Tular Iklan Pelobi Israel Di The NY Times, Burukkan Nama Dua Lipa, Gigi & Bella Hadid

Share

Bermacam cara nampaknya pelobi zionis Israel gunakan demi meraih perhatian dan menampakkan mereka berada di pihak yang betul. Tidak cukup di media sosial, kini mereka sanggup membeli iklan penuh di akhbar The New York Times! Kelakar bukan?

Iklan yang dibeli oleh World Values Network itu menggunakan gambar adik-beradik Hadid dan Dua Lipa tanpa kebenaran ditambah pula dengan tuduhan melampau konon-kononnya selebriti-selebriti tersebut menyemarakkan Holocaust kali kedua.

Tidak duduk diam dek tohmahan ini, Dua Lipa mengeluarkan kenyataan balas menerusi hantaran di akaun Instagramnya. Dia bekata, “Saya menolak tuduhan palsu dan mengerikan yang disiarkan di dalam akhbar The New York Times hari ini yang dibawakan oleh World Values Network.


“Inilah harga yang harus dibayar kerana mempertahankan hak kemanusiaan rakyat Palestin melawan kerajaan Israel yang mana sikap mereka diakui sendiri oleh Human Right Watch dan Organisasi Kemanusian Israel tentang penganiayaan dan diskriminasi yang berlaku di sana.

“Saya mengambil pendirian ini kerasa saya percaya bahawa orang Yahudi, Islam dan Kristian mempunyai hak untuk hidup sebagai rakyat yang sama rata tidak kira negara mana yang mereka pilih.

“The World Values Network tanpa segan silu menggunakan nama saya untuk memacu kempen palsu dan penyalahgunaan secara terang-terangan terhadap apa yang saya prinsip yang saya pegang. Saya berdiri dengan penuh soladiriti bersama mereka yang tertindas dan menolak segala jenis sikap perkauman.”

***P/S: Orang bila terdesak, semua perkara sanggup mereka lakukan. Protest terhadap kekejaman Israel telah berlaku di bandar-bandar besar seluruh dunia dan ia disertai oleh pelbagai kaum termasuk orang Yahudi yang tidak bersetuju dengan tindakan rejim Zionis Israel.

Published by
Fiezreen