangkraf Medicare yang menepati piawaian.

Tambah Dato Hussamuddin, “Tagline ‘Suci dan Bersih’ yang tertera pada kotak ini tepat dengan jaminan yang Karangkraf Medicar berikan dari segi pembuatan.

“Di China misalnya, memang mereka adalah negara pengedar pelitup muka paling popular masa ini. Tetapi mereka tidak memikirkan tentang aspek kebersihan dan keselamatan semasa proses pembuatan.

“Asalkan banyak pek yang terjual, itu sudah cukup untuk China. Kita enggan mengenepikan kualiti pembuatan kerana misi utama adalah untuk menjamin keselamatan pengguna.

“Dengan mencapai tahap penapisan tertinggi iaitu lapisan PFE melebihi 95 peratus, kita berjaya mencapai gred pelitup muka ‘Medical. Dan ia dijual pada harga yang cukup berpatutan agar lebih ramai rakyat Malaysia memperolehi manfaat kesihatan daripadanya,” simpul beliau.

*

*

Bagi korang yang berminat untuk memperolehi pelitup muka Karangkraf Medicare ini, ia didatangkan dalam dua set iaitu set Karangkraf dan set Karangkraf Plus.

Set Karangkraf

Set Karangkraf mempunyai 30 keping pelitup muka dalam sebuah kotak. Bagaimanapun, ia tidak didatangkan dengan hygiene case. Pada hemat kami, ia umpama stok ‘refill’ untuk korang.

Manakala, set Karangkraf Plus pula mempunyai 10 keping pelitup muka yang didatangkan dengan hygience case untuk setiap satu.

Set Karangkraf Plus

Berbaloi kan! Harganya tidaklah terlalu mahal berbanding pelitup muka di pasaran DAN mempunyai jaminan kesihatan.

Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan pelitup muka ini secara online, korang boleh layari ke www.karangkrafmall.com.

Published by
FZ