Pelitup Muka WAJIB – Niqab & ‘Face Shield’ Saja Tidak Cukup

Share

 

Sejak Malaysia dilanda pandemik wabak COVOD-19 pada tahun lalu, pemakaian pelitup muka telah diwajibkan ke atas kesemua rakyat Malaysia di tempat awam demi melindungi masyarakat umum daripada risiko jangkitan.

Terbaru, pemakaian dua lapis pelitup muka pula disyorkan kerana ia dikatakan lebih berkesan menapis lebih daripada 95 peratus virus terutamanya di tempat awam yang berisiko seperti hospital.

ARTIKEL BERKAITAN : Minimumkan Risiko Dijangkiti Covid-19, Dr. Noor Hisham Saran Pakai ‘Double Mask’ – REMAJA

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Negara iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham, petugas kesihatan di hospital digalakkan untuk memakai 2 pelitup muka jenis Three Ply atau N95 bersama-sama face shield.

Ini kerana virus Covid-19 merebak bukan saja dari segi droplet

tetapi juga menerusi airborne. Oleh itu, pemakaian face shield ini digalakkan bersama dua lapis pelitup muka. Namun ia bukanlah diwajibkan. Yang WAJIB adalah pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Tambah Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri sebagai peringatan, di bawah akta 342, pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan. Tiada siapa seharusnya yang terlepas daripada kewajiban ini.

Contohnya, pemakaian niqab dan face shield saja tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memakai pelitup muka. Niqab dan face shield ini dibolehkan sebagai tambahan.

BACA LAGI : “Ni Pelitup Muka Bukan Pelitup Dagu”, Dr. Noor Hisham Tegur Tabiat Sangkut Facemask Didagu – REMAJA

Published by
FZ